! ! BajuLusuhSeluarTampal: sepuluh ogos jam 7.02 pagi...

Pages

Thursday, August 12, 2010

sepuluh ogos jam 7.02 pagi...

aku set jam loceng 5.30 pagi kat telefon nombor 1, lepas tu aku set lagi jam loceng 5.30 pagi kat telefon nombor 2. sangatlah aku penuh semangat malam tu kemas-kemas barang, esok paginya nak balik malaysia tanah airku. aku pun tidur la kul 1 pagi tu.... esok pagi kena kejar tren kul 7.02 pagi.

tepat kul 7.02 pagi tu, aku pun bangun tido. arghh!! (menjerit sopan) camne boleh tak bangun, alarm aku dah letak lagu Du Hast - Rammstein pun boleh tak bangun jugak... nasib baik sempat lagi kejar tren kul 7.33, itu pun kelam kabut aku mandi, telefon teksi, bersolek berdandan...

adakah aku sangat penat panjat Aalbaeumle (yang ada kat puncak bukit) sehari sebelum itu?

atau

adakah telefon aku dah sangat teruk sampai alarm pun tak bunyi? aku rasa telefon ni dah cukup teruk sebab ada retak menunggu belah...

0 komen komen oltromen:

Post a Comment