! ! BajuLusuhSeluarTampal: argh, kenapa susah sangat nak blogwalking bulan puasa ni...

Pages

Saturday, August 6, 2011

argh, kenapa susah sangat nak blogwalking bulan puasa ni...

sebelum aku pergi kat tajuk tu, baik aku tempek sebijik video youtube dulu.



ini brothers, lagu bertajuk Ramadhan. yes, i love nasyid from the 90's, and this kind of nasyid is one of the things my wife and i share a common interest in. ini lagu bulan puasa paling aku suka. aku boleh pulak nak tangkap feeling dengar lagu ni ulang-ulang.....

okeh, balik kepada tajuk!

tahu kenapa susah sangat nak blogwalking? bukan pasal internet lembap atau kena potong sebab tak reti nak pegi bayar bil. tapi sebab banyak sangat gambar menggugat perut.

gambar yang menggugat perut ni makin banyak pulak muncul bila bulan puasa. bila bulan-bulan lain, tak banyak pun. bila aku nampak je gambar-gambar ni, terus rasa nak menyorok dalam mesin basuh, lepas tu bagi spin mesin basuh tu dua tiga round...

kenapa mesti bulan puasa je kaitkan dengan makanan.
berlambak-lambak pulak tu gambar makanan berbuka puasa,
sahur punya makanan pun nak tayang,
bubur lambuk dapat free kat masjid pun nak tunjuk,
makanan kucing korang yang tak puasa pun nak letak kat blog jugak...?
kalau blog masakan tu memang aku faham la, tapi bila bulan puasa, semua blog tiba-tiba jadi blog masakan, paling tak pun, jadi blog pasar ramadan....

aku terseksa kat sini tahu? dah la jauh dari semua makanan tu, bulan puasa lagi, nak masak sendiri tak reti....aku mana tahu nak masak hebat-hebat macam resipi kambing panggang tiga rasa ala szechuan...

nah kambing panggang!
sumber asal foto tidak dijumpai

8 komen komen oltromen:

Lieyda said...

sabor je la. huhu

Puteri Biru said...

blogwalking aku rajin, nak buat entry aku malassss! haha.

kotak said...

owh lagu ini!!!! abg dah wat ayang dgr lagu ni byk2 kali. dem!!

mish you so much. terasa sgt bila stat ramadan,kite jarang sekaip. btw..knal kak wani y men netball tu kn? dia pregnen..12weeks. bes kn...?

^baju kurung^ said...

kmbing panggang sodap~

yusuf Laili said...

Selamat berpuasa;
Aduuui..! sedihnya aku dengar rintihaan anak perantau..oklah apa2pun sabar dan tetapkan iman..

gadis bunga said...

haha . boleh pulak kambing terbang . nampak macam kambing panggang . XD
HAHA . yang penting blog gadis tade cakap sal makanan ye :))

Pure Mahabbah Fillah said...

assalam..salm ziarh...

folow ur blog...folow me back na..

Shuhaida Subri said...

hahahaha.. betul2..
kalau yang reti nak buat tu. rasa cam nak buat je. tp bila dah buat. peh.. xsedap pown.

Post a Comment