! ! BajuLusuhSeluarTampal: Koenigsstrasse boleh memakan masa sehari dari hidup anda.

Pages

Thursday, August 12, 2010

Koenigsstrasse boleh memakan masa sehari dari hidup anda.

minggu lepas aku pegi ke koenigsstrasse, stuttgart dengan rakan-rakan sejawat, hehe, bajet dah keje.... aku cuma nak cari keychain je sebab adik aku pesan. baik gile adik aku pesan benda murah je, selamat kewangan aku... namun begitu, ada satu kedai barang-barang bertaraf cool yang memang bes.. aku jumpa benda ni kat kedai tu.

ekspresi muka dari model profesional


mula-mula aku ingat bekas kuning tu cuma hiasan, rupa-rupanya memang betul ada rempah kat dalam. terima kasih kepada pemasak-pemasak kari kelapa pulau pinang (ada ke ni ?!) kerana mempopularkan rempah ni, boleh la aku bangga jap.

kepada sesiapa yang berminat kenal dgn kawan aku yang jadi model rempah kari kelapa pulang pinang tu: nama dia flip, asal dari kajang, sudah tidak single.

0 komen komen oltromen:

Post a Comment