! ! BajuLusuhSeluarTampal: July 2012

Pages

Monday, July 9, 2012

kita ni dah cukup matang?

bila usia dah masuk 20-an, mesti ramai yang akan terpikir tanggungjawap untuk menjadi dewasa. tanggungjawap ni takde yang suruh pun, sendiri faham la...masyarakat mengharap bila kita masuk usia 20-an, kita jadi matang, jadi penyumbang kepada pembangunan masyarakat tu sendiri...

tapi macam mana nak tahu kita dah matang ke belum?

bila aku tanya macam ni, ada pulak yang alih tumpuan kepada soalan : lelaki atau perempuan yang jadi matang dulu?

matang kat sini bukan maksud capai akil baligh (puberty) dulu, tapi jadi
matang macam seorang dewasa...
matang yang cukup untuk buat keputusan besar secara sendiri...
matang yang cukup bijak untuk tak dipergunakan orang lain...

jadi aku alih balik tumpuan ke satu jawapan yang boleh jawap dua-dua soalan tu serentak...

sifat jelas orang yang dah matang dewasa adalah bila dia tak mudah homesick bila berjauhan dengan keluarga, kalau asyik tiap-tiap hujung minggu rasa sedih bila tak dapat balik jumpa keluarga, rasa perangai macam tu macam belum cukup matang lagi...belum cukup berani untuk menghadapi dunia dalam masa sama berjauhan dengan keluarga...

semua orang akan berjaya atasi hal ini, cuma cepat atau lambat saja...kalau dah kahwin, ada keluarga sendiri pun tak habis-habis nak homesick, pun susah jugak kan...

kita tak perlu membandingkan lelaki atau perempuan bila nak tengok sifat ni, majoriti dari kita ada keluarga, jadi semua orang sama......dan bila kita lihat mereka yang membesar tanpa keluarga, mereka lagi cepat matang ada la..

ini anak kucing jenis Caracal, mereka belum matang lagi rasanya...

Tuesday, July 3, 2012

kisah yang agak sedih dari tahun 1978

ini sebuah cerita yang hanya sekali diceritakan kat aku... mungkin terlalu sedih untuk diulang oleh mereka yang merasa.. aku janji, ini kisah benar... tempat, waktu, nilai matawang semuanya sama, yang aku tukar cuma nama...

biar aku mulakan dengan beri nama kepada watak utama.. nama paling biasa dari buku teks, Ahmad.

_._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._

Ahmad baru tamat ijazah sarjana muda dan ditawarkan biasiswa untuk peringkat ijazah (master) di University of Boston. sebelum dia terbang ke negara orang, dia berkahwin dengan seorang wanita dari kursus pengajian yang sama dengannya di peringkat ijazah sarjana muda...

selesai berkahwin, beberapa bulan selepas itu pasangan muda ini terbang ke amerika memulakan hidup baru sebagai suami isteri... tahun 1978, penerbangan terus ke Boston dari Malaysia belum wujud lagi.. bertukar-tukar penerbangan dan akhirnya hampir dua hari kemudian, tibalah mereka di negara asing.

pasangan ini tidak bercadang untuk pulang ke tanah air sehingga tamat pengajian 2 tahun kemudian, si isteri tidak belajar atau bekerja, tetapi sekali-sekala mengambil upah menjaga anak orang kenamaan yang berasal dari benua afrika.

berutus surat antara amerika dan Malaysia jugak tidak dilupa, cuma mereka hanya mampu untuk mengguna pos standard yang mengambil masa dua bulan untuk sepucuk surat tiba..

mereka secara asasnya hidup dengan duit biasiswa dari Malaysia, cukup untuk mereka berdua, malah cukup untuk dikirimkan kepada kedua orang tua di kampung...Ringgit Malaysia Dua Ratus, nilai yang cukup besar di zaman 70-an, dihantar melalui transaksi bank terus dari amerika..

suatu hari pihak bank mengutus surat ke kediaman mereka, kata pihak bank, transaksi bernilai RM200 yang dibuat tidak berjaya sampai ke Malaysia...Ahmad kekeliruan, adakah ada masalah dengan akaunnya, atau masalah dengan akaun orang tuanya di Malaysia...

beberapa minggu kemudian tiba surat dari kampung, bapa sudah meninggal.

ya, sudah dua bulan meninggal...surat di tahun 1979 bukan seperti menghantar SMS antara benua di tahun 2012, cuma memerlukan beberapa saat..

terkesima Ahmad dengan berita, tapi apakan daya, berita kematian sampai terlalu lambat...pengajiannya pun tinggal beberapa bulan saja lagi untuk tamat, elok saja dia tunggu sehingga habis belajar.. akaun bapa di Malaysia sudah ditutup, sebab itu transaksi wang ke Malaysia hari itu gagal..

_._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._

susah nak bayangkan kalau aku yang berada dalam keadaan macam Ahmad, larat ke aku nak terima kenyataan...macam mana la agaknya aku nak kawal diri dan perasaan..

setiap kali aku teringat cerita ni, aku rasa sedih dan aku harap sangat takkan berlaku dekat aku... dan ini cuma satu dari banyak lagi kisah sedih dari kami yang belajar di luar negara.....ada yang ibu bapa meninggal, ada pelajar yang meninggal.. dan setiap kali ada musibah sebegini terjadi, aku akan jadi tergamam untuk seminggu dua...walaupun yang meninggal tu bukan orang yang aku kenal pun..

akhir kata, jangan lupa sayangi ibu bapa anda

hek eleh kucing, buat muka sedih pulak kau...

Monday, July 2, 2012

dari tersinggung hati, terhasil entri motivasi

aku rasa kita semua tahu negara Jepun, negara yang pernah menjajah kita zaman dulu-dulu, negara yang kena 2 bijik bom atom, dan sekarang negara yang maju, sangat maju...

orang jepun berjaya bangunkan negara yang teruk kena belasah masa perang dunia kedua, dan sekarang berada pada tempat ketiga ekonomi terbesar dunia. ada orang cakap, kemajuan negara jepun buat malaysia nampak 10 tahun ketinggalan...

aku bukan nak fikirkan sangat berapa tahun kita tertinggal sebenarnya...tapi terfikir satu benda, pernah tak orang jepun tengok negara lain macam negara malaysia kita dan kata "oh, mereka tertinggal 10 tahun dari kemajuan kita, apa kata kita relax dulu, tunggu sampai negara lain sama maju dengan kita..."

tak ada kan? orang jepun dah maju dan terus nak maju, makin maju...

apa yang aku cuba sampaikan adalah...tak kisah la seberapa bagus kita ni, tak bererti kita patut berhenti.

benda ni boleh kita guna dalam hidup kita, dalam masyarakat dan negara kita... bila kita dan habis sekolah atau universiti, tak semestinya kita patut berhenti belajar benda baru...cukuplah kita membaca benda-benda baru, belajar melihat sesuatu perkara dari pandangan budaya dan negara lain..

sama la dengan negara kita, ya, negara kita aman, terhindar dari bencana alam, rakyat ada pelajaran dan pekerjaan... tapi tak bererti kita patut pandang negara-negara miskin dekat afrika dan cakap "oh, ada negara tu tak cukup makan, perang dan huru-hara, jadi kita patut berhenti menambahbaik negara kita dan bersyukur dengan apa yang ada"

aku sangat tersinggung hati bila dengar orang yang cakap macam tu walaupun dia bukan tujukan dekat aku...

seolah-olah berusaha menjadi lebih baik tu satu benda yang salah dan tak adil untuk orang lain sebab ada orang lain tak sebaik/maju macam kita..

seolah-olah kita cakap dengan orang ada tengah buat program master degree dekat universiti itu tamak dan hanya merendahkan mereka yang hanya ada bachelor degree..

menjadi lebih baik tu tanggungjawap individu terhadap diri sendiri, dan menjadi tanggungjawap bersama bila kita bertindak sebagai ahli masyarakat..dan aku lihat mereka yang kita tak patut menambahbaik diri dan masyarakat ni sebagai orang yang hanya melembapkan kemajuan negara..


aku tulis jugak satu entri bersifat motivasi, selagi aku tak tulis benda ni, tak tenang hati nak study untuk exam...

aku rasa ini la rupa musang tengah senyum