! ! BajuLusuhSeluarTampal: 2010

Pages

Tuesday, December 21, 2010

lemon; agak awesome

ada beberapa peribahasa yang korang takkan dapat belajar dari cikgu sekolah, tapi boleh belajar dari budak-budak sekolah kot. aku tak tau la budak-budak sekolah zaman sekarang ni boleh tak ajar korang peribahasa kat bawah ni.

beribu-ribu lemon

contoh ayat : aku jalan kaki je dari KL sampai pulau sipadan , boleh jimat duit beribu-ribu lemon dowh...

hahaha, tiba-tiba aku rasa ni macam simpulan bahasa la pulak. lantak korang la nak kategorikan apa, ini bukan juara lagu kan... aku rasa simpulan bahasa beribu-ribu lemon ni bagi kesan besar kat hidup aku. bagi aku, ni la hiperbola / exaggeration yang pertama aku belajar. dah la belajar dari iklan tv, salah plak tu, rosak bahasa, tak macam tu kakak kakak sekalian...?

iklan sabun cuci baju tu iklan feveret aku zaman kecik-kecik, 1995 la agaknye.... masa tu sabun FAB (aku rase la) tgh nak promote perisa baru sabun cuci baju dia. letak perisa lemon plak tu, memang iklan tu nampak macam iklan ais kerim pun ada. aku makan karang sabun tu, mati mulut berbuih plak... kan dah malu nak tulis sebab kematian kat surat akuan kematian.

sedih jugak la iklan tu takde orang abadikan ( eceh! ) kat youtube.

tulisan buruk macam ni, cikgu aku mesti pukul tangan aku dgn pembaris
* bukan semua orang tau iklan beribu-ribu lemon ni *

Wednesday, December 15, 2010

ini la sebab kenapa tak layak hantar gambar kat salam perantau bila nak raya...

hanafijaafar perangai sungguh tak perantau, esok pagi dah nak balik m'sia. kamon la hanafi, nombor prepaid celcom pun tak sempat nak cecah expired lagi tahu...

*bes gle dapat lari dari salji, balik negara panas*

klik di sini untuk post tak-suka-salji

Saturday, December 11, 2010

ini benda yang aku sangat jarang buat, aku janji....

dah lama gile tak buat benda ni, dah 2 tahun kot. buat entri lagu kat blog. dan aku memang akan buat bila satu lagu tu sangat2 bes tahap gaban sampai tak boleh tido malam punya bes saje.....

lagu ni dah lama pun, dah lebih 2 tahun, tapi aku baru jumpa sebab main game Gran Turismo 5.

gambarajah 1.03

kepada future wife, lagu ini ditujukan untuk kamu, walaupun lirik dia macam tak keluar suara sangat... dan aku tahu ini bukan taste future wife. mungkin satu hari nanti aku akan tengok balik post ni dan boleh buat senyum sorang macam angau (rujuk gambarajah 1.03) .

it's a really nice song to listen till the end, or better, loop it.



*hanafijaafar benci justin bieber, hanafijaafar suka lagu yang tak popular. hanafijaafar berusia 22 tahun, tak tipu*

Sunday, December 5, 2010

kau pelancong.

kenapa sibuk nak melancong ke luar negara, negeri-negeri dalam malaysia pun belum semua ko sampai lagi....

orang macam ni boleh masuk kategori pengkhianat negara tak? ke kasar sangat macam tu....

*aku harap ada orang boleh lawan ayat aku yang ini.*


ini malaysia, rugi je kalau tak pegi.

test. dan test.


*kau sangat comel, aku mahu bela la macam ni. korang tahu ini haiwan apa?*

Saturday, December 4, 2010

baca bila dah tua

kepada diri aku bila dah tua bangka nanti, ko baca benda ni sebab ni kisah aku pergi interview kerja yang 1st dalam hidup ko.

interview hari selasa, semangat gila ponteng kelas hari isnin tu konon-konon nak buat persiapan, nak research apa jadah la, nak rancang itu ini la.... tapi itu semua dusta belaka, mana ada buat persiapan pun. setakat baca page wikipedia pasal bateri lithium-ion tu ko kata persiapan, tak payah la weyh.... 

malam tu tido tak lena, gile cuak dowh... pikir macam-macam soalan, tapi tak dapat pulak pikir jawapan. hampeh la begitu. dah la tido tak lena, kena bangun awal-awal plak tu... bangun awal kul 6, keluar rumah gelap-gelap lagi. hambik ko, salji lebat, jalan licin macam boleh letak bontot je atas jalan tu, pastu meluncur turun bukit....

masa ada hal penting ni la keretapi nak buat masalah. salji menimbun-nimbum punya pasal, tren-tren ko pagi tu dapat lima kali delay. terpaksa ko call tukang interview mintak tuka masa interview. nasib baik dapat tuka, kalau tak sia-sia je naik tren nak dekat 200 km. aduh, kan dah buruk 1st impression, datang lambat punya pasal.

interview yang patut kul 11 tuka jadi kul 1. gilak ar, tak bersedia langsung, hahahah, kalau tak tau nak sedia apa, memang la kan... maka ko pun gebang la macam hebat gila.

tukang interview : kenapa anda rasa kami patut terima anda bekerja dengan kami ? 

mangsa interview :  sebab saya datang dari malaysia.

tukang interview : what the.....?!

kan dah kena gelak dengan tukang interview. tak boleh belah la jawapan ko, lain la kalau ko cakap ko tu optimus prime, mesti trus dia bagi mula kerja masa tu jugak .

optimus prime tengah posing poyo


optimus prime versi comel
maka berlangsunglah sesi gebang menggebang untuk setengah jam, alaa, setengah jam je ke.... menarik jugak sebenarnya kerja yang tukang interview tu cakap. buat line of product baru untuk barang-barang bosch punya bateri, hahahaha, hanafijaafar memang pandai cakap belit-belit...

abes interview, balik rumah la, apa lagi. perjalanan balik takde pulak nak delay ke apa, bukan la ko mintak delay, tapi kan lagi bagus kalau masa pergi tadi tak delay, sebab ko tak kesah nak delay masa balik rumah.

48 jam lepas interview, terus dapat jawapan seronot. sumpah seronot dapat email ditawarkan tempat kerja tu. lega kepala otak ko masa tu, takde alasan lagi untuk malas buat kerja skolah.

untuk rekod, ko pakai kemeja putih kain lembut, tali leher bling-bling, seluar jeans hitam 3 minggu tak basuh

maka begitulah kisahnya ko mendapat kerja. pendek kan.





ni kisah benar, aku tak tipu dowh... start prektikel 1 mac 2011 sampai 31 ogos 2011.


sokonglah orang berlagak ?

bila orang lain sokong orang lain untuk berlagak.

kalau korang rasa tak suka dengan orang berlagak, takyah la kita sokong orang yang berlagak tu. sebab ada sokongan ni la orang yang berlagak rasa terus OK untuk berlagak-lagak.

ada orang dalam dunia blog ni bergantung kepada hasil berlagak dia untuk tarik minat orang untuk baca apa yang dia tulis, tapi serius aku geli dengan orang macam ni...


*arghh! ngantuk gile tapi malas plak nak tido...*

Friday, December 3, 2010

[ insert title here ]

maka tamat la sesi berjalan ke blog orang lain untuk petang ni, sesi yang ke lima kot untuk hari ni, gila buang masa ko. dah la pemalas nak buat keje skolah. berambuslah ko dari komputer ni wahai hanafijaafar.

sebenarnya, ada satu benda je yang diperlukan untuk mereka yang nak blog jadi popular. jadilah perempuan cun. aku tak tipu, ni cara paling berkesan untuk dapat jumlah pembaca yang ramai. aku bukan nak demotivate sape-sape. tapi ni betul. tapi bukan takde cara lain la, aku cuma cakap ni salah satu cara.

sementara korang masih mahu membuang masa, meh tengok gambar ni.

aku pindah ke bandar ni semester depan, tapi bukan duduk kat umah tengah-tengah sungai tu.
itu bangunan bersejarah, kalau duduk situ nanti kena kacau dengan hantu. kalau hantu tu ramah mesra takpe la jugak.

Monday, November 29, 2010

aku jakun, serius jakun.

aku tak tau plak syarikat ni ada buat produk ni, aku ingatkan buat air minuman manis yang buat kencing kita manis. banyak gila kandungan gula sampai semut pun buat sarang dalam bilik air...

masa aku pegi shopping barang dapur aritu, ni la benda pertama aku nampak bila masuk Supermarkt Kaufland hari tu...

semangat gila aku amek gambar guna telefon tangan, hahaha, telefon tangan.....

ini bukan cetak rompak punya weyh..... memang brand coke..



ni vanilla coke dengan coke light, muahahahahahhahaha
tapi, kenapa buat stokin? aku tak paham...

*aku tak minum coke dan aku tak makan anggur lembik*

Thursday, November 25, 2010

*penulis blog sedang mood swing hari ni, sungguh gay perangai beliau*

harga kau sorang cuma RM 34.10

haha, tu harga seorang manusia la kot. kalau diskaun 20 % sebab megasale, jadi RM 27.28

rajin plak aku tekan kalkulator casio fx-570MS nak cari harga lepas diskaun tu. aku tak lupa jasa kalkulator standard spm ni, blaja kat sini pun guna kalkulator tu jugak.

aku bukan nak letak harga kat manusia atau sape-sape. aku cuma nak cakap, camne aku hargai seorang penulis blog ( orang KL panggil blogger ). ni pasal penulis blog tau, bukan pasal blog dia. kalau ada pasal blog pun, sket2 je...



seorang penulis blog tu berharga bila dia hidup tak bertumpukan kat blog. aku rasa orang yang tumpukan hidup kat blog, tak sempat nak buat benda lain dalam hidup. jadi kalau dia tak sempat nak hidup dalam dunia sebenar, camne nak hasilkan penulisan yang bes... oh, mungkin dia cuma perlu amek je apa-apa yang menarik kat internet, pastu tulis balik dalam bahasa yang pembaca-pembaca dia paham.

hiduplah dengan menarik, nanti benda yang ditulis pun insyaAllah menarik. buat benda yang orang tak buat, pergi tempat yang ramai orang takkan sampai. untuk setiap blog yang aku follow, aku baca semua entri, tak terlepas satu pun. tapi bila cerita pasal benda yang biasa-biasa je, aku baca laju-laju sebab rasa tak berbaloi dgn masa aku, baik lagi aku pergi berlakon jadi power rangers putih melawan pikachu.

*aku makan mee untuk kali pertama selepas 3 bulan, itu pun fuad masakkan*

Monday, November 22, 2010

aku baca GraphJam setiap hari.

funny graphs - Murder She Sang
see more Funny Graphs

ini bukan aku buat, aku embed dari GraphJam je.

* i like his thought, and his way of thinking, and the thought of thinking this thought, okay, i can stop now *

Saturday, November 20, 2010

orang miskin pun boleh......

mula-mula kena baca cerita pendek ni dulu, baru boleh paham apa aku nak cakap....

brader mail, diri beliau kurus kering, hari-hari makan nasi lauk ikan kering, patutlah... brader mail suatu hari sampai ke sunway pyramid untuk cuci mata tengok gadis-gadis main ice-skating yang biasanya terjatuh golek-golek setiap lima minit.
setiap kali ada gadis tergolek, brader mail tersengih sorang-sorang. bukan brader mail hebat main ice-skating, sekali pun tak pernah beliau try. brader mail mana ada duit nak main benda tu, cuma dapat bertenggek tengok dari jauh je la...
lepas penat 3 jam stengah bertenggek, mesti la bontot brader mail pedih ibarat dibaham anai-anai. brader mail nak cari tempat yang lembut untuk mengembalikan keremajaan bontot beliau. toleh-toleh kepala, nampaklah brader mail satu kerusi empuk, kelazatannya kusyen kerusi kelabu bersalut kulit sintetik itu dapat dibayangkan brader mail dari jauh.
brader mail berjalan kengkang dengan penuh gaya lantas melampiaskan bontot beliau ke atas kerusi itu. "aaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh............~" lega bontot beliau terungkap dalam 2 huruf ( yang ekstra panjang ) sahaja.
tiba-tiba datang seorang wanita awal 20-an memujuk beliau membeli kasut. kata wanita itu, "kerana kaki encik begitu berharga". baru brader mail sedar beliau dalam kedai kasut rupanya.
dipendekkan cerita, brader mail berjaya dihasut untuk beli kasut tu dengan harga rm 300, jenama adidos orijenel, warna hitam, dari kulit lembu segar dari new zealand, kategori Stan Smith II.

selepas 3 tahun, kasut tu sudah mula menyakiti hati dan perasaan brader mail, semua ini kerana kasut itu dah banyak lubang. tapak pun selalu tertinggal kat belakang , malu brader mail berjalan-jalan di KL sentral dengan kasut adidos tanpa tapak. tapi rajin pulak brader mail nak jahit kasut tu berkali-kali.
di suatu pagi yang indah, brader mail pakai kasut hitam tu macam biasa. tapi nampak pulak semua jari kakinya, beliau cuba tanggalkan kasut, sarung kasut lagi sekali. masih nampak semua jari kakinya. sah, kasut tu dah berlubang sebab kena makan hamster belaan cik kiah, jiran rumah setinggannya.
brader mail nak buang kasut tu, tapi sayang, rasa rugi pulak, rm 300 tu beb... "sama harga dengan 300 bijik ferrero rocher", kata hati brader mail. jadi brader mail pun simpanlah kasut tu walaupun sudah kasut tu dah cedera parah.
aku cuma nak cakap, bukan orang kaya je boleh, tapi orang miskin pun boleh ada sikap materialistik. sayang sangat dengan harta, bukan harta boleh bawak mati pun... toksah la simpan barang-barang lama tu, dah tak elok dah tu kak.. kita buang je....

jadi, barang apa yang korang tak perlukan, tapi masih nak simpan ?


sebakul kasut yang berjaya kami buang semalam,
 nampak kasut adidas hitam tu, 3 tahun aku pakai kasut tu je.

Friday, November 19, 2010

korang kadang-kadang kejam juga.....

aku ditujahi dengan perkataan "daging" dari korang.

meh sini aku bagitau, aku raya ni tak merasa daging pun, takde sape nak bagi. nak beli rasa tak berbaloi plak. makan nasi pun sekali je seminggu...

setiap kali aku terpandang perkataan "daging", hati kristal aku terguris, hahahahahha....

arnab ni lagi kesian dari aku, jadi hati aku terubat.
*hatiku bukan coklat coki-coki*

Wednesday, November 17, 2010

mini version of dreams-come-true

masa kecik aku mana ada duit nak beli gula-gula banyak macam ni, sekarang bila dah ada duit sendiri, boleh la nak beli banyak-banyak sampai aku tak kesah pun berapa banyak yang ada kat dalam satu paket tu. bagi aku ni satu benda yang akhirnya jadi kenyataan, muahahahaha!!

ini mimpi jadi kenyataan, aku yang punye. sebab tu tangan aku
benda-benda kecik macam ni, masa kecik memang terasa sangat besa. gula-gula murahan ni pun boleh jadi berkira.

alamak, ada plak rase nak jadi kecik balik, adeh.... dah besa tu jadi besa je la..!


*hanafi jaafar seumur hidup tak pernah makan baskin robin*

Tuesday, November 16, 2010

aku raya awal sehari dari korang, hehe...

hari ni dah hari raya korban kat sini. skali aku lupa la plak format solat hari raya kat sini, lain la pulak, sebab kat sini aku solat kat masjid org turki. macam biasa la, khutbah sepatah haram tak paham, semua dalam bahasa turki. 

takbir raya tak macam biasa, dah lain banyak, gile simple punye.

tapi macam tahun lepas, benda ni jugak yang paling bes. manisan turki free bila nak keluar dari masjid. sedap sampai menjilat jari, tak tipu woo... yang putih-putih tu gula halus, mesti melekat kat jari kan..

kepada sape-sape nak buat korban kat sini, harga lebih kurang RM 600 untuk satu bahagian lembu. hahaha, aku takde duit banyak, maap ye..

*nom nom nom* (i doubt that everyone will understand this)

hari ni nama je raya, tapi takde cuti. jap lagi dah nak kne pegi kelas, tapi seriously aku rase nak ponteng sebab hari ni 1st day salji turun, susah gle nak berjalan... aku memang bukan die-hard-fan kepada salji.

Id mubarak! Bayram mübarek olsün!
Eid Mubarak, have a blessed festive season.

Monday, November 15, 2010

ini bukan instruction untuk berlagak dalam facebook

aku bukan nak ajar korang cara-cara berlagak kat sini, jangan anggap ni "buku manual berlagak di fb" okeh...! aku tulis ni sebab aku harap kita sama-sama bleh jauhkan diri. huhuhu, baiknye aku pagi-pagi isnin ni.... 

berlagak dalam sopan (ujee bagi idea ni)

Datin Maimunah Alhambari "akak mintak maap la banyak-banyak kat sape-sape yang akak terblock tadi, akak parking BMW 7 series akak tu ingatkan skejap je, tapi jadi lama plak sebab cari kad kredit platinum yang terjatuh dalam opis akak tadi, mintak maap ye korang....~"

>>jadi kaya tu tak memberikan kau hak untuk berlagak tau<<

berlagak dalam doa

Tayip bin Kulup "esok interview, tolong doakan aku ye kawan-kawan, untuk interview keje aku kat FERRARI. kalau dapat keje nanti aku belanje korang ferrero roscher sorang sebijik... amiiinnn.."

aku rase nak doakan dia dapat keje kat kilang ferrero rocher je, boleh belanje ferrero rocher sekotak terus.

berlagak dalam gambar

oh, ini panjang sangat aku nak tulis. kang tulis panjang-panjang bukan korang baca pun, idok? benda ni boleh korang paham sendiri kot. kepada sape-sape yang letak gambar kat facebook tu, pikir dulu apa niat korang... korang nak berlagak, riak, ke takbur.....boleh bagitau awal-awal, aku rase nak tabur minyak tanah kat komputer korang.

berlagak + kutuk orang kat komen gambar atau status update

ini pembelagak yang aku paling menyampah, dah la menyemak je dengan komen bodo diaorang, sempat lagi nak promote diri sendiri.

Wa Rempit Sejati Sampai Wa Mati Eksiden "hek eleh brader, setakat pakai iphone 3g wa tak heran la, wa skrg pakai iphone 5. lu cuba la try lawan iphone wa ni...."


err, bro. you can try the new iPhone when you're in heaven. if you could get in it.




aku nak tanye korang, camne nak hapuskan kesombongan kat muka bumi ni...?



Saturday, November 13, 2010

isi kandungan bilik ( untuk hari ni )



cuma kena tekan gambar, nanti pandai-pandai dia la membesar



Eur tu singkatan rasmi untuk duit Euro tau.

mintak maap banyak-banyak, kamera murahan saje...

kalau sape-sape baik hati boleh belanja aku kamera Hasselblad ni, cuma 43622 ringgit malaysia.

Tuesday, November 9, 2010

kitaran hidup seorang stalker fb



stalker : orang yang suka menghadap page fb orang lain lama-lama. biasanya lelaki yang suka tengok page perempuan berwajah indah, walaupun tak kenal perempuan tu.


1. mula jadi stalker

sang stalker sedang mahu add mangsa dia. hantar friend request, tiap-tiap jam check balik fb kalau-kalau request dah accepted ke blum. bila dah lama request tu tak berbalas, hantar lagi request baru. dengan harapan ada belas kasihan dari si mangsa. hek eleh, buat macam ni, lagi orang menyampah ada la. boooo!!

2. tengah jadi stalker berjaya

bila friend request dah accepted, mula-mula pergi berlagak dulu kat jiran sebelah atau makcik kedai runcit

sang stalker berkata, "makcik nak tau taaaakk, Nur Maria binti Ozawa sekarang friend sayew kat fb......., power gilew kan sayew.....~~"

blerghhh..., boleh muntah dengar gaya bahasa macam sampah, belum tengok lagi muka macho dia tiba-tiba buat muka gedik bajet comel.

aktiviti stalking berjalan lancar setiap hari, setiap update dia baca, bukan setakat status update tau, recent activity pun dia hafal. semua foto tu kalau boleh nak print besau-besau, tampal kat dinding bilik tidur, bilik stor, dewan peperiksaan, dewan makan, you name it..

sehingga suatu hari.....

3. stalker yang rejected

si mangsa rasa tak selesa dengan ramai orang tak dikenali dalam friend list dia, jadi dia pun delete la siapa-siapa yang takde kaitan.

sang stalker menjerit meracau-racau sambil mencarut bila page mangsa tak bleh nak access lagi... menangis sket, pastu refresh page balik (mengharap kalau-kalau ini sekadar error je), pastu sambung menangis balik....

ulang ke langkah nombor 1. tapi cari mangsa baru.

by the way, korang ni golongan stalker ke golongan jadi mangsa stalker?



mari kitar semula manusia

Thursday, November 4, 2010

mak nyah yang tak solehah itu .....

technically, nothing is this photo is Aurat, hahahahahahahahhaha


ada satu jenis orang yang aku tak pernah jumpa lagi....

mak nyah yang solehah

huhuhuhu, sape la pnah jumpa?

Wednesday, November 3, 2010

kenapa aku tak pakai minyak wangi.

oh, no, no! bukan pasal alkohol tu. tu hal dah lama selesai.

macam ni ceritanya.

setahu aku ada sekurang-kurangnya 4 cara untuk hasilkan perfume. sumber wikipedia


  • Maceration/Solvent extraction
  • Distillation
  • Expression
  • Enfleurage
nampak perkataan "enfleurage" tu, aku tak tau camne nak sebut perkataan tu dgn betul pun, tapi aku tau la jugak camne proses tu... sumber wikipedia yang aku teranselit

  • dalam satu bekas, letak lemak haiwan (biasanya dari lemak lembu atau babi),
contoh bekas yang comel
  • pastu letak la kelopak bunga atau bunga seketul tu terus, ikut perisa yang korang ske la. aku rase kalau letak buah storberi sebijik pun boleh kot.
  • biarkan untuk sehari hingga 3 hari... biar haruman dari bunga tu meresap elok ke dalam lemak.
  • ulang proses di atas dengan bungan atau buah yang segar sehingga tahap wangi yang korang puas hati kaw kaw punya....
  • dah selesai, basuh dgn ethyl alcohol ( vodka pun boleh ). wangian tu akan meresap ke dalam alkohol.
  • asingkan alkohol dari lemak dan biarkan alkohol meruap sendiri ke udara. jadi tinggal la cecair wangian sahaja.
ok, jadi sekarang korang dah tau camne nak buat perfume guna lemak haiwan yang tak pasti cara sembelihnya atau memang komfem haram.

soalan aku : korang tau ke perfume yang korang beli tu, camne cara pembuatannya? kalau yakin bersih suci tu bagus la...

Tuesday, November 2, 2010

macam mana ntah tulisan aku boleh bertukar Part 1

dari kecik korang blaja menulis sampai sekarang dah besar panjang, tulisan korang berubah tak? tulisan aku memang berubah tahap gaban la. dulu buruk, sekarang cantik macam ayam golek. bagi aku ayam golek cantik...

tengok la tulisan aku yang amat sangat cantik, hahahahha... sape rase tulisan aku tak cantik sila angkat tangan, pastu boleh buat bantahan kat bahagian komen.

klik gambar untuk tumbesaran sihat.

tu tulisan nota aku dari kelas Steuern und Regeln 1, nama lain kepada Control and Feedback Control 1. subjek sesuai untuk golongan queen control.

entri ni ada Part 2.

Thursday, October 21, 2010

kisah kawen koboi.

siapa sangka..pada tarikh yang lawa nih,akan terjadi sesuatu yang akan mengubat seluruh idup seorang wanita. tanpa disangka,tanpa dijangka. hari itu menjadi hari yang plg bahagia dlm hidup dia.
 
kisah bermula apabila aku pulang kerumah setelah selesai kuliah.. dilihat,ada tetamu dirumahnya. masuk kerumah...terlihat senyuman manis jejaka yang paling dikasihi. [haish,mamat nih..makin hari makin hensem aku tgk. aku pon ddk di sebelahnya. 


- "kenapa dtg?"
- "saja....rindu."
- "takde kelas ke?"
- "ada.."


entah dtg dari mana...tiba2 sejambak bunga berada ditgn tunang aku. terkejut aku.

- "for u... abg tak tdo lena fikir ayg semalaman"
hahaha,patut pon muncul tak pasal2. angau rupanya. jambangan bunga beralih tgn. aku mencium bunga mawar putih kegemaranku.
-"terima kasih...lov u so much."

dia hanya tersenyum. tetiba dia bersuara...harini 20hb10 tahun 2010. tarikh bes kn....? 
aku cuma mengangguk.
 
tiba2. "hah,dh blk pon ko.." dari mana tah mak aku muncul. wat terkejut je. nseb bek tak sakit jantung.


"haa...cepat la siap..kita nk g rumah bakal mertua ko nih. dh jnji dh nih. nnt lambat pulak." mak menyambung.
hah? nape tetiba. abah tak ckp pape pon. slalu klu de pape,mst abah akan ckp dlu. 
"pakai macam ni je la mak"
"hah,suke ati ko. asal berbaju"
dalam perjalanan..ktorg berhenti kat satu butik nih. masuk butik jap..
"hah,pilihlah..ape lagi."mak aku dh mula tggi suare. dah lambat agaknye. 
-"nak buat ape mak?"
-"lah,nk pakai utk akad nikah la,blh tny lg."

huh!!!!terbeliak mata aku. giloz kah?? apekah???? aku pandang tunang aku. dia senyum gatal.

-"bila???"
-"hari nii la sayang........~" tunang aku buat gaya gedik pulok.....

ade budok kene sekeh nih. gile ke hape. tetiba nk kawen. aku pon dlm excited tak excited...aku pilih baju. sume tak berkenan.


"yang....yang ni yang...ade corak bunge2..warnawarni....."
"abang....nk akad nikah ke nk g kenduri org kawen.....? mne ade or kawen pakai warna warni."
"ala....biar la lain dari org....ayg kan special..lain dari yang lain..."

aish...angau sgguh laki aku nih. tah2 sbb dia pk kn aku semalam,tup2 ari nih dia ckp nk kawen. kes berat nih.
akhirnya..tunang aku je yang dapat baju. aku tak de. mak aku ckp..tak pe lah. pakai je ape bju y aku pakai tu.
kitorg pon meneruskn perjalanan membuat kerja gila ini. dlm perjlnn,tepon aku bunyi.

"weh,ade kelas ptg nih. penting!!!"

adoi...tak jadi la nk kawen. mne penting? kelas? kawen?
mesti la KELAS. hahahahaha.....


mak aku cakap...takpe la..pergi kelas... akad nikah tak semestinya ade pempuan. yang wajib,ade wali....
dorg pon anta aku ke kolej....aku dalam kelas tu dh tak senang ddk. aku nih dh jd isteri org ke belum. huish..mmg tak tumpu la. baik tak yah dtg je td. abis je kelas..aku trus kua. alih2 mak aku dok tercongok kat depan pagar. mak aku jerit.

"hah!!! cepat la. kite nk kne g surau nih."
"mak...dh kawen belum?" aku bisik kat mak aku. 
"belum....."


pulok....haish...nk kawen pon ssh. mak aku pon cite la...yang tunang aku ni...tah la,gelabah kot. tak pon nervos nk kawen... pakai baju,tapi kat kaki. mne nk muat lengan baju gn kaki....koyak la baju tuh....hahahhahaha...ngeng~

pastu bakal bapak mertua aku ckp..tggu jela aku abis kelas..baru kita nikahkn...
huhhuhuhuhu...aku pon...dlm hati...berdebar2!!!sejuk tgn aku. gile r...mcm ni rupenya rase ble nk kawen. mcm nk g viva (exam bercakap) je. 

tapi aku tetap bahagia. walau mmg koboi betolla cara ktorg kawen nh.
sampai kat surau..aku nmpk mak abah aku...mak ayah dia...dia...dgn baju tshirt y dia pakai td. sempoi habis la........ 
tamu takde sgt pon. ade la beberapa org. sedara tunang aku tu. tok kadi dn kawan dia kot....
 
petang itu...kami selamat di ijabkabul.. sah la kami sebagai sepasang suami isteri... aku dlm keadaan masih terkejut. mengalirkan air mata kesyukuran.... tak sangka. rasa nk menjerit bagi tahu satu dunia. KORANG!!!!! AKU DAH KAWEN!!!!!!!!!!!.
 
begitulah kisahnye... istimewa tarikh 20.10.2010...


penulis asal : siti hawa md. dolkafle

Wednesday, October 20, 2010

harapan aku ?

korang kenal labi-labi tak? tak...bukan labu labi dari filem hitam putih tu, tapi haiwan betul ni... 

nama orangputih : softshell turtle

aku cuma nak bagitau aku pernah buat upacara pengebumian sekor labi-labi masa aku kecik dulu. kubur dia kat tepi taman permainan, antara dua pokok betik. kalau rajin boleh pegi cari ye rakan-rakan..

aku jumpa labi-labi tu tak gerak-gerak dah 3 hari kat tempat sama, jadi aku tanam la..

oh, rajin plak kan aku pegi gaji kubur untuk labi-labi. kubur orang tak nak galikan plak...

harapan aku, hmmm.... aku harap labi-labi betul mati la masa aku tanam beliau...

yey, tak lari tajuk.

Monday, October 18, 2010

macam mana nak mohon belajar luar negara ; dengan biasiswa

entri ini tidak ditujukan untuk semua orang, cuma sebab dah banyak kali orang search benda ni kat internet, aku harap aku dapat membantu.

kalau rasa tidak berminat, sila lompat katak atau lari dalam guni ke entri seterusnya.

sebenarnya entri ni patut ditulis 4 tahun lepas, hahaha, sebab 4 tahun lepas la aku mohon untuk belajar luar negara. namun apakah aku kesah, aku tulis juga dari apa yang aku tahu.

blaja pandai-pandai, SPM bagi result gempak-gempak. kokurikulum pulak akan membezakan korang yang sesama budak pandai tu....

ni langkah pertama, mesti la kan. kalau nak mohon dengan result tak gempak pun boleh, anggapla sebagai mengisi masa lapang. aku tau lepas SPM tu masa lapang adalah terlalu lapang... bosan sampai rase nak lempang orang pun ada...

result gempak zaman aku adalah semua A1, boleh la jugak kalau ada A2 sebijik dua bijik. dapat B sebijik untuk subjek tak penting macam EST tu boleh lagi la... tapi zaman sekarang aku rasa lagi sengit persaingan..

cari penaja, JPA, MARA, kementerian, tentera, atau syarikat-syarikat macam TNB, PNB, Petronas, dan banyak lagi...

ni boleh google sendiri, kalau nak aku carikan jugak memang tak bleh la, aku sebenarnya ada kerja Konstruktionslehre 1, jadi aku sibuk. tulis blog boleh pulak, sekeh kang kepala abang ni, nasib baik jauh kat jermen...

bila dah jumpa website yang ada borang permohonan untuk program biasiswa, isi la borang sopan-sopan ye. borang kertas pun masih wujud, cuma kadang-kadang kena bayar sikit untuk kos proses borang korang.

nak baca tulisan korang yang tulisan siam tu bukan senang ye adik-adik... dan jangan ngade-ngade letak bekas lipstik pastu tulis : i'll do whatever for you if you bagi i lepas, bebeh...! xoxo

seriously, not cool. possibility of rejection soars to 92.8%

temuduga ; atau orang dulu-dulu panggil interbiu

aku dapat dipanggil interbiu dari JPA dan Petronas. aku rase MARA tak panggil aku sebab aku tak mohon pun, hahaha...

interbiu JPA ni dibuat dalam grup, dalam 10 orang lebih kurang. penemuduga berhak suka hati beliau untuk pilih bahasa pengantar samaada bahasa melayu atau bahasa inggeris atau kedua-duanya sekali.

sebab aku lepas interbiu JPA ni, maka aku berani bagi tips:

> kefasihan bahasa inggeris adalah sangat penting, aku ulang ; sangat penting

> pencapaian kokurikulum juga sangat penting, sila susun berduyuh-duyun sijil ikut urutan yang diberitahu awal-awal. ada mitos berkata, sijil pengawas adalah sangat berharga, patut letak muka depan.

> tonjolkan diri korang. berkata-kata, bagi idea. jangan ajak berdebat sudah la. kalau diam je, memang JPA pun diam, tak dapat reply la jawapnya...

>pakai hensem/jelita, hohoho jelita. ni sangat jelas, cuma sila jangan terlebih, nanti kena label overdressed. baju gosok elok-elok. seluar dalam pun gosok, jangan lupa ni, hehe....

>cari topik yang biasa kena tanya dalam interbiu JPA ni, sila tanya encik google.

>nama pun temuduga, bukan temuramah, bukan temu janji. jadi bersedia untuk hujah korang dipersoalkan penemuduga.


interbiu Petronas

ni aku tewas, mungkin sebab aku tak pernah ada kaitan dengan ekonomi pergi mohon untuk belajar ekonomi kat luar negara, huahuahua...

apa-apa pun, prosesnya berjalan selama 2 hari 1 malam. hari pertama akan diisi dengan aktiviti yang buat korang lebih bersedia untuk ditemuduga. seronok sebenarnya... tips kat atas tu aku rase boleh je guna, tapi aku tak tau la sangat sebab aku tak dipanggil balik pun lepas interbiu ni.

oh, petronas interbiu sorang-sorang, masa aku la.

lupa plak nak bagitau, interbiu JPA dan petronas, dua-dua ada test. seingat aku JPA punya lebih kepada ujian personaliti, petronas punya lebih kepada IQ .

bila dah diterima

biasanya akan ada program persediaan, dari 0 hari, atau 2 minggu saje, atau macam aku, kena 2 tahun setengah. tempat program persediaan tu ikut suka hati pihak penaja nak letak kat mana.

peringatan paling penting, sangat penting sampai kalau tak ambil berat benda ni, memang boleh buat korang menangis guling-guling macam budak-budak kecik dalam youtube:

sebelum pilih jurusan dan negara yang korang nak tuju dalam borang permohonan tu, buat dulu research atau kajian dalam-dalam. jangan main pilih je, nanti dah tak suka, reti pulak nak menyusahkan mak bapak, penaja, negara, dan pembayar cukai.

periksa abes-abes tempoh persediaan, keperluan belajar bahasa, hal kewangan semua. jangan lupa periksa iman masing-masing, agak-agak macam mana kat negara orang. biasanya ada dua keadaan je untuk iman korang bila dah duk negara orang, sama ada jadi makin buruk, atau jadi semakin baik bertambah mulia.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ni je yang aku sempat tulis, sebenarnya sangat ringkas. benda ni boleh cerita lagi panjang. kalau rasa ada soalan pasal benda ni, boleh email aku kat Hanafi_Jaafar[at]ymail.com

hahaha, alamat email macam tipu kan, tapi aku tak tipu, tu memang email yang sah dan baik-baik sahaja. kalau rasa nak tanya pasal bila aku nak kahwin, sila tanya dengan tembok rumah korang, aku dah malas nak jawap soalan tu.

kepada makcik/pakcik/tuan/puan/akak/abang/adik/cikgu yang rasa benda ni berguna nak sampaikan kat siapa-siapa, amek je. aku tak kesah...

okeh, aku boleh berlakon sibuk siapkan kerja Konstruktionslehre aku balik... korang boleh sambung lompat katak atau lari dalam guni ke entri seterusnya...
tie pin ni JPA bagi aku masa nak terbang dulu...

penulis merupakan pelajar bachelor bidang kejuruteraan di negara jermeni ketika artikel ini ditulis.

perkataan yg gedik

ini entri kutuk malah berilmu, hahahaha, andaikata tak suka atau gemar atau bahasa facebook-nya "like", boleh melarikan diri...

aku tak tau pun bulan ni bulan bahasa kebangsaan kat malaysia, tapi aku rasa berapa ramai je yang tau melainkan jadi budak sekolah. kalau budak sekolah tak tau, maksudnya ponteng sekolah la kan.. aku sebagai seorang yang mendakwa diri sendiri patriotik nak menulis pasal bahasa jugak la... aku rasa geli la bila dengar orang cakap dengan cara yang diaorang sendiri tak tau erti..

benda ni aku rasa kelakar, sedih pun ada. orang malaysia kita ni kunun-kununnya nak cakap orang putih, nak ikut budaya orang putih, nak pakai krim pencerah sampai jadi putih, warna rambut tak nak plak warna putih....

disebabkan nak sangat cakap bahasa orang putih tapi tak nak belajar betul-betul, jadilah contoh-contoh ayat macam ni:

"weyh, panas la arini, abes kulit aku sunburn. dah tak putih mcm anak kangaroo baru lahir... huu...~"

untuk semua orang tahu, sunburn tu bukan fenomena kulit korang jadi gelap. kadang-kadang kulit tak perlu jadi gelap pun untuk masuk kategori kena sunburn.

sunburn tu bila kulit kena banyak sangat radiasi UV (dari matahari) sampai kulit jadi merah, sakit bila dipegang, cepat penat, dan pening kepala pusing-pusing siap ada bintang berlegar-legar atas kepala.

kalau setakat kulit jadi gelap, panggil je la skin darkening atau sun tanning.

zaman sekarang orang buat kenduri kawen makin nak grand-grand kan. suka hati korang la, duit korang kan..., aku harap takde perasaan riak dalam hati je la. tapi yang aku rasa paling kesian bila perkataan kenduri tu hilang perlahan-perlahan...

reception vs resepsi

orang melayu zaman sekarang nak pakai perkataan "resepsi", yang dicilok dari perkataan orang putih "reception".

sebenarnya perkataan ni tak salah pun, tapi orang tak paham maksud perkataan resepsi.

resepsi adalah majlis jamuan yang dibuat untuk berterimakasih kepada tetamu yang datang kat majlis nikah kat gereja tu. alaa...yg orang putih cakap " i do " tu la....

tapi dalam konsep majls perkahwinan orang melayu, kenduri kahwin dibuat untuk jumlah yang sangat ramai, sekitar seribu orang. reception orang putih lebih kurang 100 je...
dan nak datang kenduri, tak perlu nak datang majlis nikah pun..

jadi perkataan resepsi tu sesuai untuk siapa-siapa yang hanya menjemput orang-orang yang hadir majlis nikah je. bukan takde kat malaysia macam ni, tapi aku rasa orang melayu tak buat macam ni la...

itik, memerang, platipus, biawak komodo, naga "dragon ball", badak sumbu

"if itik kahwin dengan memerang, jadi la platipus, unless itik kahwin dengan biawak komodo, so jadi naga macam dalam komik dragon ball. lagi better if itik kahwin dengan badak sumbu, aku nak sangat tengok badak sumbu ada sayap boleh terbang...."

ni cubaan untuk cakap english, awal ayat ada la bunyi macam orang putih, lepas tu melayu balik.... haish, tak elok la macam ni. tak salah pun nak cakap bahasa inggeris ke bahasa apa, tapi cuba la cakap penuh-penuh ye...


haha, perkataan "cilok" rupanya dah masuk kamus dewan bahasa, aku baru tahu...

Wednesday, October 6, 2010

red riding hood - dari short film yang terbaik.


rasa-rasanya ramai tak orang malaysia yang akan hargai short film macam ni. lagi-lagi bila short film ni sarat dengan maklumat teknikal yang bukan semua orang boleh faham. tapi apa-apa pun aku suka gile dengan short film ni sebab sangat banyak maklumat, tak kesah la yang aku dah tau atau baru nak tau...

aku rasa selagi malaysia takde produksi filem yang berunsur ilmu, tu tandanya malaysia tak nak maju. aku tak kata semua filem malaysia kena sarat berilmu, tapi sampai sekarang macam takde satu pun....

tips berhenti ketagihan online-shopping, cara aku.

eBay, amazon, lelong.com.my, mudah.my, facebook, blogshop

korang ada masalah terlebih online-shopping ? jangan risau, korang tak berseorangan, sebab aku pun sama. jadi dari pengalaman aku, aku nak ajar korang tips mengelakkan online-shopping....

kunyah sesuatu

bila korang dah sampai kat satu page online-shopping ni, masa tu la mata dah rambang, rasa nak semua je...kalau tak boleh nak dapat semua, rase nak 5 benda yang paling mahal kat situ, muahahahaha... kalau tak boleh jugak, nak 5 benda paling berkilat kat laman sesawang online-shopping tu..

masa ni la patut cari sesuatu untuk dikunyah supaya rasa membuak-buak nak berjoli tu ilang, dan benda paling sesuai untuk korang kunyah adalah duit kertas.... pernah korang terpikir kenapa duit kertas RM100 warna purple biru-biru tak? sebab duit rm100 tu berperisa blueberry, sama macam blueberry cheesecake kat secret recipe tu. kunyah lumat-lumat, biar lidah korang dapat rasa semua perisa dalam duit tu.

bila dah abes kunyah, baru korang tau betapa berharganya sekeping duit tu sebab sekeping duit kertas tu sangat sedap. lagipun bila dah lumat duit tu kena kunyah, korang dah takde duit untuk online-shopping lagi, hahahahahahaha...



perhatian : teknik ini tak berkesan terhadap duit syiling, risiko sila tanggung sendiri.

tarik nafas

bila korang tengah rambang mata tengah benda-benda yang ada kat laman sesawang online-shopping tu, cuba tarik nafas dalam-dalam. lagi berkesan kalau korang tarik nafas, pastu lepas nafas sambil geleng-geleng kepala. ulang pergerakan tarik nafas, hembus nafas sambil geleng-geleng ni sampai 20 kali... 

insyaAllah lepas 20 kali ni, korang akan pening pastu ilang ingatan sekejap. masa ni dah tak ingat yang korang tengah nak online-shopping, lagi bernasib baik kalau korang pitam terus. memang terbatal la niat nak online-shopping.

banyakkan minum air

setiap kali dalam hati korang terdetik niat nak online-shopping, cepat-cepat minum air banyak-banyak. banyak tu dalam lebih kurang 1 liter. cuba la minum air apa-apa pun, tapi tak berapa berkesan kalau dengan air hujan. teknik ni sangat berkesan sebab bila korang nak mengadap komputer untuk online-shopping, korang akan rase nak kencing dengan sangat deras.

secara otomatik, niat nak online-shopping terus hilang sebab asek nak masuk toilet je.

perhatian : tidak berkesan kalau korang bawak komputer, iphone, blackberi, henpon masuk toilet dan terus online-shopping sambil kencing secara deras.

lengah-lengahkan

asal terniat je nak online-shopping, terus cari benda lain nak buat. aku cadangkan korang pegi jahit baju raya untuk tahun depan ke, tanam pokok meranti belakang rumah ke, cari gaduh dengan kucing jiran ke, gali kolam ikan ke... asalkan perbuatan korang ni takde kaitan dengan internet. kalau ada internet, memang pegi online-shopping jugak la....

ingat korang akan sakit, dan kemudian mati kerana benda ni

kita semua akan mati, tapi segan la kalau mati sebab online-shopping kan... ingat, online-shopping boleh membunuh, korang tau tak macam mana? kalau tak tau, boleh pergi berfikir sekarang... huhuhu..



tips mengelakkan online-shopping ni tak pernah ditulis oleh kementerian kesihatan malaysia, tapi aku berterimakasih kepada kementerian sebab kalau bukan diaorg kat kementerian tu, aku takkan berjaya tulis artikel ni. LOL

lupa plak nak bagitau,
RM5 berperisa pegaga
RM10 berperisa tembikai
RM 50 berperisa kari hijau made in siam

Wednesday, September 29, 2010

blaja kat jermen, bes.....

masa nak kena balik jermen ni la masa yang emo, aku tak ske dowh... rasa sangat tak bes, berat dan lain-lain... jadi sementara aku tgh tunggu nak masuk gate ni, baik la aku tulis entri menyedapkan hati yang lara. kontra kepada entri yang sedih pasal belajar luar negara aritu (klik sini). aku nak tulis pasal benda yang baik-baik je pasal belajar luar negara.

bersedialah untuk anggap aku berlagak ke apa, ni bukan untuk berlagak, tapi aku tengah nak sedapkan hati. lagipun bukan benda palsu pun...

aku tak tau banyak pasal belajar kat negara orang lain, baik aku cite pasal jermen je la.

duit banyak weyh

pasal duit memang mewah, amaun dirahsiakan. hua3...
tapi memang kami dapat banyak duit, kalau reti simpan, dapat la melancong pusing eropah, atau beli set tv lcd terbaru, atau pegi london 2 kali setahun semata-mata untuk shopping sakan.

aku ada sorang kawan ni, jenis memang saving abes la, tak beli benda-benda mengarut yang kitorg selalu beli. baru 2 bulan sampai jermen, dia dah kirim kat mak dia rm 10000. aku ada kenal sorang senior ni, dah balik m'sia dah... bapak dia yg cakap kat aku, pernah mamat ni bawak balik rm50000 bagi kat dia..

berjalan pusing eropah

benda ni jadi bes sebab benua kecik ni ada banyak negara, banyak budaya. pastu dengan adanya visa jermen ni, boleh masuk negara EU sesuka hati tanpa perlu check apa-apa bila melintas sempadan. berjalan pusing eropah sebagai seorang pelajar jauh lagi baik dari jadi orang yg dah kerja. masa jadi student ni la ada kawan-kawan kat negara lain, boleh dapat tour guide free, tau kat mana nak dapat makanan halal, tau kat mana bes pegi. kesian jugak bila baca kisah makcik-makcik yang tulis kat surat khabar pasal pegi republik czech tapi susah cari makanan halal. kitorg pegi dapat je makanan halal, masjid pun jumpa...

kerja bakal jadi mantap?

kena letak tanda soal sebab aku tak alami lagi. tapi macam tu la aku dengar. penah sekali aku baca the Star, surat pembaca. dia mengadu pasal dia rasa tak adil kenapa graduate dari luar negara dapat naik gaji dan pangkat lagi cepat berbanding orang lain. weyh....tak senang nak belajar kat sini, tak pernah semudah yang disangka..

belajar bahasa

ini la benda paling bermakna untuk aku, bahasa asing yang tak pernah aku terpikir nak belajar ke hape... camne ntah hidup aku berubah dan dah sampai pun kat sini. lagipun aku rase rugi la pergi negara yang tak berapa reti cakap english, tapi belajar dalam english. lain la kalau pergi sweden,  90% orang sana tau cakap english, tak pelik la belajar dalam english. lagi satu, kalau tak belajar bahasa tempatan, memang sikit atau takde la kawan tempatan ko... aku rasa beruntung dapat belajar bahasa ni, bila dapat bahasa, budaya otomatik dapat sekali aku paham..

aku lebih hargai malaysia

ni memang takyah cite panjang-panjang pun aku rase semua orang bleh paham. bila satu benda tu dah tak bleh kita dapat dengan senang, baru la kita nak hargai kan.....



biarlah kalau ada orang nak kutuk entri ni, sebab aku tau apa yang aku buat kat sana.

auto-published on my departure time, 0200 malaysian time. konon-konon lagi dramatik la buat mcm ni..

Saturday, September 18, 2010

Puak-puak dalam Facebook korang....

maka sesi mengutuk facebook pun kembali, aku rasa dah tiba masanya untuk aku tulis sesuatu untuk kutuk facebook sebab aku tgh rase bosan dengan facebook. tapikan, setelah aku merujuk kepada buku " Himpunan 1001 Pepatah Melayu Zaman Tok Kadok" karangan hanafi jaafar, aku dapat kesedaran baru. mengikut pepatah siapalah facebook tanpa penggunanya, adalah lagi bes kalau aku kutuk penggunanya dari facebook tu sendiri.

ada macam-macam puak pengguna facebook ni, takde sape-sape pun salah tapi ada yang berperangai annoying kat aku.

PUAK TAK RETI TAPIS

puak ni suka tulis semua benda kat facebook, bagi diaorg, semua benda yang diaorg terhidu, terjilat, tersepak, terhantuk, tersenggol, tertelan, ter-apaapalagiyangkorangsuka mesti tulis kat facebook. banyak sangat imbuhan awalan "ter-", mengalahkan buku latihan BM darjah tiga, layak jugak puak ni dipanggil teroris, hahahahhahahahaha.

contoh status tiba-tiba tak reti filter:

Akak Meroyan Comel pagi ni gua melakukan proses penyahtinjaan, dapat tahi bentuk doraemon tgh makan kuih dorayaki lagi. terus gua rase nak pegi midveli beli kuih dorayaki.
11 minutes ago

kalau ada friend aku yang buat mcm ni byk kali, mmg aku bagi permanent hide.

PUAK STATUS ABSTRAK YANG ADA MASALAH SOSIAL KAT DUNIA SEBENAR

aku bagi contoh dulu la:

apa ko pikir ko hebat sangat ke? dalam dunia ni aku benci ko sorang je, aku rase nak belasah je anak sulung kucing ko. ko ingat aku tak takut ke? aku ni berani lagi bersemangat waja tau.

bersemangat waja la sangat sampai berani post kat facebook je, bukan nak pegi cakap depan-depan. sama ada diaorg ni memang jenis tak berani nak berdepan atau cuba nak buat hidup dia nampak tak membosankan kat depan orang lain...

kalau betul ada masalah, pegi la cakap depan-depan. tulis benda-benda macam ni kat facebook cuma buat masalah tu lagi keruh ada la....

PUAK KAKI KUIZ

aku syak la, puak ni sama ada rindu nak jawap exam atau student yang tak nak jawap exam, jadi pegi main kuiz banyak-banyak kat facebook sebab kuiz kat facebook senang atau there's no wrong answer. (in fact, i never think there's a real answer)

> Abang Hensem Muka Kulapuk took the quiz: Which Edward Cullen's Bodypart Are You?

                            Result  :  I am Edward's ketiak sebelah kiri yang kurang berbulu.

> Gadis Comel Pakai Fair n Lovely took the quiz: How Bad Is Your Constipation?

                           Result  :  You constipate so bad, the tahi you berak is heavier than 2 gorillas singing to Justin Bieber's song.

PUAK PARASIT TERHEBAT yang perasan jadi pria terhebat.

ni contoh kes kurang perhatian yang paling senang nak jumpa kat facebook. puak ni kalau nak jumpa, pegi je kat wall gadis-gadis jelita, ada banyak dowh.... kadang-kadang kesian jugak tgk diaorg ni, mcm desperate sgt je..

Abang Hensem Muka Kulapuk hahahaha, awak sangat betul dan awak ni kelakar la...
21 minutes ago

Abang Hensem Muka Kulapuk ada orang pnah cakap mata awak cantik tak? saya rase mata awak cantik tahap dewa 18.
20 minutes ago

Abang Hensem Muka Kulapuk saya setuju dengan apa yang awak cakap tu. saya akan sentiasa setuju dengan awak.......
19 minutes ago

Abang Hensem Muka Kulapuk awak...tak balas ke komen saya yang byk ni.. balas la awak....~
1 minutes ago



PUAK KUAT MARKETING / PROMOTE DIRI SENDIRI

puak ni rase marketing kat facebook adalah dengan hantar spam kat semua kawan dia kat facebook. macam-macam cara la spam diaorg ni, ada yang tag gambar, add friends berjuta-juta tak kesah kenal ke tak, hantar private message.

biasanya benda yang diaorg nak promote ni adalah benda nak jual, atau suruh orang lain jadi fan kat fanpage dia atau suruh follow website/blog dia.

ayat tipikal macam iklan: 

jadilah fan kepada kedai-daging-gorilla-mamat.com.my

tak nak? kalau macam tu jadilah fan saya mamat pemakan gorilla kat facebook

how about fanpage mamat makan bersama-sama gorilla ?

tak nak jugak? kalau nenek-mamat-bukan-gorilla.gov.nz ok tak? jadilah fan ye....

PUAK MENGAJAK SELURUH MANUSIA SEJAGAT

pikiran diaorg senang je, apa-apa event kena ajak semua orang dari semua tempat untuk datang. kenal tak kenal tu lain cite...

contoh mesej :

jemput datang ke parti besday kucing saye yang ke-11 bulan. saya tau awak tak kenal kucing saya, saya ni pun awak tak kenal sangat. tapi kita pernah masuk satu lif dulu masa shopping kat sogo.

jangan lupa datang tau, rumah saya kat no. 18, jalan Altantuya, 210984 Ulan Bator, Mongolia Darul Gengis Khan.

PUAK GAMER FB

Want to join farmvillage ?!

i just upgraded my tenggiling to level 18 tenggiling-warrior !
this will be legendary when my tenggiling reach level 174 the-tenggiling-warlord.

aduh! memang aku block notification ni sume. aku tak berminat la weyh.....


kepada korang yang menghadapi masalah friends macam ni, hide je trus user-user tu. dia pun bukan tau ko hide dia kan... nak unfriend mcm kesian dgt plak.

korang ada jumpa PUAK-PUAK lain tak kat fb? cite sket....