! ! BajuLusuhSeluarTampal: July 2011

Pages

Sunday, July 31, 2011

alternate ending untuk filem Sekali Lagi


aku tak puas hati dengan cerita sekali lagi, aku rasa cerita tu boleh buat lebih baik. apa-apa pun tahniah sebab menarik jugak sebenarnya. dah lama aku nak tulis entri ni, seminggu aku simpan idea ni dalam perut. dan sangat jarang aku tulis entri panjang-panjang macam ni.

sebab aku tak puas hati dengan cerita ni, aku nak tulis pengakhiran ganti (alternate ending). ini adalah suka-suka hati aku sahaja, tak ada yang serius. tapi kalau ada orang serius nak buat jadi movie pun okay jugak kan....nanti aku claim royalti 5% dari hasil kutipan tiket.

untuk korang yang tak pernah tengok lagi cerita Sekali Lagi, aku cuba sebaik mungkin untuk tak spoil cerita tu, sesungguhnya memberi spoiler filem adalah tidak cool. apa-apa pun aku kena bagi nama untuk watak asal dari filem Sekali Lagi.

Shaheizy Sam -----> Arman
Lisa Surihani ------> Sheila
Mia Sara Nasuha -> Amy
Bront Palarae -----> Haris

-MULA-

Arman seperti yang sedia maklum, menderita penyakit yang buat dia macam kurang akal sikit. okay, bukan sikit-sikit, tapi agak banyak la. mengikut cerita asal Sekali Lagi, penyakit Arman diberi nama sakit otometik.

Arman berjumpa dengan Amy di taman permainan. mungkin kerana mereka berkongsi hobi yang sama iaitu makan dua kilogram aiskrim setiap hari sambil terkekeh-kekeh main gelongsor berulang kali, lama-lama mereka menjadi kawan.. hubungan Arman dan Amy akhirnya diketahui oleh ibu Amy iaitu Sheila.

"mama tak nak Amy kawan dengan Arman tu lagi, dia tak setaraf, dia orang kaya raya, rumah dia ada pintu pagar otometik, rumah kita tak ada pintu pagar pun sebab kita duduk rumah flat je" kata si ibu kepada Amy dalam nada suara yang agak tinggi. "mama tak nak amy jumpa dia lagi. tahu?!"

Amy cuma mampu mengangguk tanpa membantah. Amy tahu perangai ibunya yang suka menghentak kerusi gerai milik Haris tanpa sebab ketika sedang marah. Amy juga sebenarnya takut melihat wajah ibunya yang garang. biasanya wajah ibunya comel-comel saja seperti yang dijumpai di google.com.my ataupun youtube.

walaupun Amy menjadi anak solehah, patuh dengan arahan ibunya supaya jangan berjumpa dengan Arman lagi, Arman yang tidak berhenti mencari Amy. Amy berkali-kali menyatakan hasrat untuk tidak berjumpa lagi, malah dia sendiri semakin sedar statusnya yang sangat berbeza dengan Arman.

perangai Arman sangat membengangkan Sheila, dia sangat marah dekat Arman sebab selalu datang cari Amy. dari jauh Haris memandang Sheila yang sedang marah-marah kepada Arman, Haris sedar telinga Sheila bertukar menjadi merah setiap kali marahkan Arman.

Haris memang sudah lama minat dengan Sheila, di tidak kesah pun telinga Sheila bertukar menjadi merah, dia tetap sukakan Sheila. masa lapang Haris banyak dihabiskan dengan bermain farmville dan menggoogle gambar Sheila.

pada malam itu setelah Haris menutup gerainya, dia bergegas lari pulang ke rumah untuk online. laju saja dia menaip di laman facebook.



Haris nekad, dia mesti membantu Sheila untuk nampak sebagai hero. bila dah jadi hero, mesti la Sheila suka dengan dia, betul tak..?

berbekalkan nasihat rakan facebook (yang dia sendiri tak pernah jumpa), Haris mula mengatur strategi untuk menghilangkan Arman dari hidup Sheila dan Amy. Haris pergi mencari Jai, seorang gangster terkenal di KL.

Jai bukan sebarang gangster, dia pernah menjadi pengerusi Persatuan Silat Sekolah Kebangsaan Cochrane (PSSKC) selama dua tahun berturut-turut. selepas tamat sekolah rendah, dia pergi melanjutkan ilmu mempertahankan diri di Tibet selama 6 tahun. khabar angin mengatakan, rakan sekelasnya ketika di Tibet adalah Bruce Wayne (Batman). pekerjaan tetap Jai sekarang adalah menjadi orang bawahan Shark (seorang taiko besar KL dan kadang-kadang pengarah filem)

Jai diupah Haris untuk membelasah Arman supaya Arman tak datang lagi mencari Amy. Jai tidak menunggu lama untuk menjalankan tugas yang diberikan. pembelasahan bertubi-tubi ke atas Arman dilaksanakan dalam gerak slow-motion membuatkan segala-galanya nampak lebih dramatik. 

aiskrim cornetto yang baru saja ditelan Arman, terkeluar semula akibat sepakan kencang Jai ke perut Arman. Arman yang tidak bermaya terlantar di atas jalan, dia hanya mampu menangis kerana dah kehabisan duit untuk membeli aiskrim conetto lagi.

tidak ada pilihan lain, Arman mencapai telefon bimbitnya, menelefon bapanya untuk meminta RM2.20 untuk membeli aiskrim.

Bapak : apa, kau nak duit lagi? kau nak buat apa?
Anak : Arman nak beli aiskrim cornetto je...
Bapak : bukan kau dah makan aiskrim ke tadi?
Anak : tapi bapak, aiskrim tu terkeluar balik. tadi ada orang flying kick perut Arman... nak aiskrim..Arman nak aiskrim.....~
Bapak: cis, berani sungguh ada orang membelasah anak kandung aku, mereka tak kenal ke aku siapa. aku ini King, taiko paling botak kat KL dan blogger separuh masa.

King memang panas baran. namun dia sedar dia dah tua. nak berlawan macam Jackie Chan pun dah tak larat. dia tahu dia perlukan seseorang untuk membalas dendam terhadap Jai. hanya seorang saja calon yang sesuai, Malek.

Malek bukanlah hebat sangat berlawan, tapi disebabkan dia ada status warganegara singapura, dia ada satu kelebihan. yang dimaksudkan kelebihan tu adalah mampu memperdaya lawannya dengan cara melengah-lengahkan perlawanan. sudah tentu momentum lawannya akan hilang.

ternyata pertempuran antara Malek dan Jai bukan suatu yang di luar jangkaan. walaupun Jai lebih power bila berlawan, lebih padu bila menumbuk, dan lebih kaw kaw bila membuat flying kick. Malek menang kerana taktiknya yang membuatkan momentum Jai hilang.

apa jadi dengan Sheila?

Haris dibelasah oleh Sheila dengan kerusi, Sheila terlalu marah sebab Haris libatkan gangster KL dalam hal ni. Sheila risau kalau-kalau Haris membawa pengaruh buruk dalam hidup dia dan Amy, cepat-cepat dia tinggalkan KL dan berpindah ke Johor Bharu, dengan harapan dapat mulakan hidup baru. jauh dari Arman, jauh dari Haris.

Suatu hari di facebook Sheila...

dipendekkan cerita, Sheila jatuh hati dengan Malek. tahukah anda Malek adalah sangat romantik sehingga tiada manusia boleh jadi seromantik Malek. Amy agak gembira dengan perkahwinan Sheila dan Malek, dia akhirnya mendapat seorang bapa. namun di benak hati Amy, dia ragu-ragu kalau bapa barunya ini sebenarnya bukan manusia....

-TAMMAT-

puasa bulan ogos


isnin puasa kan? aku harap betul la isnin mula puasa, dan aku harap aku larat. aku tak pernah lagi puasa kat negara orang. tiap-tiap kali nak puasa je, aku dah sampai kat malaysia, atau lebih tepat : aku dah sampai kat bazar ramadan.

bulan ramadan tahun ni jatuh dalam musim panas. hari pertama ramadan kena puasa 18 jam, aku tanya mak aku, dia kata takde la susah sangat pun, dia pernah jugak dulu-dulu puasa dalam musim panas. aku harap betul la mak aku cakap tu, dan lagi penting aku tak kurangkan prestasi aku kat tempat kerja. nanti banyak mulut pulak orang jermen ni....

eh, aku tak beli lagi kurma rupanya. tak bes kalau tak ada kurma, kurang feeling bulan puasa, kurma kat sunnah nabi. masa aku darjah dua dulu, aku pernah jual kurma kat bazar ramadan. eh, tiba-tiba pulak cerita lain.

aannddd.... what's up with those ramadan buffets? dari kecik aku diajar, hilang berkat berpuasa kalau berbuka makan sampai mewah-mewah. seolah-olah berpuasa tu tujuannya untuk tunggu waktu makan besar, setiap hari.
somalia sekarang tengah dalam kemarau, tak ada pun buffet mewah menunggu mereka bila masuk waktu berbuka.....

credit to jucoolimages.com

Saturday, July 30, 2011

main mercun dalam stadium, bulan puasa pun belum masuk lagi....

hari ni sabtu, aku berperangai super malas. sangat super malas, aku rasa aku layak jadi superhero dengan nama SuperMalasMan. lepas tu boleh suruh KRU buat movie sebijik dua. kalau movie tu tak laku, letak je kat tv masa nak dekat-dekat raya.

aku sangat malas nak bergerak hari ni tapi rajin pulak reload facebook beberapa ribu kali. habis semua benda kat facebook homepage aku baca, walaupun aku tau kebanyakan benda kat facebook cuma benda merapu tak ada hala tu.

sekali ada la pulak fanpage Insaflah Pembaling Mercun dalam Stadium. jadi sekarang baru aku tau ada orang jadi bula sebelah mata sebab siapa ntah main mercun dalam stadium. ini memalukan weyh... kalau ye pun nak baling, baling la kat pelakon popular macam Juma'at Jantan, Mohd Izwan ataupun Aaron Aziz. haha, tak..tak.... baling mercun kat manusia adalah salah. jangan buat ye.

https://www.facebook.com/insaflahpembalingmercun

tapi aku masih rasa siapa yang baling mercun kat bukit jalil haritu memang patut malu dengan diri sendiri, ada orang buta sebelah mata sebab benda bodoh yang dia buat...

perempuan vs lelaki : peraturan bola sepak

aku bangun di pagi sabtu tiba-tiba terkejut apakah sudah jadi dengan dunia, kenapa hari sabtu ramai pulak post entri, adakah ini satu penipuan...

balik kepada tajuk

malaysia kalah dah, jadi cerita pasal bola akan senyap sekejap. tapi bila pasukan malaysia main, semua orang sibuk cakap pasal bola walaupun sebelum ni tak pernah nak amek tau pun pasal sukan tu. alaa, macam earth hour la, tak pernah pun sebelum ni nak jaga alam semulajadi. tapi bila earth hour bukan main sibuk promote kat facebook / twitter bagai...

kat bawah aku letak 4 peraturan bola sepak yang lelaki sangka perempuan tak tahu atau tak paham. jadi wahai perempuan, adakah pertuduhan ini benar atau sebenarnya korang buat-buat tak tahu je... 

ini bukan nak terangkan pasal peraturan tau... kalau aku terangkan, nanti korang tau, mana boleh.....

1.offside
benda ni lelaki biasanya tahu dengan teramat sangat tapi perempuan yang tak minat bola biasanya tak paham apakebenda la offside offside ni.....

2.advantage
ada jugak yang tak paham apa tu peraturan advantage, lepas tu pekik-pekik "woi ref, apahal tak tiup wisel, foul kot tackle tadi tu....!! ai mencik la kat ref ni..!"

3.handball, tapi tak foul
ada keadaan/posisi bila bola kena tangan, tapi tak perlu disalahkan. bukan semua handball adalah jenayah tau..

4.dropped ball
ref jatuhkan bola, lepas tu kena pandai-pandai la rebut. dah macam basketball la pulak...

jadi, berapa banyak korang punya skor? ada full mark? aku tak rasa salah pun kalau satu pun dari peraturan-peraturan kat atas ni korang tak tahu. berdosakah tak amek tahu pasal bola sepak?

ini bukan bola untuk bola sepak. credit.

Monday, July 25, 2011

aku tidak puas hati dengan cerita Sekali Lagi

waktu tidak afdhal berblog adalah selepas waktu solat jumaat sehingga ke waktu maghrib pada hari ahad. sebab kalau post entri dalam waktu ni, tak ada orang akan baca sangat sebab mereka sibuk pergi keluar menikmati hidup dan pergi tengok wayang cerita heri potter deathly hallows part two. manakala aku duduk di rumah seorang diri, kesepian. huu....sedih~

atau mungkin aku saja yang loser sebab tak ada orang nak datang baca blog aku.

terimalah kenyataan wahai hanafi jaafar, blog kau perlukan perubahan.

on an unrelated note : isteri aku dah buat aku tengok cerita Sekali Lagi, beliau memang pakar buat laki dia tengok cerita melayu walaupun laki dia bukan jenis suka cerita melayu. dan tiba-tiba aku rasa nak gelakkan mereka yang tak tengok cerita Sekali Lagi atau pun KL Gangster sebab aku yang duduk jermeni ni pun dah dapat tengok, hahahahaha....

by the way, aku tak puas hati dengan cerita Sekali Lagi. tak tangkap feeling pun...... korang yang dah tengok cerita tu rasa cerita tu boleh tangkap feeling ke?

cerita I'm Not Single yang ada Lisa Surihani (masa tu berlakon macam kaku lagi), boleh pulak aku feeling2.....

Wednesday, July 20, 2011

telor vs baby

benda ni aku saje cari gaduh dengan isteri aku, beberapa kali aku guna ayat yang sama walaupun aku rasa macam bodoh je hujah yang aku guna ni..

telor yang aku nak cakap ni bukan telur ayam atau mercun telur, tapi organ pembiakan lelaki. organ badan ni aku bagi nama telor je la, okeh...?

tajuk cari pasal hari ni adalah : kena sepak dekat telor adalah lebih sakit dari melahirkan anak

lelaki yang pernah rasa kena sepak kat situ, takkan pernah nak mintak lagi kena sepak kat telor. sakit woo...! sakit rasa nak guling-guling atas highway je..

tapi perempuan pulak, mereka cakap lahirkan anak tu benda paling sakit kat dunia....cuba tengok, perempuan yang dah pernah lahirkan anak, ramai akan minta nak lahirkan anak lagi.

jadi, kena sepak dekat telor adalah lebih sakit sebab tak ada siapa yang minta kena sepak lagi...

okeh, boleh abaikan aku dengan pemikiran bodoh ini. saje je nak tulis, nanti lagi dua tiga tahun aku baca balik, terasa bodoh gila hanafi jaafar dua tiga tahun yang lepas... *apa la kau buat ni, sengal...*

Tuesday, July 19, 2011

mata kering

alamak, aku baru sedar satu benda la... sejak bulan mac, aku pandang komputer 15 jam sehari. gilak!

kat tempat kerja, aku memang kena guna komputer, design semua dalam komputer.

balik rumah memang nak online je, maklumlah, hidup seorang diri, sungguh sunyi hati ini kalau tidak melihat isteri di skrin skype....

tengah makan pun nak tengok movies la, tv series la, dan benda-benda ni semua download kat komputer.

boleh kering mata aku macam ni, kurang berkelip agaknya. mungkin aku kena beli alat spray air, sembur sikit kat mata setiap satu minit. hahaha, bukan mata je segar, dengan muka pun jadi segar bugar bagai sayur fresh dari cameron highland...


Monday, July 18, 2011

eksperimen dalam hubungan

apakah perasaan bila ada orang cakap dekat kau "i'm just experimenting with you" atau "aku saje je nak test2 dengan kau"

adakah kau patut rasa diri sendiri macam tikus makmal yang dibuat mangsa eksperimen?

atau patut rasa berbangga sebab menyumbang kepada eksperimen seseorang?

bukan eksperimen ini yang aku maksudkan
credit to http://www.printactivities.com
dalam dunia ni ada orang yang jadi pengeksperimen, ada yang jadi bahan eksperimen. mungkin ada yang pernah rasa jadi dua-dua..

macam mana pulak kalau orang tu bereksperimen dengan satu hubungan. contohnya, Katherine Anne bercouple dengan Fadil, suatu hari ketika mereka makan-makan di gerai cendol depan pasar ikan kat seksyen 1, Fadil meluahkan perasaan yang terpendam "mamak, cendol pulut satu, kacang taruk lebeyy...!".

selesai membaham cendol pulut itu, Fadil mahu meluahkan perasaan yang terpendam yang kedua pulak "katherine anne carlson, dah dua tahun kita couple kan, i just nak cakap, i sebenarnye saje nak try couple dengan you, sebab i just nak tau rasa bercouple dengan watak drama nur kasih....you tak marah kan...?"

kalau korang jadi katherine anne carlson masa tu, apa yang korang buat?

tikam perut Fadil dengan parang ke? (ingat, tindakan ini merbahaya sebab nanti ada aaron aziz balas dendam)

atau simbah muka Fadil dengan cendol pulut? (sumpah cool tindakan ini, tak ada orang pernah buat)

atau korang ada idea sendiri....?

Saturday, July 16, 2011

emo tengah-tengah malam.

aku tulis entri yang dah macam cerpen pendek ni [link] sebab aku sedih. jadi aku pun tulis la sesuatu berdasarkan kisah benar, macam tu la kami punya subuh di hari raya.

sedih tau tak tak dapat balik raya tahun ni. takpe la, dah banyak kali balik malaysia. kalau aku balik tiap-tiap kali raya, sungguh "tidak perantau" la perangai itu. sesungguhnya cuma ada satu perangai je yang lebih "tidak perantau" dari tu---> balik raya kat malaysia, tapi hantar gambar kat surat khabar, bahagian "salam perantau". ramai weyh yang buat macam ni, usah tertipu dengan ucapan-ucapan sayu kat caption gambar tu, entah-entah ada kat malaysia tengah melantak sebatang lemang, hahahaha....

ini kali pertama kami raya sebagai suami isteri, tapi dua-dua tak berjumpa, dan dua-dua tak ada kat malaysia. nak nangis la macam ni, sob sob sob...~

nak lagi sedih, boleh jadi aku kena kerja hari raya tu.

*now some tidbit from icanhascheezburger to cheer myself up*

hay be nice emokitteh is sensitive
see more Lolcats and funny pictures, and check out our Socially Awkward Penguin lolz!

subuh itu.

si ayah bangun yang paling awal. dia sentiasa awal. sudah seperti satu misteri bagaimana dia kekal dengan rutin penuh dengan disiplin waktu. dan bila dia bangunkan anak-anaknya dari tidur, pasti saja dia sudah siap lengkap menunggu subuh. tapi subuh hari ini bukan subuh biasa, ini subuh yang jarang-jarang ada, ini subuh yang dijangka kehadirannya tapi tiada siapa tahu bagaimana mahu mempersiapkan perasaan untuk menghadapinya.

anak-anak itu dikejutkannya dan terus diajak ke surau. mereka patuh. mereka bangun dan langsung mengikut si ayah ke surau. surau tidak jauh, untuk ke surau cuma perlukan kaki untuk berjalan, dan lampu suluh. ya, ini surau kampung, mana ada orang datang surau kampung. tapi banyak pula cicak yang menghidupkan surau ni, tidak pernah jemu cicak datang ke surau, maka tidak pernah jemu jugalah jemaah cicak ini memberak secara suka hati. tup! jatuh satu lagi najis cicak ke atas karpet surau. dunia masih terlalu sunyi, sampaikan bunyi itupun mampu didengar.

surau dinyalakan, pintu dilebarkan,  kipas diputarkan. wudhuk diambil sambil badan menggeletar menahan rasa sejuk di waktu dingin subuh. kaki yang masih basah menginjak dengan penuh hati-hati, menjengkit kaki-kaki itu, mengelak najis cicak kalau-kalau masih ada.

yang ada untuk subuh itu cuma seorang ayah dan tiga orang anaknya. solat subuh itu pun selesai, tapi zikir tak dimula. mereka bertakbir, dan bertakbir, lalu berzikir dan berdoa. si ayah berpaling ke belakang, melihat anak-anaknya. dipeluk seorang demi seorang, seraya mulut melafaz lembut kata-kata meminta dihapus segala dosa antara mereka, erat pelukan si ayah. air mata bukan boleh ditahan-tahan. anak membalas ayat-ayat si ayah dengan kata-kata maaf, agar diberkati hidup ini sampai ke akhirnya.

emosi masih penuh dalam hati, tapi digagahi juga diri mereka untuk bangkit berdiri, pulang ke rumah. disuruh anak-anak itu oleh ayah mereka, untuk segera mencari ibu di rumah. anak-anak tidak membuang masa, mencari ibu di bilik, dia masih bertelekung, benar-benar baru selesai dengan solatnya. anak-anak memeluk ibu itu dengan penuh rasa menyesal atas dosa sebagai anak yang pasti ada. ibu membelai kepala anak-anaknya satu persatu, menyatakan hasrat yang sama agar diampuni dosanya kepada anak-anak itu.

subuh itu memang sarat. sarat sekali dengan perasaan, mulanya dengan perasaan penyesalan dosa, diakhiri dengan rasa kasih sayang kerana mereka tahu, dosa mereka diampuni oleh orang-orang yang mereka sayangi.

Thursday, July 14, 2011

tanya lagi sekali, berapa banyak anak yang korang nak?


aku dah siap-siap nak tido, dah memang mengantuk pun. dah nak dekat pukul 1 pagi dan aku nak cuba datang kerja pukul 7 pagi esok. tapi...

tiba-tiba aku teringat satu benda yang isteri aku cerita. cerita pasal benda medical, dan aku memang suka dengar bila dia cerita benda-benda macam ni, sebabnya....bila dia cerita benda-benda macam ni la aku boleh paham tv series yang berkaitan medic, macam cerita House, Royal Pains....cerita kali ni buat aku terpikir, berapa banyak anak yang patut kami cuba lahirkan ke dunia? hek eleh, duduk berjauhan 10,100 kilometer, boleh pulak teringin nak buat anak, harharhar....


tak apa, kita teruskan cerita. ada antara korang yang dah kahwin, dan aku tau ramai yang tengah ke arah tu. dah kahwin, mesti teringin nak ada anak kan.... agak-agak berapa ramai anak korang nak ada?

aku sendiri tak tau berapa jumlahnya dengan tepat, rasa nak anak ramai, tapi kalau ramai-ramai, larat ke nak jaga? boleh ke bimbing semua ke jalan yang lurus?(ayat macam ustaz aku masa from 2 la pulak....)

ada satu hari tu, isteri aku cerita pasal satu masalah kesihatan ni, pasal perempuan punya masalah la, lelaki memang dah komfem tak akan ada masalah ni. benda ni dipanggil uterine prolapse, atau prolapsed uterus. atau bahasa melayunya---> uterus tercabut dari posisi asal sampai terjatuh ke bawah, kadang-kadang sampai terkeluar dari badan. gilak....ini gilak, ini lebih ngeri dari cerita potong-potong kepala.... lebih seram dari cerita hantu thailand...

nak lagi ngeri, isteri aku cakap, risiko untuk kena benda ni jadi tinggi kalau beranak ramai. 4 kali bersalin tu dah kira banyak dan sangat berisiko nak kena benda ni.....hmmm...tak boleh nak banyak-banyak anak la ye?

jadi, sekarang boleh pikir balik berapa ramai anak yang korang nak...?

tapikan, cuba perhatikan generasi mak mak kita, ada je beranak sampai berbelas-belas, rilek selamba je...

Wednesday, July 13, 2011

komen ANONYMOUS adalah diperlukan, seriusli.



tajuk hari ni ada racism. aku tau dalam setiap hati orang malaysia, mesti ada sifat racist...kadang-kadang kecik, kadang-kadang sangat besar... tapi yang aku rasa lagi menarik adalah punca kenapa ada sifat racist dalam diri kita? mesti ada macam-macam sebab...


sebab anjing jiran kau pernah gigit kau ke? dah pulak jiran kau tu bukan sama bangsa dengan kaukereta kau 


pernah kena langgar dengan orang berbangsa lain dari kau, sebab tu kau jadi racist?


semasa kau berada di darjah dua, wang saku kau dicuri murid berbangsa lain, lantas kau tidak makan di waktu rehat. jadi kau nekad mahu bersikap racist?

aku harap korang boleh kongsi cerita korang dengan aku, cerita kenapa korang tak suka dengan bangsa lain kat malaysia....tak semestinya perasaan racist tu kuat, boleh jadi korang jenis menyampah sikit-sikit je, tapi menyampah jugak kan...

kalau rasa nak jadi ANONYMOUS pun digalakkan, kalau nak pakai identiti pun ada salahnya.... aku nak tau sangat-sangat kenapa kita bersikap racist?

Monday, July 11, 2011

pilu sepilu-pilunyaaaa......

setiap benda berlaku ada sebab. jadi sebab boleh berpunca dari masa lepas, atau untuk memberi kesan kepada masa depan.

benda kecik berlaku pun ada sebab. pernah pikir kenapa biasanya kentut yang berbunyi kuat tak berapa nak busuk, tapi kalau kentut yang sopan santun senyapnya tu busuk boleh buat kita tercekik oksigen?

biasanya kita tertelan udara (majoriti : nitrogen can CO2) masuk dalam perut, "buih" dari udara yang ditelan ni besar-besar dan menghasilkan kentut yang berbunyi kuat dan tak busuk.
senang cerita, masuk angin = keluar angin.

tapi. untuk kentut yang busuk pulak ada cerita lain sikit. proses fermentasi oleh bakteria dalam saluran makanan dan penghadaman yang dibuat oleh perut dan usus akan menghasilkan gas yang berbau sengit...."buih"nya pulak kecik-kecik... memang busuk dan suka muncul secara halus, senyap macam ninja... tiba-tiba je rasa dunia terlalu busuk untuk seketika.

hari ni aku kena balik kerja jalan kaki sebab basikal aku rosak, dari situ aku dapat idea nak cerita benda ni. macam tak ada kaitan kan? memang tak ada kaitan pun, aku je yang bengong...

fakta disemak semula di heptune.com

susu pekat dari rusia

ini sebijik tin susu pekat berjenama rusia. aku tak tau macam mana dia boleh sampai jermeni. walaupun aku tak reti bahasa rusia, tapi aku tau menikmati kesedapan susu pekat ni, sebab ni satu-satunya susu pekat yang setanding macam kat malaysia. jom kita bagi nama kat kat tin susu ni "dovgan". haha, sungguh rusia lah nama kamu.


ini la perbualan antara aku dengan dovgan di tengah malam yang gulap gelita...

aku : dovgan, nampaknya malam ni kita sembang dua orang je la...

dovgan : aku tak ada pilihan, terpaksa jugak la layan sembang dengan kau.

aku : kau dari rusia kan? kau tak ada rasa rindu kat rusia ke?

dovgan : siapa tak rindu nak balik kampung bro, walaupun aku ni sebijik tin susu pekat je, aku pun ada rasa nak balik kampung halaman jugak...

aku : habis tu kenapa kau tak balik je? kau takde duit nak beli tiket kapal ke?

dovgan : bukan tak ada duit, duit bukan masalah... tapi aku nak beli tiket tu yang susah, kau pun tahu kan aku boleh cakap melayu je. orang yang jual tiket tu bukan paham aku cakap melayu. aku redha je la dengan nasib aku ni, duduk jermeni pun okay jugak.

aku : aku tak balik raya tahun ni, jadi kau je la teman aku ye.

dovgan : usah kau coba bohongi aku wahai hanafi jaafar! kau bukan nak buat teman. aku tau kau nak buat kuih raya, aku sedar diri aku sebagai sebijik tin susu pekat yang berkaliber, mesti aku jadi mangsa kau nanti. tahu tahu je habis susu pekat kau guna buat kuih raya...

aku : you read my mind bro.....this is best bro...

dovgan : hek eleh, tiba-tiba pulak cakap omputih. tak cool langsung.

siri manusia yang agak bangsat #5

Datin Bedah : eh, kak mah. lama tak nampak... kak mah tau tak, ni ada gosip baru, Rogayah yang duduk kat dengan mesjid tu kan, makin menjadi-jadi.... Ya Allah....makin teruk dia tu, habis semua orang dia nak gosip...kalau boleh, angsa jiran dia pun dia nak gosipkan...apa dia ingat dia harian metro? tak cukup dengan tu,  habis budak balik sekolah agama petang-petang pun dia ajak bergosip.... tak tahu la kak mah, saya rasa la kan, sejak dia pasang astero Beyond, makin ganas dia bergosip ni....


Rahimah Althafunnisa : siapa yang lagi ganas ni? bukan kau ke?


*tiada nama sebenar

Saturday, July 9, 2011

siri manusia yang agak bangsat #4

Ariel bin Ahmad Dani : bro, kau tak rasa restoren ni kotor ke? aku rasa lepas ni kita tak payah la datang sini lagi....

Fahri bin Abdillah : tapi kenapa kau tak reti nak buang habuk rokok dalam ash tray ?

*tiada nama sebenar

Friday, July 8, 2011

mutiara kata yang lebih moden.

aku senang bosan dengan mutiara kata yang dah agak banyak aku dengar. contohnya, jadilah seperti lilin, berkorban diri untuk menerangi. serius bosan weyh, dah tak berapa nak moden. orang zaman sekarang pakai lilin masa block out je... itu pun tak semua orang...

aku rasa mutiara kata yang lagi bes kena guna benda lebih moden. macam ni : jadilah seperti eskalator, walaupun bila rosak, tetap berguna sebagai tangga.

haha, nampak betapa lebih bagusnya mutiara kata zaman moden. tak payah nak terbakar ke, terkorban ke....


siri manusia yang agak bangsat #3

Putera Halim A/L Mustaman : kan bagus kalau semua orang naik bas, takde la jalan jammed tiap-tiap hari macam ni...

orang yang naik bas : kau yang bawak kereta tu pulak yang harapkan orang lain naik bas, kau tak pernah nak buat pun....

*tiada nama sebenar

Thursday, July 7, 2011

siri manusia yang agak bangsat #2

Siti Nurbunga Mawar binti Seth Tan : saya baru beli laptop baru, nak tulis kat blogspot, tumblr, facebook, twitter, google plus, YM, friendster, harian metro. huhu, seronoknyeee..~ nak bagitau satu dunia....

aku : friendster tu apa? ye, bagitau la satu dunia.... tak ada sorang manusia pun mesti terlepas dari berita yang sangat penting untuk masa depan planet bumi ni...

*tiada nama sebenar

Wednesday, July 6, 2011

aku tak boleh tanya.

aku ni berkahwin muda.

ada satu soalan aku tak boleh nak tanya kat orang lain (terutamanya kawan-kawan aku) : bila kau nak kahwin?

sebab aku tak boleh tanya : aku dah berkahwin.
mungkin ada yang pelik dan tak paham. tapi itu la yang aku rasa, dan aku agak geram sebab benda ni, hahaha....

Monday, July 4, 2011

siri manusia yang agak bangsat #1

Teuku Muhd Mustaman Senin Al-Jabbar : "aku ada canon eos 600D dengan lense 500mm, dan yang penting kau tak ada".

aku (dalam hati) : pfffftt.... belum tentu gambar kau lagi berkualiti dari kamera handphone...

*tiada nama sebenar

kulit coklat

aku suka kulit berwarna coklat. bukan warna putih. tapi bukan la warna coklat macam coklat cadburry, tapi light light je...bak kata mat saleh, "tanned".... aku memang susah nak rasa seseorang tu betul-betul cantik/hensem kalau kulit dia putih...

kulit yang coklat tanda orang tu keluar rumah, nampak matahari, dan bukan duduk dalam bangunan je....

kulit yang coklat boleh jadi tanda orang tu rajin bersenam kat

kulit yang coklat sinonim dengan sikap "tidak lembik", aku tak tau la ni betul ke tak, tapi ramai yang kaitkan "makin putih kulit, makin lembik la sorang tu"

bila kulit tengah ada kecelaan ( contohnya jerawat, parut, merah sebab kena garu ), tak la nampak dengan jelas atas kulit coklat, tapi kalau kulit putih, dari jauh boleh nampak woo....



untuk ukur tahap kecoklatan kulit korang, boleh letak muka/tangan kat skrin ni, kat bawah aku dah buat skala, boleh la ukur....

coklatkah warna ini?
coklat yang ada la sikit-sikit
coklat kek tiramisu
coklat susu UHT perisa coklat cap dutch lady
coklat gula melaka
coklat kokokrunch

akhir kata. Take Care. Garnier.

Friday, July 1, 2011

Racism kat malaysia adalah seronok kan....?

racism, tajuk yang aku pikir tiap-tiap hari. pikir banyak-banyak pun, hakikatnya macam ni jugak....






korang racist tak? haa, jawap....