! ! BajuLusuhSeluarTampal: eksperimen dalam hubungan

Pages

Monday, July 18, 2011

eksperimen dalam hubungan

apakah perasaan bila ada orang cakap dekat kau "i'm just experimenting with you" atau "aku saje je nak test2 dengan kau"

adakah kau patut rasa diri sendiri macam tikus makmal yang dibuat mangsa eksperimen?

atau patut rasa berbangga sebab menyumbang kepada eksperimen seseorang?

bukan eksperimen ini yang aku maksudkan
credit to http://www.printactivities.com
dalam dunia ni ada orang yang jadi pengeksperimen, ada yang jadi bahan eksperimen. mungkin ada yang pernah rasa jadi dua-dua..

macam mana pulak kalau orang tu bereksperimen dengan satu hubungan. contohnya, Katherine Anne bercouple dengan Fadil, suatu hari ketika mereka makan-makan di gerai cendol depan pasar ikan kat seksyen 1, Fadil meluahkan perasaan yang terpendam "mamak, cendol pulut satu, kacang taruk lebeyy...!".

selesai membaham cendol pulut itu, Fadil mahu meluahkan perasaan yang terpendam yang kedua pulak "katherine anne carlson, dah dua tahun kita couple kan, i just nak cakap, i sebenarnye saje nak try couple dengan you, sebab i just nak tau rasa bercouple dengan watak drama nur kasih....you tak marah kan...?"

kalau korang jadi katherine anne carlson masa tu, apa yang korang buat?

tikam perut Fadil dengan parang ke? (ingat, tindakan ini merbahaya sebab nanti ada aaron aziz balas dendam)

atau simbah muka Fadil dengan cendol pulut? (sumpah cool tindakan ini, tak ada orang pernah buat)

atau korang ada idea sendiri....?

6 komen komen oltromen:

syafa said...

nk buat ap ea? lempang kut.. yg pasti semua perkara dalam kehidupan kita adalah timbal balik drp apa yg pernah kita lakukan :)

y i e n said...

sepak perot yg dah kekenyangan cendol tuh tanpe cket pon belas kasihan, ahaks!

cik ungu said...

aku akan senyum senget sambil angkat kening sebelah.


"ok". tu je aku jawab.


aku rs setakat ni, idea aku paling cool.
mekaseh.

Ibu Ammar said...

patut aku kena order mee goreng panas pastu lekapkan pinggan mee tu kat muka beliau!

cik hajar said...

jawab: 'i pun saja test couple dengan you.'

lepas tu habiskan cendol pulut mamat tu. kacang taruk lebey tu woi, mantap amat!

MISSNICK said...

owhhh klu aku la kan...ambik mangkuk cendol tu terlangkupkan atas kepala laki tu hahaha jd la topi mangkuk...

Post a Comment