! ! BajuLusuhSeluarTampal: November 2009

Pages

Friday, November 20, 2009

tidak sebegitu sukar wahai lelaki gatal.

ya, andalah lelaki gatal yang dimaksudkan. anda mahu perhatian dan keperkasaan dalam menarik minat segenap perempuan di dunia ini. ke marilah engkau agar dapatlah aku menurunkan ilmuku yang secubit garam ini.

>>langkah yang paling awal dari segala keawalan, ketahui apa yang digemari kebanyakan perempuan.

jawapan : coklat, aku maksudkan bahan cemila-cemilan dari buah koko itulah.

>>langsung itu, apa perlu diberi seluruh perempuan seketul coklat?

jawapan : oh tidak....itu terlalu mahal dan nampak menjengkelkan bukan. anda (para lelaki gata) cuma perlu mencipta semburan nyah bau (bukan nyah = mak nyah, tapi deodourant) berperisa coklat dan pastikan baunya sangat coklat.

>>apakah neraka (what the hell) ??

jawapan lebar panjang : bila anda berbau sepertinya coklat, anda akan kelihatan di mata perempuan seperti seorang lelaki tersenyum lebar panjang yang dicipta dari coklat, berjalan seorang diri dengan mata bulat-bulat.


segenap masyarakat perempuan yang berada dalam radius 110.2 meter dari anda akan menghendakkan anda, bayangkan nafsu perempuan terhadap coklat, begitulah nafsu mereka terhadap anda. bayangkan anda sedang berjalan di jalan Tun Abdul Rahman, tiba-tiba anda dikejar kaum perempuan, diterkam, diterjah, diratah serakus-rakusnya.





fenomena deras ini akan membasmi kegiatan ragut beg tangan, kerana yang akan ada hanya kegiatan ragut tangan.


lelaki yang berada di situ hanya mampu memerhati, melihat dari kejauhan, sayup-sayup nampak pasangan mereka berlari mahukan anda. tiada lagi yang terdaya mereka lakukan, barangkali meniru gaya anda tetapi tidak sedikit pun menghampiri kesamaan. hanya dengan baju berwarna coklat, oh sungguh membosankan...


dari itu, andalah selebriti yang bakal menenggelamkan kemasyhuran berita-berita berunsur seks di Harian Metro. anda kekal menjadi tumpuan media masa kini, terlalu disayangi dan disanjungi, parti-parti liar tidak lagi berasaskan minuman keras dan dadah terlarang, tapi berasaskan coklat, dan anda sebagai lelaki berperisa coklat adalah tetamu teristimewa, sudah tentu juga yang tebahagia.



oh, anda tidak lagi mampu ditolak mana-mana perempuan, anda akan menunduk sedikit ke bawah, melihat kehebatan badan anda yang dari coklat, dan tersenyum tidak berpenghujung.