! ! BajuLusuhSeluarTampal: roti canai, ini bukan entri resipi.

Pages

Saturday, August 13, 2011

roti canai, ini bukan entri resipi.

dem yu!

apahal malam ni aku asyik teringat roti canai. nasib baik la tengah malam, kalau aku teringat roti canai tengah-tengah siang macam mana... kan kepala pusing macam tu. (lama betul tak dengar perkataan "kepala pusing")

bahan nak buat roti canai boleh je cari kat sini. tapi aku reti ke nak tebar menebar roti canai tu... karang aku try, habis kepala aku kena balut dengan roti canai..

khabar angin mengatakan bahawa masalah jerebu yang pernah melanda
malaysia beberapa kali telah selesai hasil dari penebaran roti canai
secara beramai-ramai. faham? tapi aku tak kisah, aku nak jugak roti canai.

credit backpackingmalaysia.com
aku harap kurikulum kemahiran hidup kat sekolah boleh masukkan satu bab khas, untuk buat roti canai je. penting tahap gaban skill buat roti canai ni, sebab ramai sangat orang yang suka makan, tapi sikit sangat manusia yang tahu cara nak buat roti canai..

roti canai bukan kemahuan, tapi keperluan.

dah pukul satu pagi, memang waktu macam ni aku kuat merepek. eh, merepek dengan kerepek lebih kurang laa....

2 komen komen oltromen:

Ibu Ammar said...

mak aku pandai buat roti canai,(tapi mak aku buat guna dulang besar untuk bagi ketulan tepung tu melebar) sbb mak aku tak pandai tebar.

adik lelaki aku plak blajar 3 bulan menguli dan menebar roti canai. now dah expert!

kami dah boleh kalahkan roti canai mamak. (aku tak teruja makan roti canai mamak sebab boleh hadap roti canai kat rumah sendiri).

kalau ada rezeki mmg aku nak bukak gerai jual roti canai je. hire adik sendiri. kehkeh.

y i e n said...

senang jew nak kasi tayah ingat kat roti canai tuh ... ce bayangkan roti canai yg di balut dgn peluh drpd si penebar yg berbulu ... indah bukan? ahaks~~

Post a Comment