! ! BajuLusuhSeluarTampal: korang tau tak warna turquoise tu camne....?

Pages

Wednesday, September 1, 2010

korang tau tak warna turquoise tu camne....?

haa... meh sini ramai-ramai, aku rase ini kisah hikayat diskriminasi jantina.

dari pagi tadi, aku dgn lelaki misteri X keluar mencari benda-benda yang lelaki misteri X perlukan untuk majlis perkahwinan dia nanti. aku sebagai lelaki tak misteri langsung lelaki-dah-bosan-duduk-rumah ikut saje sebab memang takde apa sangat nak buat kat umah.

lelaki misteri X memerlukan 2 benda je:

>satu set langsir berwarna turquoise

>bunga manggar

ni contoh warna turquoise biru dgn turquoise hijau bagi yang tidak mengerti...
tidak wahai puan-puan, aku tak jual kain kat blog ni..


sampai je kat nilai 3, kedai langsir berbelas-belas kami masuk, kedai barang perkahwinan ada la dalam 6 kedai. setiap kali masuk mana-mana kedai, takkan ada pekerja kedai nak layan kami. diaorg cuma akan tengok kami dengan ada simbol tanda soal besar gedabak atas kepala diaorg. pastu dari mata diaorg yang bersinar-sinar tu macam nak menyampaikan salah satu dari mesej di bawah:

"lelaki dua orang ni nak merancang kawen sejenis ke?"

atau

"lu mau cari mama lu ka?"

waduh! usah begitu dong...

ini bukan negeri kaliforniya yang menghalalkan kawen sejenis. lagipun tak boleh ke lelaki nak beli barang perkahwinan, takkan nak letak sume keje rancang perkahwinan kat perempuan, banyak kot benda nak kena buat...

apa ko ingat kami ilang mak tengah shopping ke? ingat kami tak mampu nak beli talipon bimbit untuk call mak masing-masing ke....

merajuk dengan perangai orang nilai 3 yang mendiskriminasikan kami sebab kami lelaki. hasil mesyuarat tergempar kami memutuskan untuk balik ke kedai yang paling kurang mendiskriminasikan kami, pemenangnya adalah kedai nombor dua.... huhu, sebenarnya sebab kedai tu paling murah dan ada kain warna turquoise..

tajuk diskusi untuk beberapa jam lepas kejadian tu sungguh sarat dgn rasa tidak puas hati akibat kena diskriminasi kat nilai 3......

jemputlah mengomen ultramen :

3 komen komen oltromen:

PinTu_Gua said...

nape aku rasa cam ko je memegang watak lelaki misteri itu? =D

OOO... tema turquoise ka? Cantik2

hanafijaafar said...

huhu, aku bkn lelaki misteri X tu, beliau yang nak kawen dalam masa sebulan. aku yang mahu kawen dalam 20 kali anak bulan pun blum bleh berani berangan lebih2....

Dalina said...

haha klakanya cite ni
sori tiba2 terbaca blog ni sbb tgh cr kaler trqoise (kaler tema kawen sy)

Post a Comment