! ! BajuLusuhSeluarTampal: February 2011

Pages

Sunday, February 27, 2011

pindah rumah memenatkan....

rasa lama gle aku tak bukak blog ni, sebenarnya banyak je benda aku nak tulis kat blog, tapi macam ada banyak lagi benda aku patut buat sejak balik dari hindia.

sekarang aku nak kemas rumah baru aku ni, barang bersepah macam kena rumah kena masuk perompak je... argh...dah la takde makanan sangat. cuma ada cereal dan penkek, takkan malam nanati nak makan cereal jugak kot...


haa, jangan nak cakap kat aku suruh aku keluar pegi beli makanan ke hape, hari ni ahad dowh, kedai sume tutup. sape yang ada kat malaysia, sila bersyukur sekarang sebab kedai bukak tiap-tiap hari.

plan aku hari ni nak pegi pusing bandar Bamberg ni, kenal-kenal jalan, cari sungai, cari taman, cari town hall. tapi bangun pagi je terus kecewa, snow turun. oh, bila la abes winter ni.....

kredit to germany.info
aku nak cari tempat dalam gambar ni sebenarnye...

Saturday, February 19, 2011

head-on collision


lepas makan kfc untuk makan malam, malam tu jugak kami laki bini bertolak Alleppey, Kerala. nak merasa duduk rumah boat atau dalam bahasa tempatannya, boathouse.

rasa macam nak mati jugak la perjalanan naik teksi nak sampai sana, esok pagi baru sampai weyh...gile lama.. itu pun jalan tak byk kereta sebab tgh2 malam. belum kira dengan jalan yang tak pernah rata. melambung-lambung kami laki bini kat dalam teksi.

sebab jalan tak rata, kami laki bini amek shift tido gilir-gilir. skejap aku tido kat peha bini aku, lepas sejam mcm tu, tuka plak...

contoh boathouse, gambar dari OLX india
bila dah sampai kat atas boathouse tu, memang lega la. naik teksi tu boleh bagi sakit jiwa dan raga, dan yang paling komfem, sakit bontot aku terhentak-hentak dengan seat yang tak berapa nak lembut...

duk atas bot ni memang layan ah, siap ada tukang masak. boathouse kami ada tempat duduk kat atas, untuk sesi bermalas-malasan di waktu petang sambil minum teh dan kacau burung yang bertenggek kat kabel letrik.

boathouse bergerak plahan je, tu yang bes. bleh rasa angin dari tasik Vembanadu.

lebih kurang 24 jam duduk atas bot, maka kena la balik umah. perjalanan balik naik teksi sama, aku rasa lagi hardcore driver tu bawak. boleh kata setiap minit ada je peraturan trafik dia langgar, setiap minit ada je peluang untuk tgk nyawa kami sendiri melayang. tapi tu la standard bawak kereta kat india ni...

kadang-kadang aku rasa macam hiburan plak tengok dia bawak macam dalam filem, cuma nyawa kami sendiri je la jadi taruhan. cuak weyh, dah nak head-on collision dengan lori besar, driver buat muka biasa je. 

perjalanan balik aku kurang tido sebab bini aku nak tido kat aku lama-lama...hahaha..

Thursday, February 17, 2011

mari aku kenalkan diri aku semula

aku tulis ni untuk bagi korang tak keliru sape aku sebenarnya. aku cuba untuk tak jadikan entri ni sebagai entri melambung-lambung puji gf / isteri / significant other sebab aku tak suka baca entri macam tu. nanti aku benci diri sendiri plak bila aku tulis macam tu.

aku, hanafi jaafar, 22 tahun, berkahwin, masih belajar kat Hochschule Aalen, Jerman. JPA tanggung aku belajar kat negara jermeni. in case you're wondering : yes, i do study in local language, German.

isteri aku, siti hawa md dolkafle, 22 tahun, mesti la dah kahwin dgn aku, masih belajar kat KMC, Mangalore, India. dia pun JPA yang tanggung kos belajar. isteri aku belajar medic, tapi dalam bahasa inggeris, bukan bahasa tempatan.

bila kami berkahwin ? bulan disember 2010.

dah lama kenal ? 5 tahun dah, kalau saje nak tangguh-tangguh kahwin jugak, memang nak kena siku kat dahi sampai benjol.

macam mana boleh kenal ? dulu kami belajar kat sekolah yang sama, Sains Muar, atau nama konon-konon glamernye adalah SAMURA.

cukup kot sampai sini, kang tulis panjang-panjang, ada plak mulut yang mengeji.

kalau ada apa-apa pertanyaan, tulis je kat bahagian komen.

ada sesuatu yang bunyi macam tak bes



1. people, please don't say hiking is an extreme sport, it doesn't belong there.

kenapa aku cakap macam ni? sebab menurut penulis Joe Tomlinson, 18 sukan darat yang masuk kategori sukan ekstrem adalah:


tak ada pun hiking.....

aku cuma rasa geli sebab ramai orang muda sekarang rasa cool bila hiking sebab anggap hiking tu ekstrem. come on lah, not cool, people. not cool.

macam mana pun pendapat aku, aku tetap sokong korang bersukan. orang malaysia dah la kurang bersukan, memang patut rajin-rajinkan diri bersukan.


2. you are not a photographer, you're just a person with an overpriced camera.

tak semua orang yang ada SLR mahupun DSLR tu pandai amek gambar, mungkin cuma pandai photoshop. aku berani cakap la, dalam ramai-ramai yang gantung DSLR kat leher tu, sikit sangat yang betul-betul serius pasal fotografi. dan selebihnya cuma nak tayang kamera sambil naik eskalator kat midvalley.

aku boleh mengaku sekarang aku juga mahu kamera berkualiti tinggi, tapi aku takkan nak gelar diri sendiri sebagai fotografer. disebabkan DSLR dah ramai sgt pakai dan bila ramai sgt pakai, benda tu jadi bosan atau bak kata orang putih lame, aku hilang minat kat DSLR dah.

Wednesday, February 16, 2011

misi mencari bini

isteri aku duduk kat india...jadi aku nak pergi kat dia sebab aku adalah suami yang rindukan isteri.

exam last skali hari rabu, hari khamis aku bertolak keluar rumah, hari sabtu baru sampai kat isteri aku. lama gilos perjalanan, 2 hari naik basikal memang penat... hahaha, sape percaya aku naik basikal, boleh tepuk tangan sekarang. mana ada aku naik basikal, aku duk kat jermen, nak pegi india kena la terbang. dok gitu cik kiah?

maka selepas cuak-cuak naik pesawat, beberapa puluh kali terasa nak muntah, mendarat kat landasan pun rasa tak selamat. landasan kat airport ni baru je tahun lepas 159 orang terkorban, mane aku tak cuak beb.... pastu jalan keluar airport tu la tempat terhempasnye, nasib baik sampai waktu siang...kalau sampai waktu malam, berapa banyak cerita seram la dalam kepala hotak aku ni...

benda pertama kena buat bila dah sampai dalam dakapan isteri adalah...

makan kfc

alang-alang kfc cuma beberapa langkah dari sini, baik aku pegi je...kalau aku kat Aalen, Jermeni...kami sanggup bersusah payah menaiki tren 2 jam lebih untuk sampai ke kfc halal yg terdekat, pastu nak balik mesti la lagi skali 2 jam lebih duduk dalam tren...

sedap weyh hot wings kat sini, rasa tomyam...lagi sedap dari hot wings kat jermeni. aku tak tipu, nak lagi tepat, rasa macam perencah Maggi tomyam. oh demm, rasa nak makan lagi la....

jari ada cincin tu bukan jari aku

Friday, February 11, 2011

mesir, cepat la selesai.

pertama, aku kesian kat sape-sape orang malaysia yg tak amek kesah pasal egypt, maaf kalau kasar, tapi kalau benda ni pun tak amek kesah, boleh kata orang tu dah tahap katak bawah 3 lapis tempurung. benda ni la yang kita patut amek berat, patut follow. mesir tu dah ditekan bukan setakat zaman hosni mubarak ye, sebelum tu lagi dah duduk dalam tekanan kerajaan zalim...

kedua, aku sedih jugak tak dapat follow betul-betul cerita gembira kejatuhan hosni mubarak, aku dapat tengok dari tepi kedai kopi starbak kat airport ni je, sebabkan aku menyampah dengan kedai kopi starbak, jadi aku tak masuk... starbak harga mengarut, satu dunia harga dia mengarut.

ketiga, aku harap mesir cepat dapat kerajaan baru, bukan duk bawah tentera lama-lama. masalah asal bukanlah hosni mubarak, tapi pemerintahan kerajaan secara zalim. kalau setakar duk bawah tentera, tak ke mana jugak.

terima kasih sebab baca post ni, aku tak pasti berapa ramai yang suka baca benda ilmiah dari blog ni, walaupun sebenarnya banyak gila benda ilmiah aku nak bebel tiap-tiap hari.\

entri takde gambar sebab airport ni punya wifi lembap, tak larat aku nak upload...

wifi KLIA lagi cemerlang sampai boleh buat muka kagum...wuwuwuwuuwu... tapi wifi KLIA bukan bleh guna 2 jam je kan?

Thursday, February 10, 2011

boleh kot...

travel untuk 12 hari, aku nak bawak bekalan travel dalam satu beg kecik ni je. beg yg sama aku bawak travel untuk 7 hari masa pegi regensburg, prague, krakow dulu.

jadi aku nak cuba pecah rekod dulu, travel dengan beg yg sama, tapi 12 hari. aku rasa boleh buat.

gambar recycle dari entri ni

dulu-dulu sebelum aku travel 7 hari dengan beg kecik ni, ada yang kata tak logik la, cakap aku tak mandi la, pakai baju tak basuh ulang-ulang la...

ni aku nak bagitau, aku dapat je buat, selesa dowh bawak beg ringan-ringan. aku mandi setiap hari, aku pakai baju fresh setiap hari. nak travel buat cara nak travel la, travel nak kena berjalan banyak, bukan nak buat sakit tulang belakang angkat beban yang tak perlu...

lagi menggelikan bila lelaki yang dok kata tak logik apa sume tu.... geli dowh, ko nak bawak banyak-banyak barang buat apa?? mengalahkan perempuan...

kalau perempuan aku paham kot...ada extra pakaian, extra eksesori, extra extra...
extra apa lagi eh?

Wednesday, February 9, 2011

Rio Grande

aku sudah abes exam dan sedang kecewa, mahu tonggeng-tonggeng kepala atas karpet.

tapi atas karpet ada limau....

Rio Grande : Hoher Genuss, Hohe Qualität


obsesi terbaru aku adalah limau mandarin, ko hengat aku duduk negara orang putih takde limau raya cina ? ada la... made in sepanyol, China jauh sangat plak nak import.


sekilo 7 hengget, sehari aku makan sekilo stengah, sehari kena sediakan sepuloh hengget untuk makan limau je. sebab bajet dah lari ke limau, aku tukar lunch jadi makan limau semata-mata, sedap dowh.... om nom nom nom...~

Tuesday, February 8, 2011

pukul 2 pagi

aku benci bila orang cuba guna perkataan-perkataan tertentu untuk nampak pandai, atau saje guna perkataan pelik sebab dia tahu orang lain tak paham pun perkataan tu.

tapi yang peliknya bila kita dah biasa dengar perkataan ni, kita iye kan saje, pastu boleh ikut plak guna sekali, dan ramai guna dalam karangan SPM korang....

anjakan paradigma

ini perkataan yang sah-sah kena rembat dari Inggeris, "paradigm shift"

sape tak pnah guna perkataan ni dalam karangan masa kat sekolah, sila angkat tangan. haa, aku tau takde sape yang angkat tangan, kan betul...semua orang guna perkataan ni dalam karangan sekolah. tapi tahu ke maksud anjakan paradigma ni ?

anjakan, semua orang tahu kot.

paradigma, sape tahu ? cuba jawap dengan hati yang suci dan ikhlas, korang tahu ke maksud sebenar paradigma tu?




lagi satu perkataan:

blog

ye, memang la amek dari inggeris, tapi dah secara rasmi masuk bahasa melayu.

tahu apa maksud blog? dari mana datang perkataan blog?




skejap lagi ada la mulut-mulut manusia cakap:

"hekeleh, buat apa aku nak tau sume ni, tak efek idup aku pun, tak mati pun aku tak tau benda-benda ni"

"alaa, benda remeh je ni der, takyah kecoh boleh tak..?"


takpelah kalau nak kekal dengan perangai yang membuatkan bangsa kekal mundur. memang tak mati pun kalau tak tahu, cuma bangsa jadi bangsa pak turut je la... bila orang lain buat satu benda, kita cuma ikut macam bodo, tak pernah nak pikir masak-masak dulu....

Sunday, February 6, 2011

hindia, negara slumdog millionaire

aku cuma perlu selesaikan 2 paper lagi, kemas kotak untuk pos ke bamberg, kira bil rumah dan cancel internet. lepas tu boleh terbang ke hindia dengan tenang. insyaAllah selamat.

kat hindia ada apa? ada isteri aku la der...

gambar ini harta sendiri, tak amek orang lain punya...



Saturday, February 5, 2011

aku mencari pekerja untuk aku

ya! hanafi jaafar is hiring secara tidak jujur


disebabkan aku tengah kempunan nak makan sarapan malaysia, aku nak seorang tukang masak sarapan yang : 

  • reti tebar roti canai
  • tahu buat tosai
  • boleh buat nasi lemak
  • boleh buat nasi impit original ( beg plastik punya tak nak arr...)
  • boleh buat teh tarik kaw kaw punya !
  • tahu buat sekurang-kurangnya 17 jenis kuih (termasuk putu piring)
  • boleh bekerja dengan gaji 5 Euro sehari
  • ada facebook, senang aku nak kontek
  • tempat tinggal cari sendiri
  • cuci tangan dengan kerap
kepada sape-sape rasa dia layak, boleh kontek aku kat facebook.

ARGHH!!! lapar ni... dari benda-benda kat atas tu, aku cuma tak reti tebar roti canai je, tapi sebab setiap pagi aku sangat malas dan lembap. tahu nak tuang cereal dgn susu masuk mangkuk, angkat sudu masuk mulut.

kredit : sharenator.com

Thursday, February 3, 2011

ini sebuah kisah lelaki dan perempuan


satu hari, mereka amek keputusan untuk bernikah.. jadi, mereka pun pulang ke tempat asal mereka  yang dipanggil malaysia. lelaki dan perempuan ini ada 7 hari saje untuk selesaikan urusan untuk bernikah. mereka akhirnya dinikahkan pada satu hari cuti umum.

di hari ketujuh perkahwinan, lelaki ini harus pulang ke negara jermeni, dan tak lama selepas itu perempuan pula perlu pulang ke negara hindia.

pada suatu hari yang indah, lelaki ini disentuh rasa rindu yang mendalam akan isterinya. lantas dia pergi mencari makhluk Allah yang boleh tahan la pandai demi bertanyakan soalan.

lelaki : encik, berapa jauhkah saya dengan isteri saya ?

encik google : dekat je dowh, gua tak tipu... kalau naik kereta, 10027 kilometer saje. kau bawak je kereta tak berenti lima hari, sampai la tu...

lelaki : erk...






ini kisah benar sebab lelaki itu aku.