! ! BajuLusuhSeluarTampal: apa yang TV3 dan RTM ajar kita dari kecik

Pages

Tuesday, June 7, 2011

apa yang TV3 dan RTM ajar kita dari kecik

semalam aku dah post pasal hollywood, ini pulak versi televisyen tempatan kita... oh, by the way, this is an autopost. today i'm in Frankfurt picking up my wife at the airport. balik kepada tajuk asal entri ni....

apa yang RTM ajar kita dari kecik

p ramlee adalah sangat agung, RTM cuba sampaikan ini kat kita:
tak ada pelakon/direktor filem sehebat p. ramlee dalam sejarah malaysia. dia saje lah yang paling hebat, sampai bila-bila pun tak akan ada yang boleh lawan.

RTM buat macam-macam untuk kempen p. ramlee mereka. ulang filem berpuluh-puluh kali setiap tahun, buat pertandingan yang ada kaitan dgn p. ramlee. pasang lagu-lagu p. ramlee kat radio-radio RTM beberapa juta kali.

di mata generasi sekarang, p. ramlee lah hero filem melayu tulen, budak-budak zaman sekarang ramai je yang hafal dialog dalam filem-filem beliau. tapi, betul ke tu p. ramlee sehebat tu pada zaman dia.

zaman gemilang p. ramlee adalah lepas dia meninggal dunia, masa dia hidup, tak la dia disambut macam zaman sekarang. pernah je dia datang ke sebuah U, kena boo dengan student U sebab masa tu, dia dianggap sebagai artis yang dah tua, tak cool lagi...

aku rasa, satu-satunya benda yang RTM berjaya buat adalah buat nama p. ramlee hebat. selebihnya, kita tau la sendiri kan camne stesen-stesen RTM ni, membosankan....

apa yang cerita seram kat tv3 ajar kita

cerita hantu melayu ada market besa, habis satu cerita, datang satu lagi cerita seram.... aku tak galakkan korang tengok, sebab cerita-cerita macam ni la yang mengongkong pemikiran bangsa. otak kita tersekat kat pemikiran tahyul, takutkan makhluk halus. memang makhluk halus wujud, tapi sebab cerita-cerita hantu kat tv3 ni la yang buat penonton jadi takut melampau-lampau.

dalam cerita ni, mesti ada watak hero menyelamatkan kampung dari gangguan hantu syaitonirrajiiiimmmm.... hero ni mesti ustaz. sampai ke satu tahap, orang pikir pekerjaan ustaz adalah menghalau hantu. asal ada hantu je cari ustaz, asal ada ustaz je tanya pasal hantu... kesian tau tak kat para ustaz kita, pekerjaan mulia tu jangan la kita bagi imej yang salah...

9 komen komen oltromen:

cik hajar said...

tak suka giler cite hantu. tak kiralah kat tv3 ke, movie M'sia ke, luar negara ke.. sesat lagi menyesatkan.

dan aku seorang yang amat penakut. em.

dapat plak pelakon ustaz hensem macam ashraf muslim, lagi laa.. em. kesian.

ch0mbi said...

yep2...tv3 menerapkan fikiran yang tak baik kpd penonton. penonton tu termasuk akulah.

^^

Andrik McVean said...

i followed you :-)

PEAH said...

baru sedar this true fact

miss cloudy said...

xsuka gak citer hantu... asyik tgk cite hantu je tak maju la..

JARI YANG TERBARAI said...

gua ustaz jugak kadang2, pekerjaan tetap ialah mengusha makwe makwe hehehe

Mbah Dukun Bagong said...

wah tak hanya di RTV, di TV indon juga menayangkan horror tak mendidik, mana mungkin orang mati jadi hantu. begh

Diary oF Mine said...

sy suka astro ceria ja... ehehheehehehe

hazeleyed lady said...

moral of the story...hantu setan harus dilawan dengan AlQuran dan hadith...
(yang seharusnya ada pada setiap Muslim...bukan ustaz saje...)
if we could understand this!

Post a Comment