! ! BajuLusuhSeluarTampal: tandas ini bersih gila, tapi sangat mennyedihkan.

Pages

Monday, August 30, 2010

tandas ini bersih gila, tapi sangat mennyedihkan.

bulan puasa ni ramai plak mengadu sakit perut atas dasar yang misteri. dan sakit perut pun ada macam-macam jenis, sama banyak macam jenis kuih yang boleh korang cari kat bazar ramadan berhampiran. namun di sebalik kepelbagain jenis sakit perut, terselindung dua penyelesaiaan sahaja kan...

1. takyah buat apa-apa, duduk diam-diam lepas tu bergolek-golek sambil mengerang kesakitan.

2. pergi masuk toilet, lantas berusahalah dengan jayanya.

tapi berapa dalamkah korang menghargai toilet. betapa toilet itu bukan saja keperluan tapi satu bahagian penting dalam hidup masing-masing. setiap kali aku sakit perut, aku akan sempat untuk ingat toilet kat bawah ni. sebab sekali aku dah tgk, aku tak boleh nak lupa...

gambar ihsan wan norsoibah wan mustapa, kem Ausschwitz 1, Poland.
ini toilet kat satu kem nazi zaman dahulu kala, kem ni tempat jadikan manusia biasa kepada buruh paksa dan bunuh orang sesuka hati. jadi toilet pun buat macam baik takyah ada. tapi untuk tahan yang hidup diseksa lagi teruk dari haiwan kat sarkas, dapat guna toilet ni pun dah boleh gembira sampai keluar air mata.

jangan gunakan tandas untuk tempat ponteng puasa...

0 komen komen oltromen:

Post a Comment