! ! BajuLusuhSeluarTampal: February 2010

Pages

Sunday, February 28, 2010

angin yang handal. cita-cita manusia untuk terbang boleh tercapai dengan angin sekuat ini.


aku mahu tulis pasal pertunangan, tapi aku mengantuk dan esok ada sekolah.

oh, awalnya aku meniduri diri sendiri.

tajuk pula tiada kaitan dengan ini penulisan ya rakan-rakan.

apa-apa pun, cendawan di atas macam enak dibuat lauk.

Monday, February 22, 2010

kau pergi meninggalkan diriku, yeay!

aku sangat mengantuk, dalam mengantuk ini aku masih cuba untuk menerima hakikat bahawa perkataan "mengantuk" berasal dari perkataan "kantuk". susah untuk terima berita ini, perkataan "kantuk" tidak lazat bunyinya. bunyi kurang lebih seperti "katok",,,, oh, adakah kalian tahu apa itu "katok"...? (jawapan adalah secara layan diri, cari sendiri)


gambar di bawah ini? ..... sengaja diletakkan kerana gambar ini terlalu cantik.
kenapa cantik? ..... sebab aku kata begitu.
tak rasa begitu? ..... ini seni, kau budak-budak tak faham.
kalian bukan budak-budak? ..... oh, patutlah kalian dah tergolong dalam golongan wajib berkahwin.




gambar seterusnya mengandungi lembaga hitam yang pelik. ya, yang pelik itu penulis. aku bukan bergambar bersuka beria-ia. aku mahu tunjuk kepada mereka yang mahu pakai pakaian musim salju, tidak perlu tebal-tebal. ketebalan bukan erti anda kebal dari kesejukan, cuma kalau bermuka tebal, ya, itu memang sesuai untuk melawan kesejukan. tidak tipu.
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
gambarajah ini pula bukti betapa nipisnya pakaian musim salju. gambar ini diinspirasikan dari iklan yang sangat popular di zaman silam. "lihat pinggangku, ramping kaaaaann~"

cuba kalian ulang ayat iklan itu seratus kali dalam sehari di depan rakan-rakan anda. namun kalau kalian ditumbuk di muka sehingga mewujudkan lubang hidung ketiga, saya mengaku tidak bertanggungjawap.





kalian ingat mudah untuk hidup di musim salju, semua ini hanya indah rupa dari rasa. bayangkan anda hilang tenaga dan tersadai dalam lambakan salji seperti diagram di atas, sakit tahu! kulit akan merasa seksa, pedih dan tidak akan hilang sakit begitu saja. sekali lagi benar, lembaga hitam dalam warna putih itu adalah penulis. kalau dari jauh kelihatan seperi tahi kuda jatuh tidak berdisiplin.


ini foto terpaling amat ironi untuk musim salju. hebat juga kotak besar warna merah ini. ada musim panas di dalamnya.

anda nampak logo apa itu, kalau di Malaysia itu logo ais krim Walls, orang tempatan di sini kenal itu sebagai Langnese, orang di negara Hungary kenal sebagai Algida.

"sape tau lagi nama-nama lain untuk Walls cepat2 bgtau aku!"


masa aku ambil foto ini, aku sedang terpaksa menunggu bas dalam ribut salji selama 40 minit. dan di situ hanyalah hentian kecil, pondok menunggu pun tidak wujud, cuma ada tiang terpacak yang kacak lebih kurang begini....


tapi ini bukan yang sebenar, foto ini aku cuma cari di google.

kepada yang belajar bahasa jerman, nama Haltestelle ini menarik bukan?






mari kembali kepada tajuk, tajuk itu mensimbolkan rasa sukacita aku dengan pemergian musim salju, itu saja.

Sunday, February 14, 2010

komen hari ini dan esok dan setiap esok kepada setiap hari. faham?!

lagi baik tidak menulis dari menulis benda yang tidak menarik.

baiklah. adakah penulisan ini, ya, yang ini, tidak menarik.

haha, aku sudah agak!

Thursday, February 11, 2010

negara ini tiada rapidKL

aku naik bas



nak pulang ke rumah kerana tak mampun untuk larat berjalan dalam kesejukan bersalji



aku duduk di kerusi bertentangan dengan wanita tua yang aku rasa dah merasa perang dunia kedua



rajin betul nenek ni berjalan-jalan



aku bosan, dari itu aku selongkar dompet aku



aku jumpa tiket ini



aku pelik



bagaimanakah dengan cara apa sekali pun tiket ini boleh mengakhiri di sini



ini tiket rapidKL



ini dalam bahasa melayu.

.

.

.

.

.

.

rupanya tiket ini dari Ogos 2008



maka aku pun gembira sebab ada benda untuk diangankan. apa yang jadi pada ogos dua ribu lapan?

kita mulakan dengan yang sedap.

aku mahu juga menggunakan ayat ini :

"hai korang, sori lama tak update, aku tau korang sume mst rindu kat aku (eh, post2 aku). sori ye, aku sibuk sket baru2 ni"

tapi aku tak boleh guna ayat itu sebab aku bukan penulis blog terkenal yang akan dirindui pembaca bila lama tidak memunculkan diri dalam bentuk penulisan. sampai ada pembaca datang rumah, ketuk pintu bertubi-tubi, risaukan kenapa penulis blog kesukaan tidak lagi menulis, adakah sudah dibunuh dalam bilik berkunci seperti kes-kes komik penyiasatan Conan?!

dan aku juga tidak akan menulis ayat sebegitu sebab itu terlalu biasa, tidak aku hirau walau gaya itu sangat terminatkan oleh para pembaca. bukan apa, aku tidak suka dengan kebiasaan, biarlah aku tidak biasa, luar biasa, bukan kebiasaan, melampaui keadaan biasa, ah...cukup.

pohonnya, aku cuma mahu menulis dengan bahasa melayu yang sahih dengan beberapa kesalahan tatabahasa yang sangat sulit untuk dicari, malah menimbulkan ragu-ragu dalam hati nurani yang terdalam para pembaca untuk cuba menegur aku bahawa itu atau itu atau itu juga adalah salah. ya, aku mahu susahkan kalian, tak boleh?

nama diberi, Daging Cendawan.

ini yang aku tidak puas hati, kata daging cendawan, tapi kenapa nampak macam daging lembu. namun adakah isi cendawan dipanggil daging cendawan?!
setiap detik yang menjetik-jentik kalbu aku ketika memasak masakan ini, aku dihantui soalan itulah.

Ya, saksikan! ini aku masak. kenapa aku masak ini, sebab aku takut aku tak dapat makan daging lagi kalau-kalau ada junior beragama hindu menganggotai rumah ini. artinya, andai kata beliau menganggotai rumah ini, beliau akan termasuk dalam Persekutuan Lelaki-lelaki Handal Memasak, ya, itu kami. tidaklah boleh aku masak lauk berasaskan daging lembu untuk dimakan bersama.

oh, atau ini bermakna aku perlu beralih kepada daging kambing yang lebih mahal dan lebih susah untuk dikendali dan lebih berbau dan lebih apa lagi aku pun tidak pasti.

aku harap aku ada kamera berkuasa super saiya untuk menangkap foto makanan kelak, agar jadi seperti gambar-gambar dalam buku masakan. indah gambar dari rasa. haha, peribahasa baharu sudah terbentuk.

hei, aku punya masakan di bawah tidak begitu, tahu! ini sedap.

ini cemil-cemilan selepas makan, orang panggil sebagai pencuci mulut, tapi itu dusta sama sekali kerana aku pasti, yakin dan pasti yakin bahawasanya mulut kalian akan perlukan cucian yang lebih handal dari Vanish O2 selepas meratah coklat di bawah.
ini bukan coklat biasa wahai rakan-rakan. coklat ini memiliki lapisan-lapisan tertentu yang akan membuatkan saliva anda merembes seperti hari pertama anda berbuka puasa di bulan puasa.
kata-kata, akhir, kalau anda berpuasa ketika membaca penulisan kali ini dan terliur mahupun sedikit, aku minta maaf.