! ! BajuLusuhSeluarTampal: alternate ending untuk filem Sekali Lagi

Pages

Sunday, July 31, 2011

alternate ending untuk filem Sekali Lagi


aku tak puas hati dengan cerita sekali lagi, aku rasa cerita tu boleh buat lebih baik. apa-apa pun tahniah sebab menarik jugak sebenarnya. dah lama aku nak tulis entri ni, seminggu aku simpan idea ni dalam perut. dan sangat jarang aku tulis entri panjang-panjang macam ni.

sebab aku tak puas hati dengan cerita ni, aku nak tulis pengakhiran ganti (alternate ending). ini adalah suka-suka hati aku sahaja, tak ada yang serius. tapi kalau ada orang serius nak buat jadi movie pun okay jugak kan....nanti aku claim royalti 5% dari hasil kutipan tiket.

untuk korang yang tak pernah tengok lagi cerita Sekali Lagi, aku cuba sebaik mungkin untuk tak spoil cerita tu, sesungguhnya memberi spoiler filem adalah tidak cool. apa-apa pun aku kena bagi nama untuk watak asal dari filem Sekali Lagi.

Shaheizy Sam -----> Arman
Lisa Surihani ------> Sheila
Mia Sara Nasuha -> Amy
Bront Palarae -----> Haris

-MULA-

Arman seperti yang sedia maklum, menderita penyakit yang buat dia macam kurang akal sikit. okay, bukan sikit-sikit, tapi agak banyak la. mengikut cerita asal Sekali Lagi, penyakit Arman diberi nama sakit otometik.

Arman berjumpa dengan Amy di taman permainan. mungkin kerana mereka berkongsi hobi yang sama iaitu makan dua kilogram aiskrim setiap hari sambil terkekeh-kekeh main gelongsor berulang kali, lama-lama mereka menjadi kawan.. hubungan Arman dan Amy akhirnya diketahui oleh ibu Amy iaitu Sheila.

"mama tak nak Amy kawan dengan Arman tu lagi, dia tak setaraf, dia orang kaya raya, rumah dia ada pintu pagar otometik, rumah kita tak ada pintu pagar pun sebab kita duduk rumah flat je" kata si ibu kepada Amy dalam nada suara yang agak tinggi. "mama tak nak amy jumpa dia lagi. tahu?!"

Amy cuma mampu mengangguk tanpa membantah. Amy tahu perangai ibunya yang suka menghentak kerusi gerai milik Haris tanpa sebab ketika sedang marah. Amy juga sebenarnya takut melihat wajah ibunya yang garang. biasanya wajah ibunya comel-comel saja seperti yang dijumpai di google.com.my ataupun youtube.

walaupun Amy menjadi anak solehah, patuh dengan arahan ibunya supaya jangan berjumpa dengan Arman lagi, Arman yang tidak berhenti mencari Amy. Amy berkali-kali menyatakan hasrat untuk tidak berjumpa lagi, malah dia sendiri semakin sedar statusnya yang sangat berbeza dengan Arman.

perangai Arman sangat membengangkan Sheila, dia sangat marah dekat Arman sebab selalu datang cari Amy. dari jauh Haris memandang Sheila yang sedang marah-marah kepada Arman, Haris sedar telinga Sheila bertukar menjadi merah setiap kali marahkan Arman.

Haris memang sudah lama minat dengan Sheila, di tidak kesah pun telinga Sheila bertukar menjadi merah, dia tetap sukakan Sheila. masa lapang Haris banyak dihabiskan dengan bermain farmville dan menggoogle gambar Sheila.

pada malam itu setelah Haris menutup gerainya, dia bergegas lari pulang ke rumah untuk online. laju saja dia menaip di laman facebook.



Haris nekad, dia mesti membantu Sheila untuk nampak sebagai hero. bila dah jadi hero, mesti la Sheila suka dengan dia, betul tak..?

berbekalkan nasihat rakan facebook (yang dia sendiri tak pernah jumpa), Haris mula mengatur strategi untuk menghilangkan Arman dari hidup Sheila dan Amy. Haris pergi mencari Jai, seorang gangster terkenal di KL.

Jai bukan sebarang gangster, dia pernah menjadi pengerusi Persatuan Silat Sekolah Kebangsaan Cochrane (PSSKC) selama dua tahun berturut-turut. selepas tamat sekolah rendah, dia pergi melanjutkan ilmu mempertahankan diri di Tibet selama 6 tahun. khabar angin mengatakan, rakan sekelasnya ketika di Tibet adalah Bruce Wayne (Batman). pekerjaan tetap Jai sekarang adalah menjadi orang bawahan Shark (seorang taiko besar KL dan kadang-kadang pengarah filem)

Jai diupah Haris untuk membelasah Arman supaya Arman tak datang lagi mencari Amy. Jai tidak menunggu lama untuk menjalankan tugas yang diberikan. pembelasahan bertubi-tubi ke atas Arman dilaksanakan dalam gerak slow-motion membuatkan segala-galanya nampak lebih dramatik. 

aiskrim cornetto yang baru saja ditelan Arman, terkeluar semula akibat sepakan kencang Jai ke perut Arman. Arman yang tidak bermaya terlantar di atas jalan, dia hanya mampu menangis kerana dah kehabisan duit untuk membeli aiskrim conetto lagi.

tidak ada pilihan lain, Arman mencapai telefon bimbitnya, menelefon bapanya untuk meminta RM2.20 untuk membeli aiskrim.

Bapak : apa, kau nak duit lagi? kau nak buat apa?
Anak : Arman nak beli aiskrim cornetto je...
Bapak : bukan kau dah makan aiskrim ke tadi?
Anak : tapi bapak, aiskrim tu terkeluar balik. tadi ada orang flying kick perut Arman... nak aiskrim..Arman nak aiskrim.....~
Bapak: cis, berani sungguh ada orang membelasah anak kandung aku, mereka tak kenal ke aku siapa. aku ini King, taiko paling botak kat KL dan blogger separuh masa.

King memang panas baran. namun dia sedar dia dah tua. nak berlawan macam Jackie Chan pun dah tak larat. dia tahu dia perlukan seseorang untuk membalas dendam terhadap Jai. hanya seorang saja calon yang sesuai, Malek.

Malek bukanlah hebat sangat berlawan, tapi disebabkan dia ada status warganegara singapura, dia ada satu kelebihan. yang dimaksudkan kelebihan tu adalah mampu memperdaya lawannya dengan cara melengah-lengahkan perlawanan. sudah tentu momentum lawannya akan hilang.

ternyata pertempuran antara Malek dan Jai bukan suatu yang di luar jangkaan. walaupun Jai lebih power bila berlawan, lebih padu bila menumbuk, dan lebih kaw kaw bila membuat flying kick. Malek menang kerana taktiknya yang membuatkan momentum Jai hilang.

apa jadi dengan Sheila?

Haris dibelasah oleh Sheila dengan kerusi, Sheila terlalu marah sebab Haris libatkan gangster KL dalam hal ni. Sheila risau kalau-kalau Haris membawa pengaruh buruk dalam hidup dia dan Amy, cepat-cepat dia tinggalkan KL dan berpindah ke Johor Bharu, dengan harapan dapat mulakan hidup baru. jauh dari Arman, jauh dari Haris.

Suatu hari di facebook Sheila...

dipendekkan cerita, Sheila jatuh hati dengan Malek. tahukah anda Malek adalah sangat romantik sehingga tiada manusia boleh jadi seromantik Malek. Amy agak gembira dengan perkahwinan Sheila dan Malek, dia akhirnya mendapat seorang bapa. namun di benak hati Amy, dia ragu-ragu kalau bapa barunya ini sebenarnya bukan manusia....

-TAMMAT-

4 komen komen oltromen:

My Name is Mar said...

Ha-ha-ha:D
Aku dah tengok dah cerita SEKALI LAGI..
Tapi aku terasa WHAT THE FISH lepas baca cerita kau..
Ha-ha-ha:D
Tetiba jek Seth Tan...
Ha-ha-ha:D

Taktik Orang Tak Berpuasa

Shuhaida Subri said...

aku lagi suka klu buat si Arman tu igt balik kat Shiela pastu Shiela tu kawin ngan Arman. Kan lagi best.

cik hajar said...

kesian Arman. dahla orang kelainan upaya. kena belasah. rugi eskrem cornetto lagi. semoga dia dapat kahwin dengan awek lagi best dari Shiela.

orang Singapore memang romantik.

✿ cik pieQa ✿ said...

hahahahaha ! tarik nafas hembus. sambung gelak lagi. hahahaahhahaha ! semput ! sambung lagi ahaha!

enough. nnti hati aku mati.

5 star. thun depan pngarah filem dri indonesia angkut ini crita jdi sinetrOn paling hOt di sana.

Post a Comment