! ! BajuLusuhSeluarTampal: ada ilmu kat sini

Pages

Showing posts with label ada ilmu kat sini. Show all posts
Showing posts with label ada ilmu kat sini. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

tanya lagi sekali, berapa banyak anak yang korang nak?


aku dah siap-siap nak tido, dah memang mengantuk pun. dah nak dekat pukul 1 pagi dan aku nak cuba datang kerja pukul 7 pagi esok. tapi...

tiba-tiba aku teringat satu benda yang isteri aku cerita. cerita pasal benda medical, dan aku memang suka dengar bila dia cerita benda-benda macam ni, sebabnya....bila dia cerita benda-benda macam ni la aku boleh paham tv series yang berkaitan medic, macam cerita House, Royal Pains....cerita kali ni buat aku terpikir, berapa banyak anak yang patut kami cuba lahirkan ke dunia? hek eleh, duduk berjauhan 10,100 kilometer, boleh pulak teringin nak buat anak, harharhar....


tak apa, kita teruskan cerita. ada antara korang yang dah kahwin, dan aku tau ramai yang tengah ke arah tu. dah kahwin, mesti teringin nak ada anak kan.... agak-agak berapa ramai anak korang nak ada?

aku sendiri tak tau berapa jumlahnya dengan tepat, rasa nak anak ramai, tapi kalau ramai-ramai, larat ke nak jaga? boleh ke bimbing semua ke jalan yang lurus?(ayat macam ustaz aku masa from 2 la pulak....)

ada satu hari tu, isteri aku cerita pasal satu masalah kesihatan ni, pasal perempuan punya masalah la, lelaki memang dah komfem tak akan ada masalah ni. benda ni dipanggil uterine prolapse, atau prolapsed uterus. atau bahasa melayunya---> uterus tercabut dari posisi asal sampai terjatuh ke bawah, kadang-kadang sampai terkeluar dari badan. gilak....ini gilak, ini lebih ngeri dari cerita potong-potong kepala.... lebih seram dari cerita hantu thailand...

nak lagi ngeri, isteri aku cakap, risiko untuk kena benda ni jadi tinggi kalau beranak ramai. 4 kali bersalin tu dah kira banyak dan sangat berisiko nak kena benda ni.....hmmm...tak boleh nak banyak-banyak anak la ye?

jadi, sekarang boleh pikir balik berapa ramai anak yang korang nak...?

tapikan, cuba perhatikan generasi mak mak kita, ada je beranak sampai berbelas-belas, rilek selamba je...

Wednesday, July 13, 2011

komen ANONYMOUS adalah diperlukan, seriusli.



tajuk hari ni ada racism. aku tau dalam setiap hati orang malaysia, mesti ada sifat racist...kadang-kadang kecik, kadang-kadang sangat besar... tapi yang aku rasa lagi menarik adalah punca kenapa ada sifat racist dalam diri kita? mesti ada macam-macam sebab...


sebab anjing jiran kau pernah gigit kau ke? dah pulak jiran kau tu bukan sama bangsa dengan kaukereta kau 


pernah kena langgar dengan orang berbangsa lain dari kau, sebab tu kau jadi racist?


semasa kau berada di darjah dua, wang saku kau dicuri murid berbangsa lain, lantas kau tidak makan di waktu rehat. jadi kau nekad mahu bersikap racist?

aku harap korang boleh kongsi cerita korang dengan aku, cerita kenapa korang tak suka dengan bangsa lain kat malaysia....tak semestinya perasaan racist tu kuat, boleh jadi korang jenis menyampah sikit-sikit je, tapi menyampah jugak kan...

kalau rasa nak jadi ANONYMOUS pun digalakkan, kalau nak pakai identiti pun ada salahnya.... aku nak tau sangat-sangat kenapa kita bersikap racist?

Saturday, June 25, 2011

tiga objek agung dalam blog

malam ni aku tiba-tiba mengantuk sebab tgk movie Due Date, jadi aku pun terasa nak pergi terjah blog-blog yang aku tak pernah sampai. sebab aku punya habit untuk bukak sekali 20 tab blog, komputer aku jadi panas, sekarang aku menaip kat tepi pintu balkoni rumah sewa aku. ye, aku duduk sorang-sorang, kesepian sebab bini dah balik india isnin haritu.

oh, dalam aku sibuk tengok-tengok blog orang, aku rasa ada satu pattern yang sama aku jumpa dalam banyak blog. balik-balik nampak ko lagi, asek-asek muka ko je.... bukan muka manusia, tapi benda. salah satu dari tiga objek yang memang korang boleh cari kat kebanyakan blog, mungkin ada kat blog korang sendiri.

tiga benda ni sangatlah agung, biasanya pemilik blog akan letak kat header atau kat sidebar nak bagi semua orang nampak.

kamera SLR
pemilik blog akan sebolehnya nak bagitau pelawat/pembaca jenis kamera SLR apa yang dia ada. kalau boleh letak la nama model kamera sekali. aku tak tau apa yang diaorang ni cuba nak dapat dengan mengumumkan kamera SLR diaorang kat, sebab aku tak ada kamera SLR dan aku tak minat kamera berat.

laptop
they just have to showcase their laptops, don't they? laptop untuk ditayang mesti bagi clear supaya orang boleh nampak brand apa, warna apa, ada aksesori ke tak. ada tampal sticker bling bling ke tak... seronok ke tayang laptop kat blog?

handphone / handset / telefonmudahalihpelbagaigunabolehsurfinternet
dalam fikiran pemilik-pemilik blog tertentu, orang lain mesti tahu tahap kecanggihan telefon dia. ada touchscreen atau cuma ada lampu suluh, ada keypad QWERTY ke tak, cukup berat tak untuk baling kat kepala anjing. atau camera phone yang ada banyak megapixel, lepas tu rasa lagi hebat dari kamera betul semata-mata sebab ada banyak megapixel. atau telefon tu ada huruf I didepannya, jadi bila update status kat facebook ada keluar ayat "via iPhone"....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sebenarnya....
langsung tak salah untuk kita beli gadget canggih-manggih tu, tapi kalau tayang kat blog, rasa-rasa dalam diri tu ada niat yang terpesong tak?

Tuesday, June 7, 2011

apa yang TV3 dan RTM ajar kita dari kecik

semalam aku dah post pasal hollywood, ini pulak versi televisyen tempatan kita... oh, by the way, this is an autopost. today i'm in Frankfurt picking up my wife at the airport. balik kepada tajuk asal entri ni....

apa yang RTM ajar kita dari kecik

p ramlee adalah sangat agung, RTM cuba sampaikan ini kat kita:
tak ada pelakon/direktor filem sehebat p. ramlee dalam sejarah malaysia. dia saje lah yang paling hebat, sampai bila-bila pun tak akan ada yang boleh lawan.

RTM buat macam-macam untuk kempen p. ramlee mereka. ulang filem berpuluh-puluh kali setiap tahun, buat pertandingan yang ada kaitan dgn p. ramlee. pasang lagu-lagu p. ramlee kat radio-radio RTM beberapa juta kali.

di mata generasi sekarang, p. ramlee lah hero filem melayu tulen, budak-budak zaman sekarang ramai je yang hafal dialog dalam filem-filem beliau. tapi, betul ke tu p. ramlee sehebat tu pada zaman dia.

zaman gemilang p. ramlee adalah lepas dia meninggal dunia, masa dia hidup, tak la dia disambut macam zaman sekarang. pernah je dia datang ke sebuah U, kena boo dengan student U sebab masa tu, dia dianggap sebagai artis yang dah tua, tak cool lagi...

aku rasa, satu-satunya benda yang RTM berjaya buat adalah buat nama p. ramlee hebat. selebihnya, kita tau la sendiri kan camne stesen-stesen RTM ni, membosankan....

apa yang cerita seram kat tv3 ajar kita

cerita hantu melayu ada market besa, habis satu cerita, datang satu lagi cerita seram.... aku tak galakkan korang tengok, sebab cerita-cerita macam ni la yang mengongkong pemikiran bangsa. otak kita tersekat kat pemikiran tahyul, takutkan makhluk halus. memang makhluk halus wujud, tapi sebab cerita-cerita hantu kat tv3 ni la yang buat penonton jadi takut melampau-lampau.

dalam cerita ni, mesti ada watak hero menyelamatkan kampung dari gangguan hantu syaitonirrajiiiimmmm.... hero ni mesti ustaz. sampai ke satu tahap, orang pikir pekerjaan ustaz adalah menghalau hantu. asal ada hantu je cari ustaz, asal ada ustaz je tanya pasal hantu... kesian tau tak kat para ustaz kita, pekerjaan mulia tu jangan la kita bagi imej yang salah...

Monday, May 16, 2011

aku nak tulis jugak pasal benda ni walaupun benda ni dah lama....

ini internet,

ada banyak benda kat internet, dan banyak benda tu tak muncul tiba-tiba. ada orang tulis, ada orang yang amek foto tu, ada orang lukis gambar tu. tak kisah la gambar tu buruk ke, lukis guna Paint je ke... benda tu bukan milik kita, jom la kita jadi bermoral sikit, kalau dah amek satu benda tu lepas tu letak kat blog, bagi la backlink. bukan susah sangat pun...

aku sedih jugak la tengok orang amek sesuka hati, macam benda tu dia punya. lepas tu, sebab benda menarik yang diletak kat blog tu la, orang datang blog, lepas tu dapat duit sebab iklan. sekarang boleh tanya diri sendiri, halal ke duit iklan tu ?


Original work by Caldy and Rosscott.

satu lagi nak sama-sama beringat, kalau jumpa gambar kat google, takde makna langsung bila kita letak ayat macam ni : "gambar jumpa kat google...." atau "aku jumpa kat google, aku amek ah.."

google tak memiliki gambar atau video yang ada kat google, siap ada bagitau kan, "This image may be subject to copyright."

memang senang nak amek sesuatu dari internet, walaupun senang, tak semestinya tu cara yang betul. aku rasa korang pun tak suka bila ada orang copy bulat-bulat je apa yang korang tulis kat blog, lepas tu publish kat tempat lain....

Wednesday, May 11, 2011

hari ibu dan illuminati ?

puas sambut hari ibu? seronok tidak terkata sampai rasa nak lompat-lompat macam budak tadika dapat gula-gula seguni?

tajuk hari ni pasal hari ibu. aku tahu hari ni bukan hari ibu, tapi sebab memang aku berdedikasi untuk tak tulis sesuatu betul-betul ikut event semasa, jadi aku pun tulis lambat sket dari hari ibu.

apa kaitan hari ibu dengan illuminati ? aku pun tak pasti kalau ada kaitan. tapi,

apa yang korang tau dengan asal usul sambutan hari ibu? haa...tak tau la tu, main sambut je. tak salah pun sambut, tapi harap takde la budaya "pak turut" dalam jiwa naluri korang yang suci bersih tu.

hari ibu muncul dalam kalender sebab seorang perempuan dari amareka syarikat, nama dia Anna Jarvis. dia mula  berkempen suruh orang sambut hari ibu pada 1907. sebab hari ibu yang dia asaskan ni jadi hyped sangat, negara amareka syarikat pun memberi acknowledgment untuk hari ibu. lepas tu tersebar plak hari ibu ke 40 buah negara lain.

kempen Anna Jarvis jadi lebih dari apa yang dia impikan....

tak lama lepas tu, Anna Jarvis mula menentang sambutan hari ibu. ya betul, dia lawan hari ibu...
dia sangat tak puas hati bila hari ibu jadi waktu penjual bunga dan kad ucapan jual barang dengan harga melampau. lagi melampau dari harga gula naik, lagi ganas dari harga petrol yang banyak kali naik. antara kata-kata Anna Jarvis pasal kad ucapan hari ibu, "nothing except that you are too lazy to write for the woman who has done more for you than anyone in the world."

Anna Jarvis menggunakan kata-kata carutan zaman 20-an untuk kutuk peniaga yang ambil kesempatan : "charlatans, bandits, pirates, racketeers, kidnappers and other termites,"

apa jadi dengan Anna Jarvis? dia habiskan semua duit dia untuk kempen menentang hari ibu dan mati dalam keadaan pokai dan tidak mempunyai anak.

serius aku tidak tipu, ini sejarah weyh. sejarah yang baru 100 tahun lepas.  kira baru lagi jugak la untuk kategori sejarah.



abestu hanafijaafar, apa yang ko cuba cakap ni? sambut hari ibu tu salah ke ?!

bukan macam tu la... aku suka kalau orang kita buat sesuatu bersebab, bukan buat sebab ikut orang lain, bukan sebab ikut apa yang ada kat tv, bukan sebab buletin utama cakap kena buat...

Tuesday, April 26, 2011

aku benci starbucks

sejak datang negara ni, aku mula kenal kopi lebih dari sekadar nescafe dan kopi O kat kedai mamak. ada la pulak senior aku yang mengajar orang-orang lain pasal kopi. sekarang sume orang dah terminat pulak kat kopi, termasuk la aku.

orang jermen ada byk budaya, tapi budaya yang aku boleh ikut tak banyak sebab budaya diaorg macam beer, makanan-makanan fancy....bukannya halal, dah la macam semua makanan nak letak babi.... budaya minum kopi ni je la kot yang halal ikut aku follow...

jom balik kepada tajuk berwarna hijau itu. aku rasa kalau nak cari minuman sejuk yang fancy, memang starbucks sesuai la. tapi kalau nak minum yang panas-panas, yang minuman tu duduk comel dalam cawan / mug keramik, tak payah la pegi starbucks.

setiap kali aku tengok harga starbucks, rasa nak pegi bagi salam kat cashier tu, lepas tu tumbuk perut dia laju-laju. kesian kat cashier, dia cuba nak cari makan je kot...

tak payah tertipu dengan kopi starbucks, aku tak rasa kedai tu hebat sangat sampai layak nak jual dgn harga mengarut. banyak lagi kedai-kedai kopi lain yang kecik, tapi interior cantik, siap letak mesin panggang biji kopi untuk pelanggan tengok lagi. puas hati dapat tengok biji kopi yang dipanggang tak hangus.

ni pulak bahagian sejarah trivial:

kopi americano, adalah cuma sejenis variasi air kopi cair. masa zaman perang dunia kedua, askar amareka syarikat datang sampai masuk ke eropah. mereka juga mahu minum kopi walaupun sedang sibuk berperang dengan nazi.

namun, agak malang di situ, kopi yang mereka jumpa terlalu pekat berbanding kopi di kampung halaman mereka (amareka syarikat). dari situ timbul idea untuk order espresso, lepas tu tambah air nak bagi cair. jadi terhasil la kopi americano yang sangat cair itu.

ni nasihat kesihatan:

jangan minum kopi banyak-banyak, tak sehat langsung.

ni untuk mereka yang baru belajar  :


infographic asal milik http://www.lokeshdhakar.com,
gambar yang sangat bes ni bukan milik aku.
i know it's an old infographic, but sharing it just feels right.

Tuesday, April 5, 2011

israel sembelih 18743 orang hari ini dengan mesin pemotong rumput berkuasa solar, sempena perayaan tahunan ?

aku benci israel, korang pun benci israel jugak rasanya.

tajuk entri kali ini memang ntah pape, macam makcik gila trafik punya tajuk, tapi biasanya golongan gila trafik suka buat tajuk lucah ataupun curik tajuk suratkhabar metro je, hahahha....

berbalik kepada tajuk, takde tempat lain kat dalam internet korang boleh jumpa tajuk tu, sebab benda tu tak betul, dusta semata-mata, tipu, pembohongan.....

benda yang bohong, tapi bila kita iyakan jugak, jadi fitnah tu.... tak kisah la yang ko fitnah tu jelas-jelas orang jahat, walau israel sekalipun. ya, israel jahat, tapi tetap berdosa memfitnah kalau kita menabur fitnah kat israel.

bukan aku sokong israel ke apa, cuma ada benda kita lupa bila hati dah benci sesuatu kan. bila kita marah, kita lupa batas, kita lupa takat mana yang kita dibolehkan buat sesuatu.

sketch belongs to the copyright holder, i don't own this.
click image for backlink.



oh, aku bukan tulis pasal fitnah sebab aku berdepan masalah fitnah. alaaa...ada sesetengah orang bila berdepan dengan masalah tertentu baru nak quote ayat quran, hadis bagai. bila takde masalah tertentu, lupa pulak tanggungjawap nak share ilmu....

dan, sape tak percaya mesin pemotong rumput berkuasa solar tu wujud, boleh tengok ni

dari http://www.husqvarna.com ; brand : husqvarna

benda kedua tak bes dalam dunia ni selepas israel adalah.............:      autotune bila aku blogwalking

buat potong stim aku tengah layan internet radio je... tapi autotune bukan jenayah, masih hak korang la nak pasang autotune ke apa..

Monday, April 4, 2011

menjawap entri sendiri

soalan-soalan ni aku pernah letak kat blog ni sendiri, malas plak nak backlink entri sendiri, yang penting soalan dan jawapan kan...

kasut bata bukan dari malaysia ?

jenama kasut bata datang dari tempat yang sekarang dah jadi negara republik czech ( dulu czechoslovakia, dan dulu lagi austro-hungarian empire). tapi hari ni berpangkalan kat switzerland. walaupun banyak kilang dan kedai kasut bata kat malaysia, dan banyak kasut bata dalam almari kasut korang, kasut bata bukan dari malaysia.

dan sebutan sebenar bukan seperti yang korang biasa sebut, sebutan sebenar bunyi macam "baca". berasal dari nama pengasas Tomáš Baťa .


blog tu apa?


perkataan blog berasal dari perkataan weblog. nampak? web + log .
mempunyai ciri-ciri suka simpan tarikh dan waktu, sebab tu ciri paling penting kalau nak dipanggil blog. kalau takde tu, jadi website biasa je la.


dalam bahasa melayu, ejaan yang betul adalah "blog", bukan "belog" atau "bolog" mahupun "bolognese".


nah link ke kamus dewan sebagai bukti: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=blog

anjakan paradigma ?

paradigma itu adalah : trend utama, model yang jelas tentang kedudukan sesuatu, dan ada beberapa lagi.

Saturday, April 2, 2011

tolong jawapkan untuk aku pulak...

kenapa orang kita rajin betul mengejar kulit putih, cerah.... lagi-lagi perempuan. aku tak faham...?

aku rasa kalau kulit dah putih sangat, sekali ada jerawat naik (apa-apa kecelaan lain pun boleh), lagi senang nampak ada la.

aku lagi suka kulit yang tanned atau mudah jadi tanned, ini aku sendiri la. korang nak suka macam mana, sukati korang la kan...

tak salah pun mengejar kulit cerah, tapi kenapa masyarakat terkejar-kejar sangat, setiap brand krim kulit nak buat produk pencerahan. termasuk la brand tempatan yang buat iklan tak menarik selama 10 saat kat tv.... alaa...yang gambar statik je tu, pastu ada la akak mana ntah jadi tukang cakap..

Thursday, March 24, 2011

soalan hari jumaat

hari ni jumaat, jadi soalannya, perlu ke aku pergi solat jumaat?

ikut mazhab syafie kita, solat jumaat kena ada 40 orang kan...

kalau tak cukup 40 orang, wajib ke pergi solat jumaat tu?

adakah 40 orang tu jumlah orang kat masjid ? atau jumlah orang kat sesebuah qariah ?

meh la jawap, aku memang tak tahu, sebab tu aku tanya. yang aku tahu, benda ni macam susah je nak jadi kat malaysia. minggu lepas aku pegi masjid kat sini, jemaah jumaat tak sampai 20 orang pun. padahal masjid tu boleh tahan la cantik untuk standard dalam negara jermeni ini.....

orang islam kat negara ni tak amalkan mazhab syafie, itu aku pasti la..

Monday, March 14, 2011

ko ada perasaan ?!



susah nak cakap pasal perasaan, serius susah.... bila cakap sikit ko ni terlebih berperasaan, terus emo.

eh, bukan ke emo tu tanda terlebih perasaan.....??

tapi ada orang memang takde perasaan, ko maki dia sampai basah muka dia dgn air liur ko pun, belum tentu dia ada perasaan...tapi kali ni aku cuma boleh bahagikan korang kepada dua parti politik. parti lelaki dan parti perempuan.. 

bukan apa, selalu memang lelaki akan cakap "perempuan kuat emo...rilek sudah..~"

dan perempuan selalu pulak cakap "lelaki perangai macam haram, takde perasaan langsung ke? tak sedar ke perubahan kat diri ai ni...ai susah payah tarik perhatian yu, yu buat bodo je....ke yu memang bodo sampai tak nampak ai buat apa untuk yu... mencik! mencik! menciiikkkkk!!!"

hehehehhe, tengok beza panjang ayat lelaki dgn ayat perempuan...

tak payah bebel banyak-banyak la napi oi...

korang pilih la dari tiga graf kat bawah, mana yang korang rasa betul, sila pilih sambil tidak bersikap seksis...

graf 1, betul ke p'puan sebenarnye emo terlebih?

graf 2, atau lelaki je yang tak reti nak ada perasaan?

graf 3, atau dunia sebenarnya macam ni...






Tuesday, March 8, 2011

boleh ko jawap soalan ni dengan pantas..?!

pernah rasa kena soal dgn soalan yang macam remeh ? tapi kalau ko tak dapat jawap, memang memalukan, bukan memalukan ko sorang je, tapi memalukan lagi beberapa juta rakyat malaysia. kisah adalah seperti berikut :

tengah-tengah aku nak nak buat kerja aku, datang la sorang rakan sekerja aku ni. dia bukak la topik pasal negara asal aku. kepada yang tak tahu, aku berasal dari malaysia. baru bukak topik sket, banyak la pulak aku  kena soal siasat. dah macam sesi terjah menerjah dalam melodi pun ada...

apakah ranking dunia malaysia dalam kategori luas permukaan negara ?


berapa tinggi gunung tertinggi di malaysia dalam kiraan meter ?


sape nama Agong ?


berapa persen orang islam kat malaysia ?


berapa juta rakyat malaysia sekarang ?


apa masalah dalaman negara sekarang ?


apa lagi, korang cuba jawap soalan-soalan tu cepat. tak bleh google, tak bleh bukak wikipedia. kata orang malaysia, ni sume kat pasal malaysia. bukan pasal negara lain...

tak pelik untuk aku kena tanya soalan ni hari-hari. orang sini anggap pengetahuan macam ni memang benda standard untuk tahu pasal negara sendiri. jadi kalau aku tak dapat jawap, mesti diaorang ingat sume orang malaysia adalah lemah, tak reti nak amek tahu pasal negara sendiri...

dari enam soalan tu, berapa yang korang dapat jawap dengan spontan?

Thursday, February 17, 2011

ada sesuatu yang bunyi macam tak bes



1. people, please don't say hiking is an extreme sport, it doesn't belong there.

kenapa aku cakap macam ni? sebab menurut penulis Joe Tomlinson, 18 sukan darat yang masuk kategori sukan ekstrem adalah:


tak ada pun hiking.....

aku cuma rasa geli sebab ramai orang muda sekarang rasa cool bila hiking sebab anggap hiking tu ekstrem. come on lah, not cool, people. not cool.

macam mana pun pendapat aku, aku tetap sokong korang bersukan. orang malaysia dah la kurang bersukan, memang patut rajin-rajinkan diri bersukan.


2. you are not a photographer, you're just a person with an overpriced camera.

tak semua orang yang ada SLR mahupun DSLR tu pandai amek gambar, mungkin cuma pandai photoshop. aku berani cakap la, dalam ramai-ramai yang gantung DSLR kat leher tu, sikit sangat yang betul-betul serius pasal fotografi. dan selebihnya cuma nak tayang kamera sambil naik eskalator kat midvalley.

aku boleh mengaku sekarang aku juga mahu kamera berkualiti tinggi, tapi aku takkan nak gelar diri sendiri sebagai fotografer. disebabkan DSLR dah ramai sgt pakai dan bila ramai sgt pakai, benda tu jadi bosan atau bak kata orang putih lame, aku hilang minat kat DSLR dah.

Friday, February 11, 2011

mesir, cepat la selesai.

pertama, aku kesian kat sape-sape orang malaysia yg tak amek kesah pasal egypt, maaf kalau kasar, tapi kalau benda ni pun tak amek kesah, boleh kata orang tu dah tahap katak bawah 3 lapis tempurung. benda ni la yang kita patut amek berat, patut follow. mesir tu dah ditekan bukan setakat zaman hosni mubarak ye, sebelum tu lagi dah duduk dalam tekanan kerajaan zalim...

kedua, aku sedih jugak tak dapat follow betul-betul cerita gembira kejatuhan hosni mubarak, aku dapat tengok dari tepi kedai kopi starbak kat airport ni je, sebabkan aku menyampah dengan kedai kopi starbak, jadi aku tak masuk... starbak harga mengarut, satu dunia harga dia mengarut.

ketiga, aku harap mesir cepat dapat kerajaan baru, bukan duk bawah tentera lama-lama. masalah asal bukanlah hosni mubarak, tapi pemerintahan kerajaan secara zalim. kalau setakar duk bawah tentera, tak ke mana jugak.

terima kasih sebab baca post ni, aku tak pasti berapa ramai yang suka baca benda ilmiah dari blog ni, walaupun sebenarnya banyak gila benda ilmiah aku nak bebel tiap-tiap hari.\

entri takde gambar sebab airport ni punya wifi lembap, tak larat aku nak upload...

wifi KLIA lagi cemerlang sampai boleh buat muka kagum...wuwuwuwuuwu... tapi wifi KLIA bukan bleh guna 2 jam je kan?

Tuesday, February 8, 2011

pukul 2 pagi

aku benci bila orang cuba guna perkataan-perkataan tertentu untuk nampak pandai, atau saje guna perkataan pelik sebab dia tahu orang lain tak paham pun perkataan tu.

tapi yang peliknya bila kita dah biasa dengar perkataan ni, kita iye kan saje, pastu boleh ikut plak guna sekali, dan ramai guna dalam karangan SPM korang....

anjakan paradigma

ini perkataan yang sah-sah kena rembat dari Inggeris, "paradigm shift"

sape tak pnah guna perkataan ni dalam karangan masa kat sekolah, sila angkat tangan. haa, aku tau takde sape yang angkat tangan, kan betul...semua orang guna perkataan ni dalam karangan sekolah. tapi tahu ke maksud anjakan paradigma ni ?

anjakan, semua orang tahu kot.

paradigma, sape tahu ? cuba jawap dengan hati yang suci dan ikhlas, korang tahu ke maksud sebenar paradigma tu?




lagi satu perkataan:

blog

ye, memang la amek dari inggeris, tapi dah secara rasmi masuk bahasa melayu.

tahu apa maksud blog? dari mana datang perkataan blog?




skejap lagi ada la mulut-mulut manusia cakap:

"hekeleh, buat apa aku nak tau sume ni, tak efek idup aku pun, tak mati pun aku tak tau benda-benda ni"

"alaa, benda remeh je ni der, takyah kecoh boleh tak..?"


takpelah kalau nak kekal dengan perangai yang membuatkan bangsa kekal mundur. memang tak mati pun kalau tak tahu, cuma bangsa jadi bangsa pak turut je la... bila orang lain buat satu benda, kita cuma ikut macam bodo, tak pernah nak pikir masak-masak dulu....

Monday, January 31, 2011

trend internet minggu ni, ini serius!!

jom tgk facebook dan blog dalam masyarakat malaysia yang aman harmoni, sepakat, muhibah, dan apa jadah sebagainya...

minggu ni sibuk orang cakap asal torres, torres nak mintak transfer la, orang kutuk torres, torres tak kutuk korang pun, orang suka torres pindah la. penting betul ye torres kat diaorang ni...

tapi dalam kalangan student-student obersi, tak kesah la ada sponsor ke, bayar sendiri-sendiri ke... topik yang lagi hangat adalah pasal mesir dan keselamatan orang malaysia kat mesir, terutamanya student jugak la....

mana lagi penting, torres nak pindah ke orang malaysia dalam bahaya kat mesir? jangan jadi ignorant boleh tak, bukan aku tak follow pasal cite torres tu, aku siap gelak-gelak lagi kot bila torres yang hantar surat nak mintak pindah. tapi nyawa orang malaysia lagi layak untuk kita amek kesah, aku tak larat nak cite apa jadi kat mesir, sejarah panjang pendek apa jadi sume, tu sume boleh cari kat internet.

kamon la orang malaysia, kalau kita takde sedara-mara atau kawan-kawan yang tersangkut kat mesir tu skarang pun, diaorang tu tetap layak untuk kita risaukan. lepas ni ada plak yang kata, apa aku boleh buat kat sini, bukan aku ada kapal terbang pun nak amek orang-orang malaysia kat mesir tu. adeh...~

MESIR : negara no.1 dalam kategori pengajian luar negara oleh rakyat malaysia, takde negara lain yang mempunyai pelajar malaysia lagi ramai dari mesir.

masa ni la kita patut sokong tindakan kerajaan kita untuk keluarkan orang malaysia dari bumi mesir tu, dan terus dapat perhatian kerajaan untuk keluarkan semua orang kita, bukan sikit-sikit je. jangan lupa doa jugak. tak semestinya kita ni perlu jadi penyokong parti pemerintah malaysia untuk menyokong kerajaan malaysia, ada banyak beza kat situ.

ini serius, dari yang aku tahu, media kat malaysia tak menunjukkan keseriusan terhadap benda ni.


untuk update pasal mesir :

http://english.aljazeera.net/watch_now/
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/
http://www.ikhwanweb.com/breakingNews.php
http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir/185618624791964
http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html