! ! BajuLusuhSeluarTampal: aku benci starbucks

Pages

Tuesday, April 26, 2011

aku benci starbucks

sejak datang negara ni, aku mula kenal kopi lebih dari sekadar nescafe dan kopi O kat kedai mamak. ada la pulak senior aku yang mengajar orang-orang lain pasal kopi. sekarang sume orang dah terminat pulak kat kopi, termasuk la aku.

orang jermen ada byk budaya, tapi budaya yang aku boleh ikut tak banyak sebab budaya diaorg macam beer, makanan-makanan fancy....bukannya halal, dah la macam semua makanan nak letak babi.... budaya minum kopi ni je la kot yang halal ikut aku follow...

jom balik kepada tajuk berwarna hijau itu. aku rasa kalau nak cari minuman sejuk yang fancy, memang starbucks sesuai la. tapi kalau nak minum yang panas-panas, yang minuman tu duduk comel dalam cawan / mug keramik, tak payah la pegi starbucks.

setiap kali aku tengok harga starbucks, rasa nak pegi bagi salam kat cashier tu, lepas tu tumbuk perut dia laju-laju. kesian kat cashier, dia cuba nak cari makan je kot...

tak payah tertipu dengan kopi starbucks, aku tak rasa kedai tu hebat sangat sampai layak nak jual dgn harga mengarut. banyak lagi kedai-kedai kopi lain yang kecik, tapi interior cantik, siap letak mesin panggang biji kopi untuk pelanggan tengok lagi. puas hati dapat tengok biji kopi yang dipanggang tak hangus.

ni pulak bahagian sejarah trivial:

kopi americano, adalah cuma sejenis variasi air kopi cair. masa zaman perang dunia kedua, askar amareka syarikat datang sampai masuk ke eropah. mereka juga mahu minum kopi walaupun sedang sibuk berperang dengan nazi.

namun, agak malang di situ, kopi yang mereka jumpa terlalu pekat berbanding kopi di kampung halaman mereka (amareka syarikat). dari situ timbul idea untuk order espresso, lepas tu tambah air nak bagi cair. jadi terhasil la kopi americano yang sangat cair itu.

ni nasihat kesihatan:

jangan minum kopi banyak-banyak, tak sehat langsung.

ni untuk mereka yang baru belajar  :


infographic asal milik http://www.lokeshdhakar.com,
gambar yang sangat bes ni bukan milik aku.
i know it's an old infographic, but sharing it just feels right.

9 komen komen oltromen:

Miera Hassan said...

xpenah try espresso. sedap ke?

As-Safra said...

cerita pasal kopi ni,ape yang saya tau......
kopi ni mengandungi antibodi yang tinggi...

kotak said...

sape2 migrain y tak jmp ubat korg. blh try mnum kopi. insyaAllah membantu.

chesakinah said...

kite pon minat coffee .. sampai buat sendiri espresso... hahaha.. jadiii...sedap.. x yah mesin2 ape.. sile la tengok.. http://chesakinah.blogspot.com/2010/12/fb-espresso.html scroll down. skip bahagian bebelan saya dkt intro tu. ngeehee~

cik ungu said...

aku pulak benci harga kopi kat retoran depan ofis.



kopi o ais je pun dah sama adeq bradeq ngan starbucks.


lempang jugak tuan kedai tu kang.

Ibu Ammar said...

americano starbucks my favret, satu2nya kopi yang aku boleh minum tanpa letak gula. tak kira panas ke sejuk.

Idah said...

bila nak merasa kopi yg sedap ni...teringin tapi tak juga singgah.

Rashid said...

wah begitu sekali benci ya . hehe

hentakbelipat said...

kahkahkah...kalau mcm tu baik aku pandai kisar kopi kapal api je yedak..

bdw komen kau yang panjang2 tu mmg terbaek!!haha

Post a Comment