! ! BajuLusuhSeluarTampal: March 2011

Pages

Thursday, March 24, 2011

soalan hari jumaat

hari ni jumaat, jadi soalannya, perlu ke aku pergi solat jumaat?

ikut mazhab syafie kita, solat jumaat kena ada 40 orang kan...

kalau tak cukup 40 orang, wajib ke pergi solat jumaat tu?

adakah 40 orang tu jumlah orang kat masjid ? atau jumlah orang kat sesebuah qariah ?

meh la jawap, aku memang tak tahu, sebab tu aku tanya. yang aku tahu, benda ni macam susah je nak jadi kat malaysia. minggu lepas aku pegi masjid kat sini, jemaah jumaat tak sampai 20 orang pun. padahal masjid tu boleh tahan la cantik untuk standard dalam negara jermeni ini.....

orang islam kat negara ni tak amalkan mazhab syafie, itu aku pasti la..

Wednesday, March 23, 2011

kita manusia, ...

seronok kan bila dapat duduk dan lupakan sekejap masalah dunia, walaupun rasa hidup ni terhambat la jugak...

kepada siapa-siapa kat luar sana, tolong jangan anggap aku ada duit berkepuk-kepuk. kebanyakan dari korang tengah hidup lagi selesa dari keadaan aku sekarang. kalau dah jadi perkara biasa untuk manusia berlapar kat negara miskin tegar, adalah sangat pelik untuk berlapar kat negara maju. tapi.... itu yang aku kena lalui.

tak, aku tak salahkan siapa-siapa untuk apa yang berlaku, bukan aku tak pernah diuji sebelum ni, aku tahu reaksi yang sesuai untuk ini. aku cuma tulis supaya satu hari nanti aku tahu bila yang aku dulu pernah berada antara dalam krisis yang sangat dalam. kita manusia, kita tak tahu masa depan.

Tuesday, March 22, 2011

terima kasih wiesenhof





bila tiap-tiap hari makan daging dinosaur. 

aku akan rindu korang, satu hari nanti.
what happened?
.
.
.
.
life happens.

maaf, entri syahdu kebelakangan ni. dan makanan dalam gambar itu halal insyaAllah.

Monday, March 14, 2011

ko ada perasaan ?!



susah nak cakap pasal perasaan, serius susah.... bila cakap sikit ko ni terlebih berperasaan, terus emo.

eh, bukan ke emo tu tanda terlebih perasaan.....??

tapi ada orang memang takde perasaan, ko maki dia sampai basah muka dia dgn air liur ko pun, belum tentu dia ada perasaan...tapi kali ni aku cuma boleh bahagikan korang kepada dua parti politik. parti lelaki dan parti perempuan.. 

bukan apa, selalu memang lelaki akan cakap "perempuan kuat emo...rilek sudah..~"

dan perempuan selalu pulak cakap "lelaki perangai macam haram, takde perasaan langsung ke? tak sedar ke perubahan kat diri ai ni...ai susah payah tarik perhatian yu, yu buat bodo je....ke yu memang bodo sampai tak nampak ai buat apa untuk yu... mencik! mencik! menciiikkkkk!!!"

hehehehhe, tengok beza panjang ayat lelaki dgn ayat perempuan...

tak payah bebel banyak-banyak la napi oi...

korang pilih la dari tiga graf kat bawah, mana yang korang rasa betul, sila pilih sambil tidak bersikap seksis...

graf 1, betul ke p'puan sebenarnye emo terlebih?

graf 2, atau lelaki je yang tak reti nak ada perasaan?

graf 3, atau dunia sebenarnya macam ni...






Saturday, March 12, 2011

aku lelaki straight yang suka baju zara

aku ada lagi 3 jam je untuk tido, esok pagi sabtu aku dah kena kejar tren pegi Regensburg. bosan jugak duduk umah sorang-sorang, baik aku pegi jumpa kawan.

okeh, zara. kedai / brand zara. bukan zara anak makcik rahimah rumah tepi padang tu...

jalan-jalan kat blog para gadis masa kini, selalu je nampak dia orang bergambar dengan kedai ZARA. dah jadi macam satu brand yang boleh buat tunjuk menunjuk kan... mungkin sebab harga yang....urghh~ mahal...

tapi serius aku tak pernah masuk kedai zara kat malaysia, aku rasa kedai zara tu terlalu mendiskriminasi aku sebagai lelaki. rasa macam ada pak guard kat depan kedai tu, tak bagi aku masuk....

kang aku masuk kedai tu, ada plak staf kedai tu tanya " adik, adik ni cari mak ke? "

kedai zara kat malaysia memang seksis, perempuan saje, cis. tapi bila bukan dekat malaysia, kedai zara ada je bahagian / floor untuk lelaki sahaja. zara kadang-kadang murah, dan aku cuma beli bila ada sale. dasar kedekut taik idung masin. kali terakhir aku beli kat zara pun bila baju tu diskaun 60% .

LOL, ini dari winter jacket yang aku dapat free sebab senior tu nak balik malaysia.

dan bila takde sale aku cuma mahu masuk kedai, try blazer terbaru, dan blah. satu jenis aktiviti yang aku takkan buat kat mana-mana kedai lain. seriusli, aku bukan jenis begitu, aku lagi suka beli terus. tapi apakan daya, zara mahal nak mampos.

tapi, aku rasa kasut lelaki kat zara adalah sangat sampah. baik lagi beli kasut cap Bata.

lagi sekali tapi, sape cakap Bata adalah brand dari malaysia, meh sini aku sekeh kepala. pakai kasut skolah Bata dari kecik, tak tau jugak brand tu datang dari mana... 

Wednesday, March 9, 2011

kalau ko tak seberapa, abestu kami ni apa?

selalu aku jalan-jalan baca blog orang, aku mesti jumpa ayat merendah diri dari blog-blog yang dari beribu-riban pembaca / pengikut ajaran / stalker / hater.

"terima kasih kat uolls yang rajin baca blog i yang kerdil ni"

"blog aku ni takde pape sangat pun, main tulis takde tujuan je, itu pun ramai jugak korang yang bace ye.... mekasih banyak2..."

aku bukan tak suka dia orang ni merendah diri, merendah diri tu bagus, sifat terpuji.

tapi aku ditinggalkan dengan soalan:

kalau ko blog ko kerdil / tak seberapa, abestu kami punya blog yang lagi takde orang baca ni plak duduk tahap mana...?

kredit kepada : futurephasedesign.com

kan bagus kalau kita tahu baru cakap, bukan terus cakap

dari kecik sampai la skarang ni, selalu aku dgr orang cakap. kat dunia ni, perempuan lagi banyak dari lelaki...

komfem ke kita betul kalau cakap macam tu, ada bukti?

setahu aku, mengikut statistik semasa nisbah lelaki kepada perempuan di dunia adalah 101 : 100

dan kat malaysia jugak nisbahnya 101 : 100

sumber : banyak statistik

adeh, rasa macam diperbodohkan plak bila satu fakta tipu tu, dari kecik kita kena telan bulat-bulat... ye, bulat, bukan bentuk lain.. btw, ni bukan post nak cakap lelaki lagi hebat ke apa, cuma betulkan pemikiran pasal nisbah lelaki kepada perempuan je..

perempuan nampak ramai sebab berbanding zaman dolu-dolu, tak ramai perempuan bekerjaya, belajar kat U, atau merempit. sekarang, bidang-bidang tu dah diamek perempuan.

bidang-bidang yang dikuasai lelaki ada tiga jugak, menjadi tukang kasut, menggunakan sumpit, dan ahli parlimen malaysia.

Tuesday, March 8, 2011

boleh ko jawap soalan ni dengan pantas..?!

pernah rasa kena soal dgn soalan yang macam remeh ? tapi kalau ko tak dapat jawap, memang memalukan, bukan memalukan ko sorang je, tapi memalukan lagi beberapa juta rakyat malaysia. kisah adalah seperti berikut :

tengah-tengah aku nak nak buat kerja aku, datang la sorang rakan sekerja aku ni. dia bukak la topik pasal negara asal aku. kepada yang tak tahu, aku berasal dari malaysia. baru bukak topik sket, banyak la pulak aku  kena soal siasat. dah macam sesi terjah menerjah dalam melodi pun ada...

apakah ranking dunia malaysia dalam kategori luas permukaan negara ?


berapa tinggi gunung tertinggi di malaysia dalam kiraan meter ?


sape nama Agong ?


berapa persen orang islam kat malaysia ?


berapa juta rakyat malaysia sekarang ?


apa masalah dalaman negara sekarang ?


apa lagi, korang cuba jawap soalan-soalan tu cepat. tak bleh google, tak bleh bukak wikipedia. kata orang malaysia, ni sume kat pasal malaysia. bukan pasal negara lain...

tak pelik untuk aku kena tanya soalan ni hari-hari. orang sini anggap pengetahuan macam ni memang benda standard untuk tahu pasal negara sendiri. jadi kalau aku tak dapat jawap, mesti diaorang ingat sume orang malaysia adalah lemah, tak reti nak amek tahu pasal negara sendiri...

dari enam soalan tu, berapa yang korang dapat jawap dengan spontan?

memusing bandar baru....

Bamberg bandar yang cantik, lagi cantik dari yang aku bayangkan sebelum ni. tapi aku masih tak habis pusing lagi bandar ni.

bijak la ko wahai burung kat tengah-tengah sekali, masa aku amek gambar la ko nak terbang eh. bajet ko bleh jadi centre of attraction...?!

burung apa ntah ini. bukan burung merpati la...

Monday, March 7, 2011

ini jiwang - preskripsi kasih sayang...

sebelum aku balik dari india hari tu, isteri aku ada bagi aku ubat. aku tak sempat nak makan lagi ubat ni.

hahaha, tak boleh makan pun ubat ni... dalam setiap ubat ni ada sekeping kertas untuk aku baca. nice one sayang, abang tak pernah nak pikir pun idea macam ni. hehe, prescription paling best abang dapat seumur hidup....

"tahukah kamu, mataku sering merasa cemburu dengan hatiku, kerana kamu selalu berada di hatiku, namun jauh di mata ku"

1 pil dah buka, ada 26 pil lagi......