! ! BajuLusuhSeluarTampal: September 2011

Pages

Wednesday, September 28, 2011

memberus gigi : idea yang tidak bagus

aktiviti memberus gigi dah dibuat manusia sejak zaman mesir kuno....atau lebih dikenali sebagai zaman firaun.. tapi sebab ada orang cuba untuk menambah baik aktiviti memberus gigi ni...lahirlah research pasal berus gigi..

syarikat colgate (yang korang suka sangat tu) agak rajin buat research pasal memberus gigi... dan ini hasilnya, sila baca elok-elok...

1. jangan berus gigi lepas makan
gigi berada dalam keadaan paling sensitif selepas makan...perasaan gigi yang sangat mudah emosi pada ketika itu harus dijaga dengan baik..ini untuk mengelakkan gigi menjadi emosi tak tentu pasal...

eh, aku serius ni... makanan dan minuman berasid melembutkan enamel gigi.. secara teknikal, gigi agak lembut masa lepas makan.. kita patut tunggu 60 minit selepas makan, baru boleh berus gigi..

2. apa-apa pun, kita tetap berus gigi 2 atau 3 kali sehari... tapi kalau berus gigi lebih dari 3 kali sehari, nanti boleh mencederakan gusi pulak..

3. memberus gigi sebelum tidur adalah yang paling penting.. sebab, bila kita tidur, mulut jadi kering dan bakteria lebih senang merosakkan gigi..

4. memberus gigi selepas bangun tidur pun penting untuk membuang plak yang terkumpul kat gigi masa kita tidur...

5. tapi, secara teknikalnya adalah merugikan kalau memberus gigi sebelum makan sarapan pagi...
jadi...makan sarapan dulu baru berus gigi...
eh, tapi kena tunggu 60 minit selepas makan sarapan, baru berus gigi... demmit

ini semua dari colgate.com , serius bukan tipu-tipu... nampak? berus gigi bukan benda yang senang..

aku rasa, susah dan leceh dan mengada-ada la kena berus gigi ni...jom kita tinggalkan berus gigi..

kredit curezone.com

Tuesday, September 27, 2011

meniru dalam exam : seronok

demotivational posters - CHEATING

kredit kepada Very Demotivational

masa kat malaysia dulu, masa tengah zaman preparation kat INTEC dulu....aku banyak kali datang German Malaysian Institute (GMI) untuk kursus-kursus pendek...seronok jugak pegi GMI sebenarnya, tapi kena bangun awal-awal pagi sebab bas nak bertolak awal...kalau tak, nanti pakcik driver bas boleh jadi emo selama 60 minit...

dalam banyak-banyak course yang kami ambil kat GMI, ada satu course pasal electrical ni... tapi yang aku pasti, kelas tu sangat senang tertido... serius mengantuk..

dalam mengantuk tahap gaban tu pun, aku teringat kata-kata lecturer tu pasal meniru dalam peperiksaan/exam/test....

" dengan meniru tu kamu dapat naikkan result exam, dapat bagi up sikit pointer... pointer tu masuk dalam kelulusan kamu, pointer tu masuk dalam resume kamu... dengan resume tu la kamu dapat cari kerja.. dari kerja tu kamu dapat gaji... duit gaji tu nanti kamu guna untuk tanggung famili kamu... kamu rasa rezeki yang kamu bagi dekat famili kamu tu halal tak...? "

demmit, hujah dia sangat solid, terus taubat....

pakai tudung, kolot.

bila berjalan kat internet, kita kena berbesar hati. jangan cepat sentap sebab bukan semua benda akan setuju dengan kita... jangan bila pendapat kau kena bangkang, kau terus buka kelab benci membenci kat facebook..

tapi aku nak cakap jugak aku sakit hati bila aku jumpa orang cakap "orang pakai tudung tu kolot / ketinggalan zaman". serius, aku rasa siapa cakap macam tu agak bodoh. sibuk sangat nak pertahankan pandangan dia tapi tak pernah nak ambil masa tengok sejarah.

mari sini aku nak bebel secara pendek.

kau pernah pikir sejak bila orang kat tanah melayu ni pakai tudung?
kau pikir orang melayu pakai tudung sejak zaman melayu melaka?
kau pikir sejak orang melayu diajar pasal islam 600 tahun dulu, diaorang terus pakai tudung litup / berlilit-lilit / berhana-tajima ?

pemakaian tudung betul-betul bermula akhir 1970-an dan awal 1980-an.. itu pun ada la beberapa golongan yang berani menutup aurat walaupun dipandang serong masyarakat.. masa tu tak ramai pakai tudung, tapi orang-orang ini la yang yakin dengan seruan agama.

masa generasi nenek-nenek kita, mana nak jumpa orang pakai tudung weyh...tak ada..... buka la album keluarga zaman dahulu kala tu, cuba cari sejak tahun bila tudung muncul..

jadi, tolong jangan cakap orang bertudung tu kolot....
sebab kalau difikir masak-masak, pemakaian tudung tu benda yang lagi baru berbanding freehair...

gambar hiasan, kredit : japanisweird.com
esok cerita pasal barcelona...

amsterdam.

aku ada banyak lagi sisa cuti sebelum semester baru mula, aku rasa baik aku tulis entri... boleh isi masa sikit.. 

10 hari aku guna untuk berjalan, pusing beberapa bandar eropah. silalah percaya, perjalanan ni melibatkan keretapi, bot, kapal terbang, bas, metro, dan kaki manusia... oh, dan metro yang aku maksudkan tu bukan surat khabar sampah harian metro yang suka siar cerita lucah, tapi metro tu sistem keretapi bawah tanah..

terusan air di mana-mana
amsterdam : bandar yang terkenal dengan ganja dan pelacuran... dua-dua benda ni adalah bisnes 'halal' dekat amsterdam, siap ada cukai semua okeh, bukan jenis bisnes sorok-sorok..
pergi jalan mana-mana dalam bandar ni mesti boleh bau asap ganja.... kat sebelah airport pulak, pokok ganja diternak dengan jayanya.. ya, ganja dekat belanda adalah made in belanda...

tapi, bukan ganja je yang boleh dicari kat sini, dadah lain pun ada jugak... dan ada dalam macam-macam bentuk... dalam brownies, minuman, lolipop....

untuk rekod, aku tak terlibat dengan dadah.

bila dekat amsterdam:

sila bezakan cafe dan coffee shop...hmm.. dua-dua jual kopi, cappuccino dan hot chocolate dan lain-lain minuman panas... tapi cafe adalah tempat sebenar kalau nak cari kopi, cappuccino dan hot chocolate... coffee shop tu kedai jual dadah, tapi peraturan mewajibkan kedai-kedai ni jual minuman tidak beralkohol jugak.. oh, berbual dengan orang yang tengah high sebab isap ganja adalah menarik, kadang-kadang idea dia orang ni bernas tahap gaban, serius aku tak tipu... boleh siap berbual benda-benda berat macam politik atau perang kat afghanistan lagi.. bila tak high, tak reti pulak dia orang ni nak berbual pasal benda tu...

untuk siapa yang belum tahu, lagu "Cerita Kedai Kopi - Malique feat. Salam" tu memang merujuk kat coffee shop, kedai tempat jual beli dan isap dadah...

sila berhati-hati dengan penunggang basikal... mereka takkan berhenti untuk apa-apa kot.. kalau ada manusia kat laluan basikal, memang boleh jadi arwah jugak la manusia tu sebab kena langgar dengan basikal secara berjemaah..

masjid besar amsterdam ada peraturan sendiri, sila pakai kasut dekat kawasan amek wudhuk... sila pakai stokin dalam dewan solat...ya, lelaki dan perempuan kena buat macam tu...
masjid ni bekas gereja, tapi kiblat memang cukup-cukup je tegak dengan bangunan asal...

untuk keluar dari amsterdam dengan kapal terbang, "security check" dekat airport agak ketat... semua orang kena tanggal kasut.. alasan mudah je, tak nak orang seludup dadah keluar dan negara tu...

-------------------------============-------------------------

kat bawah ni ada gambar-gambar je... klik gambar untuk pembesaran..

rumah bot, cantik weyh...

saya sayang jaket hijau saya




aku nak motor ni sebijik...


Monday, September 26, 2011

promote bf/gf tanda jealous?

teori hari ini : 
orang yang berterusan promote bf/gf dia adalah tanda dia jealous dengan hubungan orang lain, yang dia nampak lebih seronok, lebih menarik, lebih hidup.

teori ni boleh jadi betul, boleh jadi salah.

tapi tetap menarik untuk fikir dan tengok balik diri sendiri... 
sebab ada orang jenis rasa tak nak kalah..tengok orang lain lebih dari dia, dia akan cuba jugak nak tunjukkan kelebihan dari pihak dia.. dia tak nak rasa ketinggalan....atau dia sekadar nak "join the race"..

join the race ?!
maksudnya, dia bukan la jealous pun...tapi saja ikut trend....orang lain promote bf/gf, dia pun nak jugak memeriahkan suasana.. kalau orang lain suka kutuk bf/gf kat tempat yang bf/gf tak tahu...dia nak ikut buat benda sama jugak....?

aku takde mood nak panjangkan tajuk ni, korang pikir la sendiri...
sekarang aku nak promote rumah baru aku, hahahahha....aku dah pindah balik ke Aalen, bilik sewa aku buruk, jadi aku tak nak la letak gambar bilik sewa aku.. aku letak gambar yang aku tangkap kat belakang rumah ni..

nampak bintang-bintang tu? sebenarnya boleh buat jadi nampak lagi banyak bintang, tapi aku pemalas nak cari tempat yang sesuai...


tak, aku tak memiliki DSLR atau apa-apa jenis kamera SLR...

esok aku cerita pasal amsterdam pulak.

Sunday, September 11, 2011

walaupun ada berbelas-belas entri dalam draft...aku tak sempat nak habiskan semua entri tu...kecewa~

kepada hanafi jaafar masa depan,
2 jam dari sekarang, tren dari Aalen akan bertolak, bermulalah 7 hari jalan-jalan, 5 buah negara, kau agak gila... ini semua sebab temankan sepupu aku yang datang sini.. semoga selamat insyaAllah.

beg yang aku guna pergi supermarket, pergi tempat kerja, pergi lawat isteri kat india, pergi jalan-jalan... memang sangat setia lah kau...memang aku pergunakan kau sampai kau reput..

huhu, bilik aku dah ada karpet, itu pun nak kecoh....

Friday, September 9, 2011

sibuk btul nak cakap pasal cukai 6%

masing-masing dah besar panjang kan?

bagi aku, ini la peluang untuk mendewasakan diri... dah besar panjang, tak seronok la guna prepaid lagi..

aku tahu semua orang marah dengan cukai 6% untuk prabayar talian telefon....jadi guna la plan pasca bayar. bila aku tengok balik 5 tahun lepas dalam hidup aku, antara penyesalan terbesar adalah tak guna plan pasca bayar....serius, lebih jimat...boleh sampai beratus-ratus penjimatan..

aku bukan tolong bagi promosi percuma untuk syarikat telefon, tapi aku tak nak orang lain terbuat silap macam aku dulu...

i quote this from that guy:

"real men use postpaid plan" -Abraham Lincoln-

ini encik abraham lincoln

tv menipu atau aku yang tak tahu?

semua orang tahu kan, babak minta maaf di hari raya... kalau kat tv, ada ibu bapa / atok nenek duduk kat kerusi... yang lain beratur nak minta maaf di pagi raya..

okeh....dah dapat bayangkan?

aku cuma nak cakap, aku tak pernah alami benda tu.... tak pernah pulak kena beratur...tak pernah ada yang tunggu dekat kerusi.. kami ada cara kami sendiri bila minta maaf di pagi raya.....

jadi?

aku yang memang tak pernah terdedah dengan benda tu atau tv yang tunjuk benda yang tak wujud? mohon penjelasan....

apa aku pikir bila jumpa orang guna bahasa rojak

ramai sangat dah manusia pakai bahasa rojak... bukan rojak sikit-sikit punya, ini memang rojak tahap kronik ....

rojak tahap kronik tu macam mana?
bila pengguna bahasa rojak merasakan dia lebih hebat bila guna bahasa rojak dari guna bahasa yang asal.....

merojakkan bahasa bukan jadi kes kat bahasa melayu je tau? bahasa lain pun sama jugak jadi mangsa.. tapi orang malaysia memang pro bab rojak merojakkan bahasa sendiri.... banyak sangat makan rojak agaknya..

dalam sehari, banyak je orang yang aku jumpa orang guna bahasa rojak....walaupun dah biasa dengar, tak semestinya aku anggap bahasa rojak satu benda yang aku boleh terima dengan mudah.. apa guna belajar satu bahasa kalau tak gunakan dengan betul....lagi kesian kalau bahasa ibunda sendiri dirosakkan..

bagi aku, campur-mencampur bahasa dalam satu ayat adalah aktiviti tidak sihat....semua bahasa yang terlibat dalam ayat tu dah dijatuhkan tarafnya... ada sorang prof. emeritus pernah cakap, bahasa rojak tu "melacurkan bahasa".... lagi ganas istilah yang pakcik tu guna..

apa yang terlintas dalam kepala aku bila jumpa pengguna bahasa rojak....

1) orang kampung yang cuba nak membandarkan diri

konon selit-selit perkataan orang putih tu, nampak bersifat urban lah...? pftt... kalau macam tu gaya kau, makin nampak kesian ada la... aku tahu kau boleh berbahasa orang putih, silalah dengan hormatnya gunakan dalam ayat lengkap..

cuba masak beras pulut campur dengan beras basmati dalam satu periuk nasi, agak-agak boleh ke masak dengan rata...?

apa? tak reti masak nasi.....? dush! dush! meh sini aku siku dahi kau.....

2) orang bandar yang dah tak reti nak ingat bahasa sendiri

kau pikir kau dah duduk lama kat bandar, kau ada hak la nak campur-campur bahasa...?
ini bukan gerai jual nasi campur.... nak nasi campur boleh pergi gerai makcik sebelah...

semua orang belajar bahasa melayu paling kurang 11 tahun dekat sekolah.... 11 tahun tu lama tahu.. apa yang kau buat dekat sekolah kalau bahasa melayu sendiri pun tak tahu..?

--------------------------------------------------------------------------------

kamu kenal wardina safiyyah kan? aku rasa ramai jugak dah tengok video ni..... mungkin dekat tv, mungkin dekat youtube.. walaupun dia gunakan bahasa melayu dan bahasa inggeris....cuba tengok usaha dia untuk pisahkan dua bahasa supaya tak terkumpul dalam satu ayat..



jom bertaubat dari guna bahasa rojak, kita sama-sama kurangkan sikit-sikit...aku tahu, bahasa rojak ni satu ketagihan yang susah nak lawan, tapi takkan kita tak nak cuba.... kalau bahasa kita sendiri kita tak nak jaga, kenapa hairan bila orang lain pandang rendah bangsa kita..?

aku masih cuti raya, hehe...

hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.......

buruk betul perangai, mulakan entri dengan gelak panjang pulak kau ye.... mesti la aku gelak, orang lain ramai yang dah mula kelas...baru masuk Universiti...dah kena masuk kerja balik.... aku ada lagi 3 minggu cuti beb.... duduk negara orang putih, tapi dapat cuti raya sebulan, sungguh awesome!

lama jugak aku tak usik blog sendiri ni, bukan sibuk pun...duduk termenung je kerja aku kat sini.. aku dah la beraya merempat, beraya dalam keadaan tak ada bilik sendiri.. raya ketiga baru dapat bilik sendiri weyh.... orang lain beraya ziarah menziarah.. aku pulak beraya sambil berpindah rumah.

funny story about this particular set of baju melayu... haritu aku pakai baju melayu hijau ni naik tren..balik dari majlis sambutan raya dekat frankfurt..ada budak jerman sorang ni tegur aku, bual-bual sikit....dia kata baju aku yang berkilau-kilau bergemerlapan ni mesti mahal... dia rasa harga baju aku 500 Euro..!

tu dah lebih 2000 hengget malaysia....gila lah, aku tak pernah ada baju mahal macam tu..

teknik mengapung diri tahap ke lapan belas

tak bawak samping songket, kain pelikat pun boleh....
aku nak bantai tulis entri banyak-banyak sebelum ahad...
ahad malam aku dah mula nak merayap pergi negara-negara sebelah..

Tuesday, September 6, 2011

thoughts


ikut plan kami, isteri aku nak datang jermeni lagi sekali. betul-betul tengah musim sejuk beku.


aku rasa aku agak banyak terpikir pasal isteri aku kebelakangan ni. lagi-lagi bila aku dah pindah rumah baru ni. rumah ni tak la selesa macam rumah yang dulu... itu yang aku risaukan. aku belum habis kemas rumah baru ni, ada banyak lagi benda nak kena angkat, nak kena susun, nak kena itu dan ini... tapi setiap kali aku buat sesuatu, mesti aku terpikir... kalau aku susun macam ni, dia selesa ke? senang ke dia nak pergi ke toilet? nak beli kasut winter untuk dia ke nanti....? nanti kalau aku tak balik tengah hari sebab aku pergi kelas, dia nak makan apa? air mineral brand apa yang dia nak minum nanti...? cukup tebal ke selimut ni untuk winter...dia bukan pernah rasa winter kat sini lagi...

kalau aku tulis semua benda yang aku teringatkan dia, memang tak boleh nak habis... aku risau kalau bila aku ada dengan dia, aku tak dapat nak berikan yang terbaik...aku cuma nak dia selesa, rasa tak terbeban, rasa seronok bila ada dekat sini nanti...

aku rasa, biarlah aku terus ingat dekat dia, sebab dia sentiasa dekat di hati, walaupun jauh terpisah dua benua... maaf kepada pembaca yang tak minat entri emosional. aku tengah sangat emosi bila teringatkan isteri aku...

aku rindu dia, sangat rindu dia.