! ! BajuLusuhSeluarTampal: kau pergi meninggalkan diriku, yeay!

Pages

Monday, February 22, 2010

kau pergi meninggalkan diriku, yeay!

aku sangat mengantuk, dalam mengantuk ini aku masih cuba untuk menerima hakikat bahawa perkataan "mengantuk" berasal dari perkataan "kantuk". susah untuk terima berita ini, perkataan "kantuk" tidak lazat bunyinya. bunyi kurang lebih seperti "katok",,,, oh, adakah kalian tahu apa itu "katok"...? (jawapan adalah secara layan diri, cari sendiri)


gambar di bawah ini? ..... sengaja diletakkan kerana gambar ini terlalu cantik.
kenapa cantik? ..... sebab aku kata begitu.
tak rasa begitu? ..... ini seni, kau budak-budak tak faham.
kalian bukan budak-budak? ..... oh, patutlah kalian dah tergolong dalam golongan wajib berkahwin.




gambar seterusnya mengandungi lembaga hitam yang pelik. ya, yang pelik itu penulis. aku bukan bergambar bersuka beria-ia. aku mahu tunjuk kepada mereka yang mahu pakai pakaian musim salju, tidak perlu tebal-tebal. ketebalan bukan erti anda kebal dari kesejukan, cuma kalau bermuka tebal, ya, itu memang sesuai untuk melawan kesejukan. tidak tipu.
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
gambarajah ini pula bukti betapa nipisnya pakaian musim salju. gambar ini diinspirasikan dari iklan yang sangat popular di zaman silam. "lihat pinggangku, ramping kaaaaann~"

cuba kalian ulang ayat iklan itu seratus kali dalam sehari di depan rakan-rakan anda. namun kalau kalian ditumbuk di muka sehingga mewujudkan lubang hidung ketiga, saya mengaku tidak bertanggungjawap.





kalian ingat mudah untuk hidup di musim salju, semua ini hanya indah rupa dari rasa. bayangkan anda hilang tenaga dan tersadai dalam lambakan salji seperti diagram di atas, sakit tahu! kulit akan merasa seksa, pedih dan tidak akan hilang sakit begitu saja. sekali lagi benar, lembaga hitam dalam warna putih itu adalah penulis. kalau dari jauh kelihatan seperi tahi kuda jatuh tidak berdisiplin.


ini foto terpaling amat ironi untuk musim salju. hebat juga kotak besar warna merah ini. ada musim panas di dalamnya.

anda nampak logo apa itu, kalau di Malaysia itu logo ais krim Walls, orang tempatan di sini kenal itu sebagai Langnese, orang di negara Hungary kenal sebagai Algida.

"sape tau lagi nama-nama lain untuk Walls cepat2 bgtau aku!"


masa aku ambil foto ini, aku sedang terpaksa menunggu bas dalam ribut salji selama 40 minit. dan di situ hanyalah hentian kecil, pondok menunggu pun tidak wujud, cuma ada tiang terpacak yang kacak lebih kurang begini....


tapi ini bukan yang sebenar, foto ini aku cuma cari di google.

kepada yang belajar bahasa jerman, nama Haltestelle ini menarik bukan?






mari kembali kepada tajuk, tajuk itu mensimbolkan rasa sukacita aku dengan pemergian musim salju, itu saja.

7 komen komen oltromen:

aqilahamira said...

post nie kelakar nie..gelak sorg2 aku..owh nama haltestellet mmg agak unik..kat mana tu??

hanafijaafar said...

haha, aqilah...ko dah buat aku buat research. haltestelle tu kat solingen, dkt2 dgn Koeln dan Duesseldorf.

90% pisau kat negara ni dtg dari bandar ru.

izzahzu said...

agak kelakar. dan nama haltestelle tu sgt best!

hanafijaafar said...

jika anda hilang harapan, silalah tunggu bas di situ. muahahahahha

sitihawa said...

hahaha..*guling2*
menarik gambar2.. y melepet kat salji tu plg bes kot.
y pinggang ramping tu..meh lawan dgn ayg,sape lagi ramping...~ huhuuuu~ seksi gitu...[ni seksa bkn seksi..hadoi...]

sue said...

kalu x silap kat ireland walls tu HB rasanya lah..

donutcokelat said...

kau perli an? dush2, kau sengaja berlagak ada tv besar kan? dush3.

aku tau nama lain wall's. kat sini dipanggil dinding. haha. xcaya google ah~

Post a Comment