! ! BajuLusuhSeluarTampal: markus takkan baca ini.

Pages

Tuesday, May 4, 2010

markus takkan baca ini.

ini markus.
nama penuh Markus Rosenstock.
dia kawan aku.
kami sebaya.
sejak aku masuk semester pertama dialah kawan aku.
tapi sekarang dia pergi tak mahu belajar lagi.
mungkin dia ada sebab-sebab dia sendiri.
dia mahu pergi masuk askar.
mungkin sebab askar ada senapang hebat-hebat.
oh, bukan.
dia mahu jadi pilot.
iya, pilot kapal, kapal yang boleh terbang.
dia kata gaji banyak.
aku percaya saja.
tapi aku sedih sebab dia dah tak ada di sini.
mungkin bandar aalen ini tidak bak merpati dua sejoli dengan dia.
mungkin bandar aalen ini hanya cebisan sedih dalam hidup dia.
aku harap aku bukan cebisan sedih itu.
aku sedih kau pergi tapi tak apa, aku buat muka macam tak kisah.
sekarang aku perlu cari kawan rapat yang baru.
atau lagi mudah, rapatkan saja kawan-kawan yang dah ada.

semoga kotoran hijau akibat aku terconteng dengan pen di bahagian dalam jaket putih kau itu takkan hilang. semoga ada sesuatu dari aku yang kekal dengan kau, haha.

4 komen komen oltromen:

donutcokelat said...

touching gile. da la aku baru bangun. hensem dol die. ade no tepon. die reti cakap melayu?

hanafijaafar said...

haha, dia dh la kembali single. dia tak reti cakap melayu. nk ke no. tepon dia?

donutcokelat said...

tak nak ah. bila aku tgk 4 5 kali dah xhensom. macam boncet je. tak jambu pon. cancel ah no tepon. dah ar xreti cakap melayu. apatah lagi nak ajak makan belacan. hish.

Frodo Baggins said...

ralat dol bila kwn yg kita rapat
lagi2 masa study g tmpat lain
mmg rasa kehilangan sioot!

Post a Comment