! ! BajuLusuhSeluarTampal: jangan hina aku cuma sebab aku pelajar luar negara.

Pages

Thursday, September 2, 2010

jangan hina aku cuma sebab aku pelajar luar negara.

ini la cerita-cerita yang buat aku sedih bila pikir balik nasib aku jadi pelajar luar negara. macam-macam benda tak baik dilemparkan masyarakat malaysia sendiri kat pelajar malaysia yang pergi belajar jauh-jauh kat negara orang. dah lama dah aku pikir pasal benda-benda ni, makin pikir makin rase kesian kat golongan kitorg ni....

pergi belajar luar negara, nanti murtad la, tak ingat agama la, dan apa-apa yang lebih kurang dengan tu la....

kami bukan la semua baik, yang baik pun bukan 100% suci dari buat salah ke ape... memang ada dari kitorg ni buat benda salah. tapi aku rase isu ni melampau-lampau pulak orang kecoh suatu ketika dahulu sampai masyarakat pikir semua pelajar malaysia kat luar negara macam tu.

tak macam tu abang-abang, kakak-kakak.

sebab kenyataannye lebih pahit nak telan bila kat negara sendiri, masalah sosial lagi bersepah-sepah kat negara sendiri, takyah cite kat sini pun boleh nampak depan mata kan.... bukan je dari golongan tak belajar, pelajar IPT pun sama je buat masalah. kalau nak dikira ikut peratusan, banyak lagi masalah sosial kat negara sendiri bila dibanding dengan pelajar malaysia kat negara lain.

benda ni la aku paling sedih sebab aku pnah tgk ibu bapa tak bagi anak dia pegi luar negara walaupun dah dapat tawaran untuk wat medic kat sebuah negara eropah. sangat menyayat hati...........~

pelajar kita kat luar negara tak reti balas budi negara, lepas belajar pergi kerja kat negara lain...

betul, memang ada yang buat macam tu, tapi jumlah tu terlalu sedikit. sepanjang masa belajar kat negara orang, dalam hati ada taman matlamat, nak balik malaysia. seronok macam mana pun jalan-jalan negara orang, dalam hati nak balik malaysia jugak.

lagi sedih bila dah balik malaysia, boleh pulak orang dari kerajaan sendiri cakap "awak yang belajar kursus pelik-pelik kat luar negara tu, memang la susah dapat kerja". apa ni... tak baik la macam tu puan.. yang hantar saya pergi luar negara tu kerajaan persekutuan malaysia jugak, kalau bukan kerajaan yang patut back up saya, sape lagi..

nak lagi sedih, ni ada lagi.....

pelajar kita kat luar negara, bila balik je malaysia, sangat senang dapat kerja...

bila dah abes belajar, mula la nak apply kerja kat malaysia... interview telefon yang paling menarik adalah seperti berikut:

syarikat misterius X : "anda lulusan kursus apa?"

lelaki macho mencari kerja : "kejuruteraan mekanikal"

syarikat misterius X : "anda belajar di mana?"

lelaki macho mencari kerja : "jermeni"

syarikat misterius X : "maaf, kami hanya utamakan graduan tempatan sebab graduan tempatan susah nak dapat kerja"

lelaki terus hilang macho : "apakah semua ini?"

kami macam orang lain jugak, nak cari kerja kena ada result bagus, pengalaman kerja bagus... bukan sebab belajar kat luar negara je melayakkan kami senang-senang dapat kerja. rezeki orang lain-lain tau...

kalau perangai syarikat malaysia macam ni, makin susah la idup kami nanti.....

cukup la tu dengan macam-macam pandangan salah masyarakat, bukan la kitorg nak masyarakat tau camne hidup kitorg dalam-dalam, tapi harap paham la apa yang sebenarnya...silalah komen..

9 komen komen oltromen:

dolat said...

i pon takut jugak. nanti dia tanya lulusan mana? malu nak cakap. hahaha. takut dia ingat salah apply kerja pulak. "dik, sini kerja jadi dokter gigi bukan bibik" T__T

hanafijaafar said...

hehe.. dolat, kamu layak tak nak apply keje bibik?

dolat said...

tak layak. sebab haritu buat puding jagung tak jadi. sangat hodoh dan rasa tepung. malu saja aku

cik ungu said...

student oversea senang jadik murtad? sungguh x relevan! yg aku tengok, student2 oversea la yang banyak & senang terpengaruh dengan usrah,halaqah,tadarus,qiyam,etc betul x? Sebab kat bila jauh, azam untuk kuatkan pegangan agama tu lagi tinggi. Nak banding dengan student Malaysia ni, semua biasa je. Duk takuk tu juga. Nak murtad tak perlu kot pegi jauh2, kat KL pun boleh. buat bazir tiket flight je. Lainla boleh pergi berenang.

sfatimahzj said...

sabar je lah ea..tapi teringin nya ke luar ngara

Wan Collection's said...

kahkah. kesian mmg kesian. tp cara penulisan encik hanafi buat saya terkekek disini tergelak2.

Ala sepupu saya tu antara yg duduk Ireland kerja di Ireland, last2 kwin dgn org Malaysia, blk duduk Malaysia makan nasik cicah budu!

Pokok pangkalnya! HATI!!

wpun dalam hati ada taman eh matlamat! kahkah!

Fida said...

std lua ngra pun susah dpt keje ye?baru taw..
tibe2 angan-angan nak std lua ngra dipertimbangkan..hehe *mcm layak je

makno said...

salam bro2, aku ade kwn yg belajar kat luar tanah air cam ko,
mamat tu amik master kat jepun (jurusan hikmat ape ntah ye amik, aku luper), pastu ye blk cni then kje kat compny kitorng (sebuah compny kecik in oil n gas), wlu pon x kne betul2 ngn ape ye blajar..
(then kitorang pikir mamat ni cam belagak ajer) sbb ade yg camtu kn...
tp bile dah knl ok lah, skrg dia hepi, bile ditanya 'mung nk tubik kje luar dak?" ye jwb "biar r, aku suke duk cni" (sbb aku org tganu jd aku pon tulis bahase tganu r sbb mase aku ckp ngn ye tu pon aku ckp tganu)
sekarang ye dah kje kat compny beso lam industri ni.
*moral-yg jd mahal murah market kite bkn ape pon, profil yg jd ukuran bro2

Unknown said...

dah stdy baek2 pon susaaa .

Post a Comment