! ! BajuLusuhSeluarTampal: sebenarnya tak perlu tapi kadang-kadang kau tetap mahu.

Pages

Sunday, May 30, 2010

sebenarnya tak perlu tapi kadang-kadang kau tetap mahu.

ini adalah penulisan untuk mengingatkan manusia, dengan perkataan manusia, bererti aku dan juga kamu dan kamu sekalian. jika tidak berminat, sila larikan diri anda sekarang.

suatu hari dalam bulan ini, aku terdetik untuk membeli beg sandar (rucksack) berkapasiti 34 liter. ini semua terstimulasi gara-gara pelan perjalanan cuti seminggu yang mahu diisi dengan perjalanan 7 hari ke 4 bandar dalam 3 buah negara. maka dirasakan tamak itu patut pula. aku pun memulakan jejak langkah menuju ke pembelian beg itu. mahal, sekitar seratus euro.

namun perlahan-lahan aku batalkan niat itu mengikut dasar penjimatan. sanggup aku sedapkan hati setiap hari dengan kata-kata manis ibarat seorang lelaki tidak kacak mengorat wanita ayu di stesen bas. semua ini supaya aku tidak membeli beg mahal itu.

akhirnya aku berjaya menggoda diri aku untuk tidak memiliki beg mahal itu dan meneruskan kehidupan di sisi beg lama yang sudah lebih setahun bersama aku. beg dalam gambar di atas itu adalah beg lama yang digembar-gemburkan ini. kasut di sebelah hanyalah untuk panduan memahami dimensi saiz bez itu.

sungguh masih aku sukacita. aku mampu menggunakan beg berkapasiti 15 liter itu untuk perjalanan 7 hari, dan masih ada pakaian yang tidak terpakaikan, dan masih ada ruang untuk cenderamata.

kadang-kadang kita nak (sangat), tapi sebenarnya (sangat) tak perlu.

nota penting : aku pakai baju segar setiap hari ya, tiada pengulangan baju!

0 komen komen oltromen:

Post a Comment