! ! BajuLusuhSeluarTampal: tiga objek agung dalam blog

Pages

Saturday, June 25, 2011

tiga objek agung dalam blog

malam ni aku tiba-tiba mengantuk sebab tgk movie Due Date, jadi aku pun terasa nak pergi terjah blog-blog yang aku tak pernah sampai. sebab aku punya habit untuk bukak sekali 20 tab blog, komputer aku jadi panas, sekarang aku menaip kat tepi pintu balkoni rumah sewa aku. ye, aku duduk sorang-sorang, kesepian sebab bini dah balik india isnin haritu.

oh, dalam aku sibuk tengok-tengok blog orang, aku rasa ada satu pattern yang sama aku jumpa dalam banyak blog. balik-balik nampak ko lagi, asek-asek muka ko je.... bukan muka manusia, tapi benda. salah satu dari tiga objek yang memang korang boleh cari kat kebanyakan blog, mungkin ada kat blog korang sendiri.

tiga benda ni sangatlah agung, biasanya pemilik blog akan letak kat header atau kat sidebar nak bagi semua orang nampak.

kamera SLR
pemilik blog akan sebolehnya nak bagitau pelawat/pembaca jenis kamera SLR apa yang dia ada. kalau boleh letak la nama model kamera sekali. aku tak tau apa yang diaorang ni cuba nak dapat dengan mengumumkan kamera SLR diaorang kat, sebab aku tak ada kamera SLR dan aku tak minat kamera berat.

laptop
they just have to showcase their laptops, don't they? laptop untuk ditayang mesti bagi clear supaya orang boleh nampak brand apa, warna apa, ada aksesori ke tak. ada tampal sticker bling bling ke tak... seronok ke tayang laptop kat blog?

handphone / handset / telefonmudahalihpelbagaigunabolehsurfinternet
dalam fikiran pemilik-pemilik blog tertentu, orang lain mesti tahu tahap kecanggihan telefon dia. ada touchscreen atau cuma ada lampu suluh, ada keypad QWERTY ke tak, cukup berat tak untuk baling kat kepala anjing. atau camera phone yang ada banyak megapixel, lepas tu rasa lagi hebat dari kamera betul semata-mata sebab ada banyak megapixel. atau telefon tu ada huruf I didepannya, jadi bila update status kat facebook ada keluar ayat "via iPhone"....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sebenarnya....
langsung tak salah untuk kita beli gadget canggih-manggih tu, tapi kalau tayang kat blog, rasa-rasa dalam diri tu ada niat yang terpesong tak?

9 komen komen oltromen:

Isamuddin Isa said...

http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/06/ana-raffali-lupa-diri-atau-dicemburui.html

Ibu Ammar said...

Owh.. aku cuma perasan benda agung pertama tu je. mmg agung gila. selalu kat header blog gambar owner je dengan slr.. tengok hasil gambar kat blog takde canggih mana pun

Chuu Muqhlis said...

terasa cek! hakhak :P

azwa amani said...

heheheh..biasalah tu...keinginan dia untuk menjadi lebih baik dan hebat daripada yg lain :) lumrah hati manusia,

Cik Puan Bunga said...

Halamakkkkkk! agung sungguh benda yang first tuh! haha!

Nik Iman said...

apsal aku xde/xletak pon bnde2 tuh?? hahar

ayanuts said...

he..he..btl2..slalu nmpk

Syafiqah Nafis said...

btol3..sllu nmpak..aku pon tak buat..hahahhah

Unknown said...

haha..betol2..bende teragung yg selalu dpt dilihat :D

Post a Comment