! ! BajuLusuhSeluarTampal

Pages

Monday, December 7, 2009




lagi aku mahu tulis muzik, lagi aku tak reti. sedangkan alat muzik bernama "kastenet" peringkat darjah satu pun aku tak reti. entah, kenapa kalau aku ingat kastenet je aku trus ingat biru dan merah.


aku mahu tulis lagu, tapi tidak reti. jadi ini sajalah yang termampu.





aku mahu kata,

kau boleh jadi tujuan satu pengembaraan yang panjang.

kau boleh juga jadi sentuhan terakhir fesyen dan tatasusila,

kediaman dalam ketika yang tidak bergerak,

perisai yang melindungi rasa aku bila teruja,

pendakian, stimulus dan pecutan aku.


aku cuma kata dengan mudah,

yang kau adalah ultrabesar untuk aku,

dan hanya nak pastikan yang kau dapat rasa aku tak,

ya, kau dapat rasa aku.


aku mahu kata,

kau adalah Chill-Out Area ku,

kau adalah hari-hari cutiku setiap tahun,

kau adalah bahagian gula-gula di dalam supermarket,

kau adalah jawapan yang dicari-cari,

sangat tak ternilai sampai pasti aku akan pertahankan,

dan kau sangat cantik,

cantik yang mustahil ditinggalkan.





oh, baiklah, aku tahulah aku tidak berbakat, janganlah serang aku bertubi-tubian. dush!


kalian barangkali kata aku mampu buat lagi baik, dush! dush! aku dah kata ni je yang termampu buat saat ketika ini. dah, aku nak exam esok, dan perlu dapat markah penuh tahap tertinggi sampai ke langit pertama untuk layakkan diri aku masuk final exam. jumpa lagi lain kali lagi, lagi.

7 komen komen oltromen:

~*puding caramel*~ said...

hehe

tak kisah apa pun, asalkan apa yang ditulis itu terluah dari hati

oh, kalau nak sedap lagi. cuba jadikan setiap bari punya rima yang sama. :) anda boleh!

sitihawa said...

rasanya..inilah yang terbaik..
p/s: I LOVE YOU.

SkeLeLiNa said...

oit,ni lagu ein kompliment yg ditranslate ke dalam bhs melayu..cheyt!haha..=p

donutcokelat said...

cuba lagi.

hanafijaafar said...

sbb tu aku kata ni je la yg termampu... ein kompliment..

norfaridahanum said...

hoho!kantoi plak translate..tp usaha tuh yg buatkan jadi sweet..ohoho!

cik ungu said...

"kau adalah bahagian gula-gula di supermarket.."




siut...


aku jeles...

Post a Comment