! ! BajuLusuhSeluarTampal: tips berhenti ketagihan online-shopping, cara aku.

Pages

Wednesday, October 6, 2010

tips berhenti ketagihan online-shopping, cara aku.

eBay, amazon, lelong.com.my, mudah.my, facebook, blogshop

korang ada masalah terlebih online-shopping ? jangan risau, korang tak berseorangan, sebab aku pun sama. jadi dari pengalaman aku, aku nak ajar korang tips mengelakkan online-shopping....

kunyah sesuatu

bila korang dah sampai kat satu page online-shopping ni, masa tu la mata dah rambang, rasa nak semua je...kalau tak boleh nak dapat semua, rase nak 5 benda yang paling mahal kat situ, muahahahaha... kalau tak boleh jugak, nak 5 benda paling berkilat kat laman sesawang online-shopping tu..

masa ni la patut cari sesuatu untuk dikunyah supaya rasa membuak-buak nak berjoli tu ilang, dan benda paling sesuai untuk korang kunyah adalah duit kertas.... pernah korang terpikir kenapa duit kertas RM100 warna purple biru-biru tak? sebab duit rm100 tu berperisa blueberry, sama macam blueberry cheesecake kat secret recipe tu. kunyah lumat-lumat, biar lidah korang dapat rasa semua perisa dalam duit tu.

bila dah abes kunyah, baru korang tau betapa berharganya sekeping duit tu sebab sekeping duit kertas tu sangat sedap. lagipun bila dah lumat duit tu kena kunyah, korang dah takde duit untuk online-shopping lagi, hahahahahahaha...



perhatian : teknik ini tak berkesan terhadap duit syiling, risiko sila tanggung sendiri.

tarik nafas

bila korang tengah rambang mata tengah benda-benda yang ada kat laman sesawang online-shopping tu, cuba tarik nafas dalam-dalam. lagi berkesan kalau korang tarik nafas, pastu lepas nafas sambil geleng-geleng kepala. ulang pergerakan tarik nafas, hembus nafas sambil geleng-geleng ni sampai 20 kali... 

insyaAllah lepas 20 kali ni, korang akan pening pastu ilang ingatan sekejap. masa ni dah tak ingat yang korang tengah nak online-shopping, lagi bernasib baik kalau korang pitam terus. memang terbatal la niat nak online-shopping.

banyakkan minum air

setiap kali dalam hati korang terdetik niat nak online-shopping, cepat-cepat minum air banyak-banyak. banyak tu dalam lebih kurang 1 liter. cuba la minum air apa-apa pun, tapi tak berapa berkesan kalau dengan air hujan. teknik ni sangat berkesan sebab bila korang nak mengadap komputer untuk online-shopping, korang akan rase nak kencing dengan sangat deras.

secara otomatik, niat nak online-shopping terus hilang sebab asek nak masuk toilet je.

perhatian : tidak berkesan kalau korang bawak komputer, iphone, blackberi, henpon masuk toilet dan terus online-shopping sambil kencing secara deras.

lengah-lengahkan

asal terniat je nak online-shopping, terus cari benda lain nak buat. aku cadangkan korang pegi jahit baju raya untuk tahun depan ke, tanam pokok meranti belakang rumah ke, cari gaduh dengan kucing jiran ke, gali kolam ikan ke... asalkan perbuatan korang ni takde kaitan dengan internet. kalau ada internet, memang pegi online-shopping jugak la....

ingat korang akan sakit, dan kemudian mati kerana benda ni

kita semua akan mati, tapi segan la kalau mati sebab online-shopping kan... ingat, online-shopping boleh membunuh, korang tau tak macam mana? kalau tak tau, boleh pergi berfikir sekarang... huhuhu..



tips mengelakkan online-shopping ni tak pernah ditulis oleh kementerian kesihatan malaysia, tapi aku berterimakasih kepada kementerian sebab kalau bukan diaorg kat kementerian tu, aku takkan berjaya tulis artikel ni. LOL

lupa plak nak bagitau,
RM5 berperisa pegaga
RM10 berperisa tembikai
RM 50 berperisa kari hijau made in siam

14 komen komen oltromen:

ummu durrah said...

assalamu'alaikum..

Nape ngan ayat ko ni hanafi? Stress sgt ke study kat jermen?

Mana datang idea ni? Memang tak bleh blah la weh! Hahahahaha.. aku gelak guling2 sambil kunyah duit perisa strawberi.. :))

hahahaha.. :))

Aku terhibur!! Terima kasih weh.. Idea ko memang superb :))

Mati sebab gelak kira ok la.. dari mati sebab online-shopping.. :))

hanafijaafar said...

salam kembali ke atas ko,

huhu, idea ni ttbe datang masa aku nak masuk tandas pagi tadi, kuar tandas je trus cepat2 tulis.

tapi betul la tau aku cakap tu, kredit kepada kementerian kesihatan.

Myra Arshad said...

hahaha.

bole amal ni petua ni :DD

Unknown said...

aku lak blogging banyak membantu elakkan shopping online.. menarikkan.. being online without spending ehhe
Kuman "tudung.." Entry

hanafijaafar said...

myra : huhu, silakan, jgn malu2...

kuman : i wish i could do that, susah dowh nak online without being tempted..

Unknown said...

keh keh keh.. thanks sbb buat sy tersenyum.. :)

n@jwamz said...

hahaha klako:)
nk try laa..nk tgk menjadi ke tak...kekekeke
mmmg duit biasiswa byk di'abes'kan bli tudung kat online shoppe...huhuu:(

Anonymous said...

salam ...
uhh macam kronik la plak .... hmmm ... cara paling senang - potong talian atau akses ke internet .. tak pun campak pc dalam kolam memana... hehehehe

Kak Mahh said...

Terima kasih kerana berkunjung di blog akak....teruskan penulisan anda di blog ini akak suka baca.

munna said...

kak munna dah dpt dah tips kat sini... selalu tgn gatal je nak order baju baby kat online shop

Shiqa Nawar said...

hehehe comel sgt ayat #ingat korang akan sakit, dan kemudian mati kerana benda ni#.

Cik Tim said...

haha..mampuih la semata nak buang tabiat e-shop.. haha.. maunye telan syiling2 tuh..smp perut pn berat.. haha

mamawana said...

Salam...

Jarang sgt2 guna online shopping. Lebih suka jln2 shopping, makan2, sambil shopping bley hirup udara segar kat luar umah, shopping jumpa kawan2, nyakat kawan2..heeee. Kalu jumpa barang baru yg diminati kena belek2, pegang2, cium bau wangi ker tak, ramas2 lembuat ker tak material dia..heeeee tapi kalu gi Low Yatt., KL..mati kutu, teruja dgn ribuan manusia di pasar gadget...terus belek dari pagi sampai mlm...Belum tentu gak beli....huhuhu...Jgn marah. Salam dari mamawana

Notami said...

salam..haha..klakar pulak aku baca n3 ni..
especially yg soh bnyk minum air tu..
x pyh susah nak minum air bnyk..kalo ada kolam, trjun jer dlm kolam..sedut air bnyk2..confirm x naik dah lps tu..haha.. :p

Post a Comment