! ! BajuLusuhSeluarTampal: pakai tudung, kolot.

Pages

Tuesday, September 27, 2011

pakai tudung, kolot.

bila berjalan kat internet, kita kena berbesar hati. jangan cepat sentap sebab bukan semua benda akan setuju dengan kita... jangan bila pendapat kau kena bangkang, kau terus buka kelab benci membenci kat facebook..

tapi aku nak cakap jugak aku sakit hati bila aku jumpa orang cakap "orang pakai tudung tu kolot / ketinggalan zaman". serius, aku rasa siapa cakap macam tu agak bodoh. sibuk sangat nak pertahankan pandangan dia tapi tak pernah nak ambil masa tengok sejarah.

mari sini aku nak bebel secara pendek.

kau pernah pikir sejak bila orang kat tanah melayu ni pakai tudung?
kau pikir orang melayu pakai tudung sejak zaman melayu melaka?
kau pikir sejak orang melayu diajar pasal islam 600 tahun dulu, diaorang terus pakai tudung litup / berlilit-lilit / berhana-tajima ?

pemakaian tudung betul-betul bermula akhir 1970-an dan awal 1980-an.. itu pun ada la beberapa golongan yang berani menutup aurat walaupun dipandang serong masyarakat.. masa tu tak ramai pakai tudung, tapi orang-orang ini la yang yakin dengan seruan agama.

masa generasi nenek-nenek kita, mana nak jumpa orang pakai tudung weyh...tak ada..... buka la album keluarga zaman dahulu kala tu, cuba cari sejak tahun bila tudung muncul..

jadi, tolong jangan cakap orang bertudung tu kolot....
sebab kalau difikir masak-masak, pemakaian tudung tu benda yang lagi baru berbanding freehair...

gambar hiasan, kredit : japanisweird.com
esok cerita pasal barcelona...

7 komen komen oltromen:

yusuflaili(Goku) said...

salam;
entah banggang betul org kata pakai tudung kolot ..jgn2 dia yang buta sejarah..hahaaaa!

Azzam Fadzil said...

hahah nice ! hihi

Anonymous said...

setuju...
dalam beragama tiada benda yang kolot.
semuanya bersebab

MiYOKO SuKi said...

setuju!

Impiana Mayana said...

tudung tu tak kolot lah, tapi pemikiran tu yang kolot sebenarnya. :)

Anonymous said...

lecturer aku berbasa-basi kata kat perempuan bertudung...kona-kona ayat perempuan bertudung slow,BI lemah yg hampir maksud la dgn KOLOT.cover2 plak dgn ayat "kebanyakan perempuan yg bertudung i jumpa" sambil gaya tutup mulut tahan gelak. dlm kelas ok!! ----lecturer tu tak pakai tudung. sekian

Unknown said...

sekarang ni sangat ramai perempuan islam yang tak bertudung... kasihan...

Collagen Powder | ESP – Soy Protein Isolate Powder | GLA Complex | Omega Guard | Vita-E Complex | B-Complex | Vita-Lea | Alfalfa Complex | OsteMatrix | VIVIX | Vita-Lea for Children | Chewable Vita-C 100mg | Zinc Complex | Lecithin | Nutriferon | Meal Shakes | Herb-Lax | Cinch Shake Mix | DTX Complex | Sustained Released Vita-C 500mg | Performance Maximum (Pure Hydration Drink) | Garlic Complex | Advanced Joint Health Tablet | Peppermint Ginger Plus | Cinch Energy Tea Mix | Caratomax | Herbal Blend Multi-Purpose Cream |

Post a Comment