! ! BajuLusuhSeluarTampal: August 2010

Pages

Monday, August 30, 2010

tandas ini bersih gila, tapi sangat mennyedihkan.

bulan puasa ni ramai plak mengadu sakit perut atas dasar yang misteri. dan sakit perut pun ada macam-macam jenis, sama banyak macam jenis kuih yang boleh korang cari kat bazar ramadan berhampiran. namun di sebalik kepelbagain jenis sakit perut, terselindung dua penyelesaiaan sahaja kan...

1. takyah buat apa-apa, duduk diam-diam lepas tu bergolek-golek sambil mengerang kesakitan.

2. pergi masuk toilet, lantas berusahalah dengan jayanya.

tapi berapa dalamkah korang menghargai toilet. betapa toilet itu bukan saja keperluan tapi satu bahagian penting dalam hidup masing-masing. setiap kali aku sakit perut, aku akan sempat untuk ingat toilet kat bawah ni. sebab sekali aku dah tgk, aku tak boleh nak lupa...

gambar ihsan wan norsoibah wan mustapa, kem Ausschwitz 1, Poland.
ini toilet kat satu kem nazi zaman dahulu kala, kem ni tempat jadikan manusia biasa kepada buruh paksa dan bunuh orang sesuka hati. jadi toilet pun buat macam baik takyah ada. tapi untuk tahan yang hidup diseksa lagi teruk dari haiwan kat sarkas, dapat guna toilet ni pun dah boleh gembira sampai keluar air mata.

jangan gunakan tandas untuk tempat ponteng puasa...

Sunday, August 29, 2010

kau yang berwajah indah....!

aku menulis blog, tapi mungkin tak layak utk dipanggil penulis blog sebab aku tulis pun kadang-kadang je. jadi aku boleh jadi pemerhati je la.

dalam blog-blog yang byk pembaca, aku tengok ada dua jenis je. dua jenis penulis yang sangat jelas ciri-ciri ni tak kesah lelaki ke perempuan.

penulis yang memang ada kualiti

penulis mcm ni la bagus, rajin cari idea menarik. bukan setakat tulis benda bosan seperti benda-benda yang org lain pun buat setiap hari, benda bosan mcm kedai yang orang lain pun boleh masuk bila-bila masa, benda lagi membosankan mcm tempat yang orang lain pun bleh pegi dgn mudah. menulis dengan rasa seronok untuk membuatkan pembaca rasa seronok. bes kan buat lain lain rasa suka.

penulis berwajah indah

ni jenis orang yang cantik, hensem, gojes, menawan, dan membeliakkan mata orang lain bila tgk gmbr diaorg. dalam blog akan ada beberapa ribu gambar muka diaorg yang akan buat org tgk lama-lama. penulis macam ni tak perlu update blog selalu pun, sebulan sekali menulis pun pengikut bertambah je tak berkurang jugak. jarang tulis blog pun bleh buat diri mereka terkenal, senang kan...

tiba-tiba ada lagi satu jenis...

dua-dua jenis kat atas ni tak salah pun nak tulis blog, bagus la wujud orang-orang mcm tu. tapi ada satu golongan penulis yang lagi satu. yang ni tak bagus, tulis blog sebab nak duit dari iklan je. sanggup menulis jugak walaupun isi macam takde makna. baik lagi aku baca short stories peringkat sekolah rendah. dan bila aku sampai kat blog-blog macam ni, aku baca lompat-lompat je sebab rasa penulisan tu tak layak nak amek masa aku (walaupun aku tengah banyak gila masa cuti ni).

ini niat puasa : sahaja aku berpuasa esok hari kerana Allah taala.

ini niat menulis untuk jenis ketiga : sengaja aku membuat entri terpaksa ini kerana duit iklaaaaan....

Friday, August 20, 2010

20 tahun lebih ditunggu, ni kesannya?!

siapa-siapa yang pernah belajar sejarah sampai tingkatan lima mesti tau apa tu dasar pandang ke timur. benda ni dah lama, dah lebih 20 tahun aku rasa. dari dasar yang diasakan oleh dr. mahathir ni, maka terpandanglah kita ke timur. macam-macam usaha kerajaan buat nak buat kita tak pandang sangat barat dan beralih pandang ke timur.

TAPI, bukan aku nak cerita balik pasal benda dalam buku sejarah ni, aku cuma berminat dengan kesan dari dasar ni, atau lagi tepat, kesan sampingan....

aku rasa kesan sampingan ni lagi banyak bagi perubahan terhadap negara, tak caye, sila fikir semula...
kesan sampingan yang aku maksudkan adalah pengaruh hiburan dari negara seperti korea dan jepun. semua ni bermula dengan drama jepun yang sangat membosankan kalau ditengok balik hari ini. contohnya drama oshin yang pernah ditayang balik kat tv9, cite ni asalnye dari zaman 80-an.

hari ni drama korea dah menguasai pasaran malaysia, bukan saja dengan drama, tapi dengan lagu pun korea nak sapu jugak. aku bukan peminat drama atau lagu dari korea atau jepun, aku cuma memerhati la. dan zaman sekarang ni drama dan musik dari korea ada peminat yang ramai kat malaysia terutamanya peminat perempuan.


SNSD

TVXQ

dan Wonder Girls. dalam byk2 MTV world stage, diaorg ni tak pnah masuk, tapi ble MTV world stage sampai malaysia, tiba2 plak ada.
aku, aku tak minat dengan scene hiburan ini. sebab bagi aku, pelik untuk dengar lagu dalam bahasa yang aku tak faham. subtitle tak kira la, tu bukan faham, tu baca...

maka inilah kesan paling besar dari dasar pandang ke timur, takde kesan lain yang lagi jelas dari ni... segala komen anda dialu-alukan..


Thursday, August 12, 2010

Koenigsstrasse boleh memakan masa sehari dari hidup anda.

minggu lepas aku pegi ke koenigsstrasse, stuttgart dengan rakan-rakan sejawat, hehe, bajet dah keje.... aku cuma nak cari keychain je sebab adik aku pesan. baik gile adik aku pesan benda murah je, selamat kewangan aku... namun begitu, ada satu kedai barang-barang bertaraf cool yang memang bes.. aku jumpa benda ni kat kedai tu.

ekspresi muka dari model profesional


mula-mula aku ingat bekas kuning tu cuma hiasan, rupa-rupanya memang betul ada rempah kat dalam. terima kasih kepada pemasak-pemasak kari kelapa pulau pinang (ada ke ni ?!) kerana mempopularkan rempah ni, boleh la aku bangga jap.

kepada sesiapa yang berminat kenal dgn kawan aku yang jadi model rempah kari kelapa pulang pinang tu: nama dia flip, asal dari kajang, sudah tidak single.

tuala hijau bunga-bunga sket...

aku jumpa tuala ni masa selongkar almari kat bilik aku ni, hehe... hijau memang terbaik..

sepuluh ogos jam 7.02 pagi...

aku set jam loceng 5.30 pagi kat telefon nombor 1, lepas tu aku set lagi jam loceng 5.30 pagi kat telefon nombor 2. sangatlah aku penuh semangat malam tu kemas-kemas barang, esok paginya nak balik malaysia tanah airku. aku pun tidur la kul 1 pagi tu.... esok pagi kena kejar tren kul 7.02 pagi.

tepat kul 7.02 pagi tu, aku pun bangun tido. arghh!! (menjerit sopan) camne boleh tak bangun, alarm aku dah letak lagu Du Hast - Rammstein pun boleh tak bangun jugak... nasib baik sempat lagi kejar tren kul 7.33, itu pun kelam kabut aku mandi, telefon teksi, bersolek berdandan...

adakah aku sangat penat panjat Aalbaeumle (yang ada kat puncak bukit) sehari sebelum itu?

atau

adakah telefon aku dah sangat teruk sampai alarm pun tak bunyi? aku rasa telefon ni dah cukup teruk sebab ada retak menunggu belah...

Sunday, August 1, 2010

THE [SUPER] WISHWASH MIRACLE MACHINE


kalau aku nak beli mesin basuh baju. aku nak mesin basuh baju yang sebijik macam ni. hahaha....

sape tahu apa sebenarnya benda ni?

inception (2010)



filem ni sangat hebat, memang rugi kalau tak tengok. tapi bersedialah dengan otak bijaksana korang untuk paham jalan cerita yang berlapis-lapis. kalau tak paham cerita, memang jadi tak bes la.

haha, kami habiskan masa lebih 3jam dalam tren untuk pergi tengok cerita ni.

kau rasa kau cukup hot ?!

selama aku duduk kat negara ni, semua rasanya okay. kebanyakan manusia kat sini sangatlah jujur memang jarang sangat penipuan tu jadi. tapi ada jugak benda yang aku rasa kena tipu. betul ke aku kena tipu? marilah kita bersama-sama mengulangkaji bahan-bahan pemedas lidah yang ada kat sini.

benda ni dah buat aku jadi mangsa dia hari ni. rupa luaran kau memang menawan hati aku, dengan warna kau menggoda deria rasa aku sampai lidah aku terkinja-kinja tengok kau kat rak supermarket, aku ingat kau hebat, aku dah siap bayangkan ada asap keluar dari telinga aku bila aku makan kau..... tapi aku salah. kau memang tak pedas langsung, kau dah kecewakan aku. aku harap kita tak jumpa lagi. pesanan terakhir aku untuk kau, pergilah tukar nama jadi sos tomato sebab rasa kau memang macam sos tomato.



spesimen seterusnya adalah hasil kekecewaan dengan produk negara ni, jadi cuba beli benda import yang dikecohkan warga tempatan sebagai sangat pedas. ambil botol, buka penutup, bau...... hebat, menjanjikan masa depan yang cerah dalam hubungan kita sebagai sos dan pemakan. tapi bila dan masuk mulut, kecewa. meleleh air mata sebab rasa seperti ditipu bulat-bulat. wahai sos tabasko, bukan kau tak sedap, tapi hati kita tak serasi, tu je...



ni lagi sekor, botol dah merah menyala, siap ada api-api lagi. kalau susun banyak-banyak botol ni, aku rasa boleh nampak macam unggun api.
pastu siap bagi amaran lagi : extra hot.
mari sini aku bagi amaran kat manusia sejagat : tak pedas langsung, rasa kari je lebih



nasib baik ada kedai-kedai asia. kedai yang kat mana boleh dapat barang-barang dari asia la... termasuk air soya drinho buatan malaysia. kat kedai ni la aku merawat hati yang kecewa, kat sini la boleh jumpa benda yang betul-betul pedas. macam dalam gambar ni, sejenis sambal yang bukan je buat ledah aku terkinja-kinja, dengan badan aku sekali terkinja-kinja keriangan sebab betul-betul dapat rasa pedas.

hehe, bukanlah aku nak mengutuk makanan, aku cuma nak cakap orang kat sini punya tahap toleransi terhadap kepedasan adalah sangat rendah. aku pernah dengar cerita dari senior aku, ada orang jerman jatuh pengsan bila diberi makan lauk melayu....