! ! BajuLusuhSeluarTampal: August 2011

Pages

Sunday, August 28, 2011

dear beloved wife...

kepada isteri, walaupun hari sebenarnya ada banyak entri lain nak tulis, tapi nak tulis yang ni dulu.

isteri, hari ini tengah kemas-kemas rumah, jumpa getah rambut kamu. getah rambut dari negara kamu...

jadi, saya tengah rindu kamu secara bersungguh-sungguh.

*tengah cuba pakai getah rambut*

Sunday, August 21, 2011

buka puasa lebih seronok bila tak ada nasi.

dari kecik aku dah terbiasa dengan sejenis rutin buka puasa yang aku rasa sangat bes..... sangat sangat sangat bes sebab tak melibatkan nasi atau mee atau apa-apa makanan ruji...

dalam keluarga aku, makan malam dan buka puasa adalah dua benda berbeza. ya, makan malam tetap ada walaupun di bulan puasa... tapi aku lagi suka makan makanan buka puasa sampai kenyang dan tak perlu nak makan nasi lagi lepas tu...

apa yang aku perlu buat adalah makan beberapa kilo kuih yang dibeli untuk buka puasa.... dan aku rasa itu yang aku rindukan pasal makanan malaysia di bulan puasa..

tahu kenapa aku rasa benda ni sangat seronok? kalau makan nasi, dapat rasa nasi dah lauk, lepas tu kenyang.
kalau makan kuih, dapat rasa macam-macam jenis kuih....tak la rugi kat satu makanan je..

ramai pelik bila aku kata aku tak buka puasa dengan nasi... tapi aku rasa aku tak ketagih nasi pun.. sahur nanti boleh je nak makan nasi..

tak makan nasi, tak mati....


*geleng kepala*

rutin hujung minggu di bulan puasa ni lain macam sikit....aku lagi suka tak tido malam, tunggu sahur dan subuh baru nak tido..


-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-


makan buka puasa

solat maghrib

makan + blogwalking

solat isyak

makan + blogwalking

solat tarawikh 4 rakaat

makan + blogwalking

solat tarawikh 4 rakaat

makan sahur

solat subuh

-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

*geleng kepala*

ada 5 kali makan dalam satu malam, dahsyat la kau hanafi jaafar! nanti boleh cuba timbang berat badan sebelum masuk waktu berbuka dengan selepas makan sahur....mesti naik 5 kilogram..

baru sedar, rutin macam ni sungguh mengarut...jom insaf..

Saturday, August 20, 2011

puasa sehari penuh, tapi buka puasa dengan arak

entah kenapa hanafi jaafar makin rajin buat entri macam ni...ada hati nak motivasikan orang pulak..... diri sendiri entah termotivasi ke tak..

korang mesti pernah point keburukan orang lain kan? kan kan kan....? ngaku je la.... siapa la tak pernah..

kat dunia blog ni berlambak-lambak orang suka point keburukan pihak lain. ada lagi power, buat blog semata-mata nak point keburukan pihak lain.. bagi aku la, ada dua jenis manusia yang suka point keburukan. satu jenis yang baik. satu lagi, mesti la jenis mulut puaka...

jenis baik

puak ni suka point keburukan, tapi atas dasar nak memajukan. contoh memang senang la nak cari...

"kepada tuan pemilik Universiti Awam Persekutuan Malaysia (U-APaM), kegagalan pihak tuan memasang pagar letrik di sekeliling kawasan kolej kediaman adalah sangat mendukacitakan semua pelajar. tidakkah pihak tuan sedar kepentingan pagar letrik berkait rapat dengan kehadiran kami ke kuliah?"

"kami sangat perlukan pagar letrik untuk menghalang monyet dari mendekati kawasan kolej. pakaian yang kami sidai di ampaian sering hilang kerana dicuri monyet-monyet yang gatal. sudahlah pakaian dalam selalu menjadi mangsa. selalu pelajar tidak ke kuliah kerana tidak mempunyai pakaian. kami mengharap pihak tuan dapat memasang pagar letrik dengan kadar segera."

nampak, ini manusia yang suka point keburukan dengan harapan datang kebaikan dari usaha tu. tak la teruk sangat perangai ni, sebab benda ni untuk kebajikan bersama kan...

jenis mulut puaka

ini puak yang akan point segala keburukan walaupun tak ada manfaat. apa entah tujuan dia menjaja keburukan orang lain, promote aib orang lain kat mata dunia. bukannya benda yang puak ni cakap tu fitnah, tapi cuma sebarkan aib orang lain. bila aib disebar, sama la dengan menyebarkan rasa benci.

"eh, kau tau Joyah....anak si Maarop tu jatuh tergolek kat pasar malam semalam. memang kaw kaw punya tergolek, siap terlondeh seluar lagi tu... nampak la boxer dia yang warna pink polka dot, siap ada gambar spongebob besar-besar wa cakap sama lu...."

kalau benar la sekalipun benda tu berlaku, aku tak jumpa sedikit pun kebaikan sebarkan berita-berita macam ni. malangnya, berita macam ni la orang suka sensasikan. aib orang buat barang mainan. dan lagi teruk bila aib orang dibuat modal cari duit.

ramai je yang suka tulis kat blog benda-benda yang tengah hot, lepas tu dia pulak galak benor nak tambah-tambah perencah kat cerita sensasi tu. saja nak bagi panas pihak-pihak tertentu. buat macam ni semata-mata nak trafik. nak trafik sebab nak cari duit hasil iklan.

kau tak fikir ke nyah oi! duit yang kau dapat dari penulisan pasal aib orang lain tu halal ke tak.... dari duit tu pulak kau pergi buat beli makanan kat bazar ramadan.

haa! cantik sangat la perangai.. duit entah halal haram tu kau buat buka puasa....

-----------------=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-----------------

adapted from original quote by tobias s. gibson - credit to mickyflores.com

oops, teremosi pulak. haha, mesti la emo...jalan-jalan jenguk blog orang lain, benda-benda tu pulak yang dihidangkan.

jadi kaitan entri ni dengan tajuk adalah : 
apa beza orang yang berbuka puasa dengan duit dari hasil yang haram, dengan orang yang berbuka puasa dengan arak?

Sunday, August 14, 2011

blogger perempuan dan fesyen mereka.

sila ambil kisah amaran ini: entri ini mampu membuat sesetengah orang stres, bengang, sakit hati. sila jangan gunakan stres sebagai alasan untuk batalkan puasa, itu tidak sah okay...

semua orang tahu blogsphere malaysia dikuasai perempuan. aku tak kata blogger perempuan sentiasa yang terbaik, tapi ada lebih ramai perempuan dari lelaki kat sini. dari ramai-ramai blogger tu, ada yang tulis blog dengan genre fashionista. aku rasa ramai jugak yang suka fesyen yang diaorang tunjuk, tapi aku ada beberapa nasihat, harap korang tak lupa walaupun sibuk berfesyen.

anda seorang mangsa fesyen bila apa yang dipakai sakitkan hati dan badan sendiri.

ini sebijik rule of thumb yang aku rasa sangat betul. bagi aku, hilang erti berpakaian bila diri sendiri sakit. pakaian itu wujud kat badan untuk memberi keselesaan, bukan mendera.. pakai la sesuatu yang tak buat korang kena ubah cara berjalan yang normal. untuk mereka yang berusaha menutup aurat, pakailah sesuatu yang tak buat korang rasa tak sedap hati.

"eh, pakai tudung macam ni tak boleh jalan dekat dengan kipas, nanti tersedut masuk kipas, patah tengkuk gue?"

"okay ke skirt aku ni? kalau ada lelaki kacak gagah perkasa depan aku, lepas tu aku terpijak skirt sendiri dan tergolek macam tergiling kat tengah-tengah midvalley ni, kan dan tiba-tiba jadi femes..."

"ketat sangat ke baju ni? orang sedar ke lapisan(s) kat perut aku ni....?erk!"

"boleh ke aku pakai kasut ni, kalau ada hamster melintas depan aku, sempat ke aku nak mengelak dari pijak hamster yang kiyut miyut tu... ?"

kan susah bila pakaian yang korang pilih tu buat korang terpaksa berfikir sepanjang masa. and this brings us to the next point....

it's not about the look, you just want to be different.

pernah fikir kenapa setiap kali ada fesyen tudung baru muncul, ada yang nak cepat-cepat jadi yang terawal pakai fesyen tudung tu?

setengah sebab nak cuba benda baru, setengah lagi nak sebab nak jadi lain dari orang lain. nak buat statement biar satu dunia nampak dia lain dari perempuan yang duduk sebelah dia kat kuliah. bila fesyen yang korang pakai dah lain macam, memang jadi tumpuan mata lelaki dan perempuan, ye dak? kau tak kesah bila fesyen kau tu pelik sampai orang ingat kau student foreigner dari nigeria?

dan kita sampai ke bab terakhir, dan aku rasa ini paling penting.

seorang suami tahu dia dapat isteri yang baik bila isterinya pilih pakaian yang lebih cantik bila di rumah berbanding bila keluar rumah.

bukan maksud aku bila keluar rumah kena pakai baju lusuh, seluar tampal, rambut ikat pakai getah nasi lemak. maksud aku kat sini, bila korang pakai cantik-cantik untuk keluar rumah, pastikan pakai lebih cantik bila ada kat rumah, insyaAllah redha suami tu senang je nak dapat.

bila korang berkahwin nanti, ingat benda ni. sebab kita selalu terlekat dengan mentaliti "keluar rumah kena melawa, duduk rumah mesti selekeh".

apa guna melawa untuk tontonan orang lain, tapi depan suami sendiri, erk...mengecewakan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
nah dua ekor hamster, boleh buat lauk sahur esok...

128298127260157500heeheestopti.jpg
see more Lolcats and funny pictures, and check out our Socially Awkward Penguin lolz!

Saturday, August 13, 2011

roti canai, ini bukan entri resipi.

dem yu!

apahal malam ni aku asyik teringat roti canai. nasib baik la tengah malam, kalau aku teringat roti canai tengah-tengah siang macam mana... kan kepala pusing macam tu. (lama betul tak dengar perkataan "kepala pusing")

bahan nak buat roti canai boleh je cari kat sini. tapi aku reti ke nak tebar menebar roti canai tu... karang aku try, habis kepala aku kena balut dengan roti canai..

khabar angin mengatakan bahawa masalah jerebu yang pernah melanda
malaysia beberapa kali telah selesai hasil dari penebaran roti canai
secara beramai-ramai. faham? tapi aku tak kisah, aku nak jugak roti canai.

credit backpackingmalaysia.com
aku harap kurikulum kemahiran hidup kat sekolah boleh masukkan satu bab khas, untuk buat roti canai je. penting tahap gaban skill buat roti canai ni, sebab ramai sangat orang yang suka makan, tapi sikit sangat manusia yang tahu cara nak buat roti canai..

roti canai bukan kemahuan, tapi keperluan.

dah pukul satu pagi, memang waktu macam ni aku kuat merepek. eh, merepek dengan kerepek lebih kurang laa....

Thursday, August 11, 2011

laici nampak sedap untuk buka puasa...

dengan semangat waja aku kayuh basikal laju-laju pergi supermarket. konon-konon nak lumba dengan kereta la... tapi komfem la aku teruk, yang kau pergi cuba lumba dengan kereta Mercedes AMG SLS tu buat apa....

Mercedes-Benz AMG SLS
credit autospies.com , pemilik asal foto tidak dijumpai

sampai je supermarket, memang tak pandang benda lain dah, laju je aku sampai kat bahagian buah, kebulur sangat kot aku ni. nampak semua jenis buah, semua aku nak beli. sama la dengan perangai korang kat bazar ramadan, semua benda nampak sedap kan bila kita lapa...

dari jauh aku nampak buah laici. bukan selalu beb boleh jumpa laici kat negara ni.

"hoyeah! laiciiiiiiii....~", suara dah macam pikachu, tak payah la nak sebut laici kuat-kuat kan....

laici-laici tu dah siap paket. mahal nak mampus plak tu... lagi terasa mahal kalau convert jadi duit malaysia. dalam 40 ringgit untuk sekilo laici.

tapi sebab aku dah lama tak jumpa laici, memang nak beli jugak la.. aku pun pilih la mana satu paket yang isi paling elok. aku anggap laici paling merah la yang paling manis, ntah betul ke tak aku anggap ni..

okeh, jumpa satu paket yang laici dalam tu comel-comel macam anak jiran aku....hehe..
belek-belek paket tu, baru aku sedar...

country of origin : Israel

erk..! terus aku lepaskan paket laici tu dari tangan..

boleh jadi laici tu ditanam di tanah yang pernah dibasahi darah pembunuhan orang palestin....
macam mana la agaknya kalau aku makan laici tu untuk buka puasa..

macam mana....?

*kat jermeni memang biasanya semua buah atau sayur dilabel dari mana asal benda tu.

Monday, August 8, 2011

cabar diri sendiri dengan soalan-soalan ni.

dulu aku pernah buat entri lebih kurang macam ni, tapi malas nak cari link. simple je, entri ni ada tiga soalan, cuba check diri sendiri, berapa banyak yang korang boleh jawap on the spot, jangan tengok jawapan orang sebelah, jangan tanya encik google...

1. kenapa ada waktu imsak, dan kenapa imsak sentiasa 10 minit sebelum masuk waktu subuh?

2. apa maksud WI-FI ? alaa, benda internet yang korang suka curi dari jiran tu...

3. berapa banyak vitamin C yang diperlukan seorang dewasa dalam sehari ?

benda-benda yang selalu berlaku dalam kehidupan seharian, ada yang kita ulang setiap hari, tapi tak pernah nak ambil peduli kan...

haa... cepat mengaku berapa korang boleh jawap..~
siapa dapat jawap 4 soalan, dapat hadiah pelempang sebijik...

edit : aku bukan nak tau jawapan yang korang boleh bagi untuk soalan-soalan tu, cuma nak tau berapa dari soalan-soalan tu yang korang boleh jawap.

nah itik panggang, tapi masih mentah la...
gambar ni aku tangkap sendiri

Saturday, August 6, 2011

argh, kenapa susah sangat nak blogwalking bulan puasa ni...

sebelum aku pergi kat tajuk tu, baik aku tempek sebijik video youtube dulu.



ini brothers, lagu bertajuk Ramadhan. yes, i love nasyid from the 90's, and this kind of nasyid is one of the things my wife and i share a common interest in. ini lagu bulan puasa paling aku suka. aku boleh pulak nak tangkap feeling dengar lagu ni ulang-ulang.....

okeh, balik kepada tajuk!

tahu kenapa susah sangat nak blogwalking? bukan pasal internet lembap atau kena potong sebab tak reti nak pegi bayar bil. tapi sebab banyak sangat gambar menggugat perut.

gambar yang menggugat perut ni makin banyak pulak muncul bila bulan puasa. bila bulan-bulan lain, tak banyak pun. bila aku nampak je gambar-gambar ni, terus rasa nak menyorok dalam mesin basuh, lepas tu bagi spin mesin basuh tu dua tiga round...

kenapa mesti bulan puasa je kaitkan dengan makanan.
berlambak-lambak pulak tu gambar makanan berbuka puasa,
sahur punya makanan pun nak tayang,
bubur lambuk dapat free kat masjid pun nak tunjuk,
makanan kucing korang yang tak puasa pun nak letak kat blog jugak...?
kalau blog masakan tu memang aku faham la, tapi bila bulan puasa, semua blog tiba-tiba jadi blog masakan, paling tak pun, jadi blog pasar ramadan....

aku terseksa kat sini tahu? dah la jauh dari semua makanan tu, bulan puasa lagi, nak masak sendiri tak reti....aku mana tahu nak masak hebat-hebat macam resipi kambing panggang tiga rasa ala szechuan...

nah kambing panggang!
sumber asal foto tidak dijumpai

Thursday, August 4, 2011

boleh jadi sebijik hadiah yang bagus....

memang rutin aku berjalan kat internet ni, boleh pulak terjumpa gambar ni.

credit to trendhunter.com


aku rasa benda ni agak bijak la untuk ingatkan perokok, sebab ashtray ni akan perlahan-perlahan kotor.

tapi aku keliru jugak, benda ni menjauhkan orang dari merokok atau menarik orang nak merokok sebab design ashtray yang agak cool....

apa-apa pun pandangan korang, aku rasa benda ni boleh jadi hadiah yang terbaik....

diam boleh selesaikan masalah?

dalam hidup setiap orang, akan sampai satu saat dia akan terasa nak bagi ceramah motivasi kat orang lain. aku rasa sekarang dah sampai waktu tu untuk aku, hehehe....

oh, ini tak ada kaitan dengan diri aku sendiri. memang 100% tulen nak membagi motivasi bulan puasa.

ada orang kata, diam tu menyelesaikan masalah.

maaf, aku tak terima tu. aku tolak setolak-tolaknya....
diam boleh mengelakkan satu masalah baru timbul atau mengelakkan satu masalah bertambah buruk. tapi tak akan selesaikan satu masalah yang dah wujud.

macam satu perangai yang tak berapa elok, mengharap sesuatu selesai sendiri. sama la macam harap tiba-tiba duit dalam dompet beranak-pinak jadi banyak. lagi bes kalau duit tu boleh dapat kembar 6 kan....lagi cepat duit tu bertambah. aku pun tak pasti macam mana duit punya organ pembiakan, tapi kalau ada pun....aku ngeri nak tahu...

cakap, sebut, sampaikan. kita diberi nikmat bercakap, jangan sia-siakan.

-----------------------------------------------------------------

mulut kita popular dengan benda buruk; mengumpat, mencarut, memaki, mencaci, memfitnah, memponteng puasa. tapi jangan lupa mulut pun ada kebaikan jugak, gunakan mulut untuk menyampaikan apa yang terhajat di hati. bukan main cakap belakang.

nak tau cara paling popular untuk cakap belakang di zaman sekarang? facebook.
bila tak puas hati, buat status kat facebook.
bila menyampah, buat status kat facebook.
bila sakit hati, buat page benci membenci kat facebook.

matang ke perangai macam tu? kenapa tak nak cakap depan-depan....selesaikan masalah, bukan sebarkan rasa benci ke dalam masyarakat...

kau hengat orang yang ko maksudkan tu akan baca status kau tu. dah la tak friend pun. kalau friend pun kau rasa dia nak cepat-cepat bukak facebook untuk baca status kau....?

-----------------------------------------------------------------

salah faham (bahasa orang putih : misunderstanding) banyak berlaku bila satu manusia tak faham apa yang manusia lain cakap. tapi ketahuilah wahai penduduk bumi sekalian, salah faham lebih senang dan banyak berlaku bila mulut tak digunakan untuk menyampaikan kata-kata.

selalu ada orang akan anggap kita dah tahu satu benda tu, padahal sikit pun kita tak tahu.
kan bagus kalau kita cakap kat dia yang kita tak tahu....
kan bagus kalau dia tanya kita, kita ni tahu tak apa nak buat....

-----------------------------------------------------------------

apa yang aku cuba nak galakkan ni ada satu je : gunakan mulut.


Wednesday, August 3, 2011

mencari flash drive paling selamat

dulu aku ada 2 bijik usb flash drive (benda yang korang panggil pendrive / thumbdrive tu la...) tapi itu dulu, sebab sekarang aku dah hilangkan dua-dua. hahaha, padan muka ko hanafi jaafar.

aku tau aku perlukan yang baru, cari-cari kat internet, jumpa yang ni..... macam best!

credit to dialog05

tak tau la cukup selamat ke tak, memang susah la nak cucuk kat komputer. kalau dah bukak kuncinya pun tak boleh nak cucuk terus kat komputer, kena ada extension usb cable.... tapi bagus jugak, boleh buat mangga kunci pintu pagar / grill pintu / pintu. lebih kurang produk 2 in 1 jugak kot.

satu je la aku terpikir, kalau aku guna untuk pintu pagar, lepas tu ribut, hujan, banjir... boleh pakai lagi tak?

lagi lagi mug...

aku selalu ada tak puas hati dengan mug yang aku ada. kadang-kadang tinggi, tapi kurus, jadi susah nak basuh. ada yang kecik sangat, tak padan dengan portion minuman aku. dan aku suka jugak kalau boleh muat cereal aku makan pagi-pagi...

biasanya aku makan cereal dengan muka mengantuk, kalau sahur lagi bertambah-tambah muka mengantuk. skill yang biasa aku guna masa makan cereal adalah tutup mata sambil makan. lebh kurang separuh sedar jugak la, tapi mulut tetap kena suap.

credit to modcloth.com

aku jumpa mug set ni, ada dua muka weyh. serius comel. haha, 30 dollar us, lebih kurang seratus hengget. sejak aku baru dapat duit ni, asek merayap internet cari benda-benda menarik, bajet kaya sangat la, padahal tak mampu pun....

rupa-rupanya aku dah post dua entri pasal mug dalam sehari, cis...

tunjuk perasaan

apa mood korang hari ni? aku cuba untuk tidak berperasaan, sebab aku percaya menunjuk perasaan akan menggunakan tenaga. konon-konon nak jimat tenaga la sebab puasa.

oh, sebab dah bulan puasa, tak boleh lagi nak minum kopi kat pejabat. kalau tak, memang aku la champion minum kopi, haha, budak praktikal je kot...

sungguh seronok kalau mampu beli mugs kat bawah ni. kalau rasa nak cari gaduh dengan rakan sepejabat, guna mug paling kanan sekali tu. terus tak ada orang nak cakap dengan kau satu hari...padan muka sendiri..

credit to thabto design

eh, jap. yang tengah-tengah tu macam mengantuk. tapi mengantuk tu sejenis mood / perasaan ke?

Monday, August 1, 2011

teddy bear

dah pukul 6 petang. ada lagi 3 jam ke waktu berbuka puasa. aku jumpa benda ni, aku terasa nak beli, hahahaha....

dari geekalerts.com
nampak macam seekor teddy bear kena sedut masuk dalam laptop.
ini sebijik USB flash drive. sila percaya.

dari geekalerts.com