! ! BajuLusuhSeluarTampal: aku begini bila benda kecik pun nak emosi, maaf.

Pages

Monday, April 25, 2011

aku begini bila benda kecik pun nak emosi, maaf.


tahu benda apa ni? ini makanan yang sedap, masuk kategori pastri.


gambar dari http://flouronmynose.blogspot.com/ , aku tak memiliki foto ni.

pastri-pastri ciptaan orang putih ni makin banyak kat m'sia. sebab apa makin banyak? sebab banyak gila kursus-kursus ajar orang camne nak buat pastri lepas tu bukak bakeri jual benda-benda ni. bagus jugak bila kursus membuat makanan ni makin banyak, tak payah aku sibuk-sibuk nak blaja buat kek / roti / pastri , beli sudah...

oh, balik ke gambar tu. namanya croissant, bukan crossant ye rakan-rakan... bagi aku, huruf "i" tu sangat penting.

nama lain yang kurang popular adalah crescent atau crescent roll. orang jermen kadang-kadang panggil benda ni "tanduk kecik" , tapi nama croissant tetap lebih femes.

camne nak sebut? malas plak nak cite, sebab perkataan ni datang dari perancis.

[edit] tajuk entri macam tu sebab aku kecewa ramai tak tau ejaan (erk...dan sebutan) sebenar makanan yang maha sedap ni.

dan tak lupa nak cakap, aku suka croissant ni dah lama dah, bukanlah dah sampai jermeni baru nak suka makan croissant.
tapi masa aku 1st sem dulu, aku suka gila dgn croissant berisi soft cheese yang ada jual kat cafe, tak sampai 6 bulan je berat aku naik 10 kg, hebat gilos !!

4 komen komen oltromen:

Cik Muda Sae said...

lazatnye... tapi, pe persamaan tajuk ngn isi entry? (garuk kepala...errrr...)

KeTaM_BaTu said...

sedap ni.... tp x paham. sori... ^_^ anyway, nice story

msredcheesecake said...

Xkesahla pe nama dia, camne nk sebut.janji sedap.bak siket!!!!

Alexandriana Alia said...

kat swiss oven harga dia 2.80sen sebijik! kalau yang bulat 3.20 sebijik.

terbaik makan bila dia baru kuar dari tempat bakar. sedap tak hengat

Post a Comment