! ! BajuLusuhSeluarTampal: tanya lagi sekali, berapa banyak anak yang korang nak?

Pages

Thursday, July 14, 2011

tanya lagi sekali, berapa banyak anak yang korang nak?


aku dah siap-siap nak tido, dah memang mengantuk pun. dah nak dekat pukul 1 pagi dan aku nak cuba datang kerja pukul 7 pagi esok. tapi...

tiba-tiba aku teringat satu benda yang isteri aku cerita. cerita pasal benda medical, dan aku memang suka dengar bila dia cerita benda-benda macam ni, sebabnya....bila dia cerita benda-benda macam ni la aku boleh paham tv series yang berkaitan medic, macam cerita House, Royal Pains....cerita kali ni buat aku terpikir, berapa banyak anak yang patut kami cuba lahirkan ke dunia? hek eleh, duduk berjauhan 10,100 kilometer, boleh pulak teringin nak buat anak, harharhar....


tak apa, kita teruskan cerita. ada antara korang yang dah kahwin, dan aku tau ramai yang tengah ke arah tu. dah kahwin, mesti teringin nak ada anak kan.... agak-agak berapa ramai anak korang nak ada?

aku sendiri tak tau berapa jumlahnya dengan tepat, rasa nak anak ramai, tapi kalau ramai-ramai, larat ke nak jaga? boleh ke bimbing semua ke jalan yang lurus?(ayat macam ustaz aku masa from 2 la pulak....)

ada satu hari tu, isteri aku cerita pasal satu masalah kesihatan ni, pasal perempuan punya masalah la, lelaki memang dah komfem tak akan ada masalah ni. benda ni dipanggil uterine prolapse, atau prolapsed uterus. atau bahasa melayunya---> uterus tercabut dari posisi asal sampai terjatuh ke bawah, kadang-kadang sampai terkeluar dari badan. gilak....ini gilak, ini lebih ngeri dari cerita potong-potong kepala.... lebih seram dari cerita hantu thailand...

nak lagi ngeri, isteri aku cakap, risiko untuk kena benda ni jadi tinggi kalau beranak ramai. 4 kali bersalin tu dah kira banyak dan sangat berisiko nak kena benda ni.....hmmm...tak boleh nak banyak-banyak anak la ye?

jadi, sekarang boleh pikir balik berapa ramai anak yang korang nak...?

tapikan, cuba perhatikan generasi mak mak kita, ada je beranak sampai berbelas-belas, rilek selamba je...

5 komen komen oltromen:

Alexandriana Alia said...

I want 4.. haha.

hidup zaman skang banyak komitmen weyh. ramai2 takleh nak jaga elok2 dari kecik sampai besar susah gak, anak tu amanah Allah

ღ p!nk veLvet ღ said...

erk! scarynyer ... naseb blom kawen, bole plan siap2, hahaha~~

fiqa said...

i want 7 ~ sbb nye rasullullah ade 7 org anak..InsyaAllah...tp brape yg Allah nk bg...i juz accept it ^^

yusuflaili said...

Tak jdi masalah..buat jer jgn tak buat jadi anak ke tak jadi ke tak apa..kalau jadi kita jaga amanah Allah kepada kita...tak kira berapa ramai pun..

liyana said...

dr pemakanan kite kot, x jaga, sbb tu byk penyakit.. huhu

nak 3 je, boleh? haha

Post a Comment