! ! BajuLusuhSeluarTampal: puasa bulan ogos

Pages

Sunday, July 31, 2011

puasa bulan ogos


isnin puasa kan? aku harap betul la isnin mula puasa, dan aku harap aku larat. aku tak pernah lagi puasa kat negara orang. tiap-tiap kali nak puasa je, aku dah sampai kat malaysia, atau lebih tepat : aku dah sampai kat bazar ramadan.

bulan ramadan tahun ni jatuh dalam musim panas. hari pertama ramadan kena puasa 18 jam, aku tanya mak aku, dia kata takde la susah sangat pun, dia pernah jugak dulu-dulu puasa dalam musim panas. aku harap betul la mak aku cakap tu, dan lagi penting aku tak kurangkan prestasi aku kat tempat kerja. nanti banyak mulut pulak orang jermen ni....

eh, aku tak beli lagi kurma rupanya. tak bes kalau tak ada kurma, kurang feeling bulan puasa, kurma kat sunnah nabi. masa aku darjah dua dulu, aku pernah jual kurma kat bazar ramadan. eh, tiba-tiba pulak cerita lain.

aannddd.... what's up with those ramadan buffets? dari kecik aku diajar, hilang berkat berpuasa kalau berbuka makan sampai mewah-mewah. seolah-olah berpuasa tu tujuannya untuk tunggu waktu makan besar, setiap hari.
somalia sekarang tengah dalam kemarau, tak ada pun buffet mewah menunggu mereka bila masuk waktu berbuka.....

credit to jucoolimages.com

4 komen komen oltromen:

yusuflaili(Goku) said...

salam Ramadhan;
sama jer..rasa berpuasa tak kira dimana..cuma suasana,godaan dan perasaan jer yang berbeza.

Gauss-Seidal said...

hari pertama puasa 18 jam?mencabar..
Puasa musim panas, ala-ala zaman Nabi kita dulu..

Ibu Ammar said...

haha, akhirnya merasa jugak kau berpuasa di negara orang. banyakkan bersabar ye dengan ketiadaan bazaar ramadhan di sana. :p

sue said...

hahaha.. sue pun x beli lagi kurma.. esok baru nak g dapatkan kurma.. malangnya xde kurma Yusof Taiyoob.. haha

Post a Comment