! ! BajuLusuhSeluarTampal: kita mulakan dengan yang sedap.

Pages

Thursday, February 11, 2010

kita mulakan dengan yang sedap.

aku mahu juga menggunakan ayat ini :

"hai korang, sori lama tak update, aku tau korang sume mst rindu kat aku (eh, post2 aku). sori ye, aku sibuk sket baru2 ni"

tapi aku tak boleh guna ayat itu sebab aku bukan penulis blog terkenal yang akan dirindui pembaca bila lama tidak memunculkan diri dalam bentuk penulisan. sampai ada pembaca datang rumah, ketuk pintu bertubi-tubi, risaukan kenapa penulis blog kesukaan tidak lagi menulis, adakah sudah dibunuh dalam bilik berkunci seperti kes-kes komik penyiasatan Conan?!

dan aku juga tidak akan menulis ayat sebegitu sebab itu terlalu biasa, tidak aku hirau walau gaya itu sangat terminatkan oleh para pembaca. bukan apa, aku tidak suka dengan kebiasaan, biarlah aku tidak biasa, luar biasa, bukan kebiasaan, melampaui keadaan biasa, ah...cukup.

pohonnya, aku cuma mahu menulis dengan bahasa melayu yang sahih dengan beberapa kesalahan tatabahasa yang sangat sulit untuk dicari, malah menimbulkan ragu-ragu dalam hati nurani yang terdalam para pembaca untuk cuba menegur aku bahawa itu atau itu atau itu juga adalah salah. ya, aku mahu susahkan kalian, tak boleh?

nama diberi, Daging Cendawan.

ini yang aku tidak puas hati, kata daging cendawan, tapi kenapa nampak macam daging lembu. namun adakah isi cendawan dipanggil daging cendawan?!
setiap detik yang menjetik-jentik kalbu aku ketika memasak masakan ini, aku dihantui soalan itulah.

Ya, saksikan! ini aku masak. kenapa aku masak ini, sebab aku takut aku tak dapat makan daging lagi kalau-kalau ada junior beragama hindu menganggotai rumah ini. artinya, andai kata beliau menganggotai rumah ini, beliau akan termasuk dalam Persekutuan Lelaki-lelaki Handal Memasak, ya, itu kami. tidaklah boleh aku masak lauk berasaskan daging lembu untuk dimakan bersama.

oh, atau ini bermakna aku perlu beralih kepada daging kambing yang lebih mahal dan lebih susah untuk dikendali dan lebih berbau dan lebih apa lagi aku pun tidak pasti.

aku harap aku ada kamera berkuasa super saiya untuk menangkap foto makanan kelak, agar jadi seperti gambar-gambar dalam buku masakan. indah gambar dari rasa. haha, peribahasa baharu sudah terbentuk.

hei, aku punya masakan di bawah tidak begitu, tahu! ini sedap.

ini cemil-cemilan selepas makan, orang panggil sebagai pencuci mulut, tapi itu dusta sama sekali kerana aku pasti, yakin dan pasti yakin bahawasanya mulut kalian akan perlukan cucian yang lebih handal dari Vanish O2 selepas meratah coklat di bawah.
ini bukan coklat biasa wahai rakan-rakan. coklat ini memiliki lapisan-lapisan tertentu yang akan membuatkan saliva anda merembes seperti hari pertama anda berbuka puasa di bulan puasa.
kata-kata, akhir, kalau anda berpuasa ketika membaca penulisan kali ini dan terliur mahupun sedikit, aku minta maaf.

9 komen komen oltromen:

miss capricorn said...

hanafi jaafar!anda membuatkan saliva aku mcm nak bertakung dan menitis...ahahhaa

aqilahamira said...

nampak sedap weyh!!
eyh aku la peminat blog ko,yg menunggu setiap kali ko nk update blog..haha..
btw bahasa melayu ko mmg mantap!!

donutcokelat said...

kau mula poyo. cis~ bukan ke aku selalu tinggalkan ayat. "bile kau nak hapdate". mmg ade yg kene kame hame haaa ni kang.

btw, jgn berlagak dengan ayam masak kicap yang hanya ditambah cendawan itu.

gile nada percakapan aku penuh rasa tak puas ati dol~

hanafijaafar said...

aimi: haha, misi aku berjaya.

aqilah: mekasih menunggu, dah abes exam ni aku rajin2kn diri menulis.

dolat: itu bukan ayam wahai dolat, itu daging. bukan senang nak potong daging yg masih panas setelah direbus 90 minit.

syukruzlan said...

pergh..memang merembes saliva aku...hantar mai kat sini...hahahaa

donutcokelat said...

aku sorang je ke yang tak kagum di sini?

hanafijaafar said...

syuk: hehe, tak sampai la klu aku pos, posmen mkn dulu.

atiqah: haah, ko sorg je tak kagum. ko ada masalah pape ke, meh sini aku tlg dgrkn.

NI said...

tak kagum jugak.

miss capricorn said...

tqah...aku tak kagum kalau hanafi jaafar ni berjantinakan perempuan.hahaha

Post a Comment