! ! BajuLusuhSeluarTampal: May 2011

Pages

Monday, May 30, 2011

sebab penting kenapa bilik lelaki bersepah

ini soalan yang selalu perempuan tanya dekat lelaki. dan aku rasa lelaki boleh bagi jawapan paling bijak...

perempuan : kenapa bilik lelaki selalu bersepak, semak ? nak jalan pun susah. dah macam ladang ternakan lipas aku tengok... pengotor..bau pulak dah macam mix bau stokin dengan bangkai kucing. aku rasa ada kucing sesat dalam bilik tu tak jumpa jalan keluar, lepas tu mati, lepas tu tuan punya bilik tak sedar pun.

lelaki : ini bukti kami tak gay.

aku tak kata kalau bilik lelaki tu kemas, dia gay.
tak tak...bukan macam tu.
tapi kalau bilik lelaki tu bersepah, memang komfem dia tak gay. muahahahhahhahhahahhaa!

Saturday, May 28, 2011

hari ni kita patut dengar system of a down banyak-banyak kali.

kecewa widget "follower" aku hilang tak nak datang-datang balik. apa ntah masalah. aku rasa dalam banyak-banyak produk google yang aku guna, blogspot la paling sampah.

Monday, May 23, 2011

dilema setiap pasangan



lelaki yang dah kawen atau para boyfriend selalu kena tujah dengan benda ni.

anniversary

bagi mereka yang suka versi bahasa kebangsaan, orang panggil ni "hari ulang tahun".

dan para wanita suka mengingatkan lelaki mereka, "jangan lupa anniversary kita tau yang, kalau u lupa, i terjun dari KB mall". nampak, biasanya cara mengingatkan yang digunakan biasanya dicucuk dengan ugutan ganas tahap super saiya.

lelaki tak reply "peringatan" ni, biasanya diam je.... mampu mengeluh dalam hati je. kang mengeluh depan-depan pasangan, macam-macam peringatan tambahan pulak dapat.

"eh, mengeluh pulak, kalau macam ni u kena bawak i makan kek secret recipe, ikea meatballs, nasi lemak antarabangsa masa anniversary kita. kalau u lupa jugak, i post video kat youtube masa i nak terjun KB mall...!!"

ramai akan cakap, ada banyak lagi hari patut diingati selain dari anniversary ni. contoh-contoh adalah seperti berikut:

hari kanser lutut sedunia
hari yang ada earth hour tu
hari yang ada megasale
hari maharaja lawak singkirkan amir

tapi aku rasa jawapan aku ni ramai akan setuju. kalau terlupa hari anniversary, aku tak heran la, benda tu bukan benda pelik. tapi adalah sangat pelik kalau ada orang lupa hari raya.
janganlah rasa anniversary tu maha penting, hari raya lagi penting weyh....


entri ni ditulis sambil dengar lagu ni kat youtube. serius sedap, dengar sekali rasa nak dengar lagi sejam, lepas dengar sejam, rasa comel macam kucing.

Sunday, May 22, 2011

kenapa duduk jermeni adalah sebuah WIN !


entri ini didedikasikan kepada aku yang tengah rindu nak balik malaysia, hahahahhaha...
ini sebijik lagi entri mensedapkan hati sebab tak tau lagi bila boleh balik malaysia.

takde semut

kat sini takde semut weyh, aku tak pasti la...samaada semut sini takut dengan aku atau semut kat sini memang suka main sorok-sorok. yang aku komfem 100%, kalau aku letak seguni gula atau pun tumpahkan susu pekat cap teko pun, takde semut nak datang. gula pun tak payah nak simpan dalam bekas ketat-ketat.

kalau kat malaysia, gula wajib simpan dalam bekas waterproof, windproof, semutproof, bulletproof...bila tersenget sikit je tutup bekas gula tu, memang boleh bikin kecewa la bila tengok semut buat kenduri akikah kat dalam bekas gula, sob sob sob....

mata terpelihara dari wanita seksi...

kat malaysia, golongan suka pakai dedah-dedah ni memang seboleh-bolehnya nak mendedah... kat sini mesti la ada jugak yang pakai dedah-dedah, omputih la katakan....tapi diaorang ni baik sket, tak dedah-dedah sepanjang tahun, sampai saat waktu dan ketika, diaorang ni pun mula pakai sopan-sopan, tebal-tebal....sebab musim sejuk dah dekat.

jadi mata aku terpelihara la kan? muahahahahaha.

solat jumaat tak sesak

susah la nak merasa masjid tu penuh, bilangan manusia pergi solat jumaat memang tak dapat nak penuhkan masjid tu. kat tempat aku duduk sekarang ni memang sekali semayang jumaat tu, ada la 20 ke 30 orang... dinding tu cukup untuk semua orang bersandar, takde masalah kekurangan dinding... khutbah bahasa turki memang aku sumpah tak paham apa-apa, tapi nasib baik khutbah 5 minit je.

sebab tak ramai datang masjid, takde masalah terlupa kat mana letak kasut/selipar...dan aku rasa orang kat sini memang tak curi kasut kat masjid pun.

okeh, habis.




benda yang nampak macam habuk bercahaya tu sejenis serangga yang aku tak kenal, nampak ke?
ini la menatang yang suka terbang berkerumun ramai-ramai.
bila naik basikal laju-laju, mesti  menatang ni suka berada dalam laluan kepala aku,
lepas tu ada yang sesat masuk mulut aku,
free free je aku dapat makan serangga, bluwek....


Monday, May 16, 2011

aku nak tulis jugak pasal benda ni walaupun benda ni dah lama....

ini internet,

ada banyak benda kat internet, dan banyak benda tu tak muncul tiba-tiba. ada orang tulis, ada orang yang amek foto tu, ada orang lukis gambar tu. tak kisah la gambar tu buruk ke, lukis guna Paint je ke... benda tu bukan milik kita, jom la kita jadi bermoral sikit, kalau dah amek satu benda tu lepas tu letak kat blog, bagi la backlink. bukan susah sangat pun...

aku sedih jugak la tengok orang amek sesuka hati, macam benda tu dia punya. lepas tu, sebab benda menarik yang diletak kat blog tu la, orang datang blog, lepas tu dapat duit sebab iklan. sekarang boleh tanya diri sendiri, halal ke duit iklan tu ?


Original work by Caldy and Rosscott.

satu lagi nak sama-sama beringat, kalau jumpa gambar kat google, takde makna langsung bila kita letak ayat macam ni : "gambar jumpa kat google...." atau "aku jumpa kat google, aku amek ah.."

google tak memiliki gambar atau video yang ada kat google, siap ada bagitau kan, "This image may be subject to copyright."

memang senang nak amek sesuatu dari internet, walaupun senang, tak semestinya tu cara yang betul. aku rasa korang pun tak suka bila ada orang copy bulat-bulat je apa yang korang tulis kat blog, lepas tu publish kat tempat lain....

rebiu puding.

orang lain suka buat review movie kat blog. aku biasanya memang tak baca review yang ditulis kat blog, sebab banyak lagi tempat lain yang memang dibuat untuk review movie, baik aku baca kat imdb.com atau rottentomatoes.com

"review" dalam bahasa melayu = rebiu

sebab takde orang buat rebiu puding, jadi aku nak buat la. penat kot aku amek gambar benda ni, kalau tak buat rebiu puding ni, rasa nak berbaloi la plak kan tertonggeng-tonggeng amek gambar. bajet dah macam fotografer sepenuh masa plak.

puding yang aku nak cerita ni bukan yang jenis masak kat dapur, tapi boleh beli dalam bekas-bekas plastik secara murahan kat depan pintu pagar sekolah dari penjaja yang hanya tahu mengaut keuntungan dengan cara menjual makanan tidak berkhasiat kat budak-budak sekolah.

rasa pulak tidak hebat, ok la....

harga : RM 2.68 untuk seketul kecik ni. 70 gram dalam satu cawan kecik ni....

aku jumpa kat satu kedai barang-barang asia, kat bamberg.


tapi aku beli jugak sebab puding ni diimport dari malaysia, gile rindu aku dengan malaysia, asal nampak je barang made in malaysia, aku terus nak beli. siap ada cop halal jakim lagi tu...

bukan senang rupanya jadi satu-satunya orang malaysia kat bandar ni.

hari ahad adalah bahaya.

bila semua harapan sudah hilang, aku cuma mampu menjerit macam kucing dan mengenang masa depan yang gelap... kemalangan datang dengan tiba-tiba, bila aku rasa aku cukup berhati-hati dalam semua benda yang aku buat, masa tu la malang menimpa...

aku panik sebentar, ya...sebentar sahaja. pantas aku selongkar beg-beg dan kotak yang aku ada, mana tahu....ada apa-apa yang boleh membantu. tapi aku buntu.

aaaarrrrgggghhhhhhhh!! hari ni ahad, kedai semua tutup. mana aku nak cari plaster ni......

semakin aku menjerit, semakin banyak darah keluar....dan keluar....dan terkeluar....... pandangan jadi kabur, cepat-cepat merangkak ke penjuru bilik. tiada tempat lebih selesa untuk menangisi nasib diri melainkan penjuru bilik... bontot beralas lantai jubin yang sejuk beku, kaki dilipat supaya lutut boleh dekat ke badan, kepala dibenam ke lutut yang bersedia menjadi tempat mata menangis.....

air mata keluar perlahan, mata merah. darah keluar laju.

air mata akhirnya kering, mata merah tak tertutup, darah bertakung di atas lantai tak kering-kering.....

maskot derma darah dari jepun : Kokoron-chan .
dah nampak macam pokemon je aku tengok...
sumber pinktentacle.com dan worleygig.com

pengajaran kepada diri sendiri, belilah sekotak plaster. badan ko tak kebal la hanafijaafar. kan dah susah bila tangan luka di hari ahad. mana ada kedai bukak la sengal.... stesen minyak yang bukak hari ni pun tak jual plaster.

Wednesday, May 11, 2011

hari ibu dan illuminati ?

puas sambut hari ibu? seronok tidak terkata sampai rasa nak lompat-lompat macam budak tadika dapat gula-gula seguni?

tajuk hari ni pasal hari ibu. aku tahu hari ni bukan hari ibu, tapi sebab memang aku berdedikasi untuk tak tulis sesuatu betul-betul ikut event semasa, jadi aku pun tulis lambat sket dari hari ibu.

apa kaitan hari ibu dengan illuminati ? aku pun tak pasti kalau ada kaitan. tapi,

apa yang korang tau dengan asal usul sambutan hari ibu? haa...tak tau la tu, main sambut je. tak salah pun sambut, tapi harap takde la budaya "pak turut" dalam jiwa naluri korang yang suci bersih tu.

hari ibu muncul dalam kalender sebab seorang perempuan dari amareka syarikat, nama dia Anna Jarvis. dia mula  berkempen suruh orang sambut hari ibu pada 1907. sebab hari ibu yang dia asaskan ni jadi hyped sangat, negara amareka syarikat pun memberi acknowledgment untuk hari ibu. lepas tu tersebar plak hari ibu ke 40 buah negara lain.

kempen Anna Jarvis jadi lebih dari apa yang dia impikan....

tak lama lepas tu, Anna Jarvis mula menentang sambutan hari ibu. ya betul, dia lawan hari ibu...
dia sangat tak puas hati bila hari ibu jadi waktu penjual bunga dan kad ucapan jual barang dengan harga melampau. lagi melampau dari harga gula naik, lagi ganas dari harga petrol yang banyak kali naik. antara kata-kata Anna Jarvis pasal kad ucapan hari ibu, "nothing except that you are too lazy to write for the woman who has done more for you than anyone in the world."

Anna Jarvis menggunakan kata-kata carutan zaman 20-an untuk kutuk peniaga yang ambil kesempatan : "charlatans, bandits, pirates, racketeers, kidnappers and other termites,"

apa jadi dengan Anna Jarvis? dia habiskan semua duit dia untuk kempen menentang hari ibu dan mati dalam keadaan pokai dan tidak mempunyai anak.

serius aku tidak tipu, ini sejarah weyh. sejarah yang baru 100 tahun lepas.  kira baru lagi jugak la untuk kategori sejarah.



abestu hanafijaafar, apa yang ko cuba cakap ni? sambut hari ibu tu salah ke ?!

bukan macam tu la... aku suka kalau orang kita buat sesuatu bersebab, bukan buat sebab ikut orang lain, bukan sebab ikut apa yang ada kat tv, bukan sebab buletin utama cakap kena buat...

Wednesday, May 4, 2011

kenapa tak bawak isteri pegi jermeni ?

ada yang tanya aku kenapa isteri tak ikut aku pergi jermeni...?

sebab dia study kat india, jadi kami berdua macam hidup zaman bujang jugak la...

ada ucap selamat pengantin baru.

terimakasih banyak-banyak. dah 4 bulan kami bernikah, alhamdulillah.

isteri takde blog ke?

ada, link blog dia ada kat sidebar blog ni. kalau malas nak cari, sini aku bagi je terus LINK.

siapa nampak nenas ?
aku rasa aku nak tulis benda yang ada ilmu sket la esok, entri-entri macam ni tak boleh buat selalu, nanti aku sendiri rasa geli. tapi selalunya entri berilmu ni ada plak yang kata aku syok sendiri, cis!

Monday, May 2, 2011

dah kawen, tapi macam belum kawen

aku tak kata sapa-sapa, aku cakap pasal diri sendiri.

lepas 5 hari nikah, aku pun balik jermeni sorang-sorang.. jadi aku hidup macam orang bujang la kan?

bila fikir balik, bes jugak macam ni. tak la bila kawen, hidup terus tiba-tiba berubah. beli rumah, beli kereta, baru nak mula kerja, duduk serumah laki bini. tak sampai setahun lepas tu dapat anak. 

suami pulak kena makan masakan isteri, belum tentu selera sama. ntah-ntah isteri baru belajar masak sejak kawen, belum pro lagi bab memasak.

isteri, baru nak belajar masak,cuak-cuak lagi kalau suami tak suka. hahahahha, suami makan je sebab nak jaga hati isteri, makan sampai licin, tak bleh tinggal. nanti isteri tanya, "tak sedap eh bang?"

"eh, sedap..... sedap sedap sedap.........." balas suami, tapi jawapan menjaga hati je la.


sorry guys, i'm taking the slow lane on this one. and my wife cooks good, but i cook some particular dishes just better, sincerely me. muahahahahhahahahhahahahaha!!

edit : mungkin siapa yang tak tau bila aku kahwin, isteri aku duduk kat negara apa.... bolehlah baca entri lama ni mari-aku-kenalkan-diri-aku-semula.