! ! BajuLusuhSeluarTampal: 20 tahun lebih ditunggu, ni kesannya?!

Pages

Friday, August 20, 2010

20 tahun lebih ditunggu, ni kesannya?!

siapa-siapa yang pernah belajar sejarah sampai tingkatan lima mesti tau apa tu dasar pandang ke timur. benda ni dah lama, dah lebih 20 tahun aku rasa. dari dasar yang diasakan oleh dr. mahathir ni, maka terpandanglah kita ke timur. macam-macam usaha kerajaan buat nak buat kita tak pandang sangat barat dan beralih pandang ke timur.

TAPI, bukan aku nak cerita balik pasal benda dalam buku sejarah ni, aku cuma berminat dengan kesan dari dasar ni, atau lagi tepat, kesan sampingan....

aku rasa kesan sampingan ni lagi banyak bagi perubahan terhadap negara, tak caye, sila fikir semula...
kesan sampingan yang aku maksudkan adalah pengaruh hiburan dari negara seperti korea dan jepun. semua ni bermula dengan drama jepun yang sangat membosankan kalau ditengok balik hari ini. contohnya drama oshin yang pernah ditayang balik kat tv9, cite ni asalnye dari zaman 80-an.

hari ni drama korea dah menguasai pasaran malaysia, bukan saja dengan drama, tapi dengan lagu pun korea nak sapu jugak. aku bukan peminat drama atau lagu dari korea atau jepun, aku cuma memerhati la. dan zaman sekarang ni drama dan musik dari korea ada peminat yang ramai kat malaysia terutamanya peminat perempuan.


SNSD

TVXQ

dan Wonder Girls. dalam byk2 MTV world stage, diaorg ni tak pnah masuk, tapi ble MTV world stage sampai malaysia, tiba2 plak ada.
aku, aku tak minat dengan scene hiburan ini. sebab bagi aku, pelik untuk dengar lagu dalam bahasa yang aku tak faham. subtitle tak kira la, tu bukan faham, tu baca...

maka inilah kesan paling besar dari dasar pandang ke timur, takde kesan lain yang lagi jelas dari ni... segala komen anda dialu-alukan..


9 komen komen oltromen:

adibah saffie said...

aku hanya minat suJu dengan shinee sahaja (^_^)...memang lagu mereka tidak berapa faham @_@, tetapi hanya music nya yang kadang kala sedap didengar~

(eg..sorry sorry by suju)

haha..xminat pon dbsk oppa dengan snsd unni..;P

Hanis Haziqah said...

eyt, just nk ckp dbsk and tvxq adalah group yg sama.. btw, bile pergi mall (tiap2 kali) bukan exaggeration nih, mesti dgr lagu wondergirls yg i want nobody nobody tu

hamzah ian said...

fuhyooo.. cun2..

Anonymous said...

ko suke dgr muzik x? aku sgt suke dgr muzik. dgr muzik je boleh lahirkan perasaan senang hati, sedih.. mcm tu laa ble aku dgr lagu2 korea..x perlu tau mksud pun xpe..muzik die dh cukup bagi kesan kat aku..

hanafijaafar said...

kepada korang2 sume, aku ske dgr muzik, btul muzik je cukup tak perlukan suara manusia pun dah sedap kan. sebab tu ble aku rase mcm tu, aku dgr muzik sahaja yg mmg takde suara manusia. tu dah masuk genre lain mcm dance music dan anak pinaknya, experimental music,Electronica, Trip-hop, Downtempo, dan lounge.

Anonymous said...

aku tak perlu tau tentang jenis muzik tu ape yg penting sedap. aku anggap suara manusia tu sebagai hasil bunyi dari alat muzik vocal chord. macam ade org combine piano+violin, kalo muzik yg ni contohnye combine piano+vocal chord. asalkan indah, x perlu faham pun xpe :-)

miss lolly a.k.a luvfareda said...

tau dasar pandang ke timur mase fOrm 6, Dalam P.A :)

dolat said...

asal tak de orang minat aku ni? (eh, aku bukan orang korea) hahaha

hanafijaafar said...

huhu, ok hakimah, aku terima penerangan ko..

fuyoh, miss lolly sampai sini!!

haha atiqah, kamu ada krisis identiti ya...?

Post a Comment