! ! BajuLusuhSeluarTampal: head-on collision

Pages

Saturday, February 19, 2011

head-on collision


lepas makan kfc untuk makan malam, malam tu jugak kami laki bini bertolak Alleppey, Kerala. nak merasa duduk rumah boat atau dalam bahasa tempatannya, boathouse.

rasa macam nak mati jugak la perjalanan naik teksi nak sampai sana, esok pagi baru sampai weyh...gile lama.. itu pun jalan tak byk kereta sebab tgh2 malam. belum kira dengan jalan yang tak pernah rata. melambung-lambung kami laki bini kat dalam teksi.

sebab jalan tak rata, kami laki bini amek shift tido gilir-gilir. skejap aku tido kat peha bini aku, lepas sejam mcm tu, tuka plak...

contoh boathouse, gambar dari OLX india
bila dah sampai kat atas boathouse tu, memang lega la. naik teksi tu boleh bagi sakit jiwa dan raga, dan yang paling komfem, sakit bontot aku terhentak-hentak dengan seat yang tak berapa nak lembut...

duk atas bot ni memang layan ah, siap ada tukang masak. boathouse kami ada tempat duduk kat atas, untuk sesi bermalas-malasan di waktu petang sambil minum teh dan kacau burung yang bertenggek kat kabel letrik.

boathouse bergerak plahan je, tu yang bes. bleh rasa angin dari tasik Vembanadu.

lebih kurang 24 jam duduk atas bot, maka kena la balik umah. perjalanan balik naik teksi sama, aku rasa lagi hardcore driver tu bawak. boleh kata setiap minit ada je peraturan trafik dia langgar, setiap minit ada je peluang untuk tgk nyawa kami sendiri melayang. tapi tu la standard bawak kereta kat india ni...

kadang-kadang aku rasa macam hiburan plak tengok dia bawak macam dalam filem, cuma nyawa kami sendiri je la jadi taruhan. cuak weyh, dah nak head-on collision dengan lori besar, driver buat muka biasa je. 

perjalanan balik aku kurang tido sebab bini aku nak tido kat aku lama-lama...hahaha..

5 komen komen oltromen:

cik hajar said...

romantiknye! jeles. haihh

dolat said...

ko xnak beli sebijik ke? letak kat tasik putrajaya.aku ingat nak kirim la. sini banyak kolam ikan terbiar. sayang kalo xdiusahakan

Alexandriana Alia said...

woweee. itu dia entry seorang suami. kehkeh

Mia Liana said...

mia belum pernah naik bot...

kotak said...

boleh tak kalau nk patah balik masa...berada diatas bot itu....

Post a Comment