! ! BajuLusuhSeluarTampal: main mercun dalam stadium, bulan puasa pun belum masuk lagi....

Pages

Saturday, July 30, 2011

main mercun dalam stadium, bulan puasa pun belum masuk lagi....

hari ni sabtu, aku berperangai super malas. sangat super malas, aku rasa aku layak jadi superhero dengan nama SuperMalasMan. lepas tu boleh suruh KRU buat movie sebijik dua. kalau movie tu tak laku, letak je kat tv masa nak dekat-dekat raya.

aku sangat malas nak bergerak hari ni tapi rajin pulak reload facebook beberapa ribu kali. habis semua benda kat facebook homepage aku baca, walaupun aku tau kebanyakan benda kat facebook cuma benda merapu tak ada hala tu.

sekali ada la pulak fanpage Insaflah Pembaling Mercun dalam Stadium. jadi sekarang baru aku tau ada orang jadi bula sebelah mata sebab siapa ntah main mercun dalam stadium. ini memalukan weyh... kalau ye pun nak baling, baling la kat pelakon popular macam Juma'at Jantan, Mohd Izwan ataupun Aaron Aziz. haha, tak..tak.... baling mercun kat manusia adalah salah. jangan buat ye.

https://www.facebook.com/insaflahpembalingmercun

tapi aku masih rasa siapa yang baling mercun kat bukit jalil haritu memang patut malu dengan diri sendiri, ada orang buta sebelah mata sebab benda bodoh yang dia buat...

1 komen komen oltromen:

BLADE EDGE said...

Assalamualaikum...


mercun dah lama diharamkan, tp masih ramai yg berdegil utk patuhi peraturan penjualan n main mercun ni. dr sudut lain, sikap yg diambil oleh masyarakat pun adalah satu masalah.

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

Post a Comment