! ! BajuLusuhSeluarTampal: March 2009

Pages

Friday, March 13, 2009

aku rindukan pemandangan seperti ini. ini adalah gambar yang diambil dipenghujung tahun 2005, samura. dan tahniah samura di atas keputusan spm terbaharu.



Kepada para pembaca, maaf kerana lama sudah tidak menulis...

Oh ya, sudah 5 hari aku tiba di Bandar Aalen ni, dan bandar ni akan jadi tempat tinggal aku untuk 5 tahun lagi, semoga dipermudahkan. Apa saja yang mampu aku kata, aku suka rumah baru ini. Rumah ini terbina dgn 6 bilik, 2 kamar mandi dan 1 ruang tamu bersambung dengan dapur. Ada 2 set PS3 dalam rumah ini dan beberapa buah televisyen. Dan yang paling menggembirakan aku, aku baru beli basikal semalam.

Daskin : kalau bapak ko tau ko beli basikal harga rm2000, mesti dia bising punye...

Basikal yang aku beli tu harganya hampir 400Euro, hampirlah kepada rm2000. Bukan aku nak beli basikal mahal2, tapi tu antara basikal yang paling murah aku boleh cari kat negara ni. Oh, sebelum terlupa, daskin tu senior aku yang sangat baik. Dahulu rumah ni dipenuhi dgn rakyat malaysia, namun selepas seorang demi seorang keluar meninggalkan rumah ini kerana memulakan Diplom Arbeit (semester terakhir yang anda perlu bekerja di mana2 syarikat), atau pulang ke tanah air, maka tinggallah 4 rakyat malaysia termasuk aku yang baru masuk. 2 lagi bilik diisi dengan warga jordan, Cuma mereka tidak akan bertahan lama kerana hadir sebagai pelajar tukaran (exchange student) untuk 2 semester.
Bandar Aalen ini terbaik sebab tidak jauh beza dengan bandar baru bangi, walaupun bandar ni dah hampir 2 ribu tahun berasas tapi bandar ini tetap kecil dan padat, semuanya dekat. Tapi sau perkara yang kurang enak adalah pengangkutan basnya yang tidak setanding bandar2 lain di negara ini. Basnya tidak kerap, dan tempat berhentinya jauh dari tempat tinggal aku. Justeru aku beli basikal.

Bilik aku masih tidak banyak isi, benar kata para senior, boleh pening kepala fikirkan bagaimana harus diisi bilik ini. Secara relatif, bilik ini memang luas. Tidak hairanlan daskin menempatkan televisyen 42 inci dalam biliknya dan masih terasa luas. Sehubungan dengan itu, perlulah aku ke ikea selalu walaupun jauh dan penat mengangkat barang. Naik tren sahaja sudah memakan masa 1 jam, dan perlu naik bas dan berjalan kaki, kadang kala perlu menunggang teksi. Bagaimana lagi, ikea terdekat ada di bandar Ulm, agak jauh. Ikea, ya memang ikea. Kalau di malaysia, aku memandang ikea sebagai jenama yang agak terkemuka. Tapi apakan daya, di negara ini, ikea jugalah tempat yang paling murah dan paling banyak pilihan. Lampu2 dan perabut yang aku beli setakat ini semuanya dari ikea. Cuma sekarang aku perlukan permaidani......

Kelas hanya akan bermula minggu hadapan, sungguh menggetarkan. Tapi seharusnya aku bersyukur kerana mempunyai seminggu yang kosong untuk mengatur kehidupan di bandar ini. Tidak seperti rakan2 yang lain, Cuma dapat beberapa hari.

Lama sudah aku tidak nampak matahari di waktu pagi, cuaca terkini seringkali tidak indah. Barangkali perubahan antara musim sejuk kepada musim bunga memang tidak sebaik yang diharapkan, apa2 pun aku tidak sabar untuk meninggalkan musim sejuk ini, sangat tidak seronok.