! ! BajuLusuhSeluarTampal: mesir, cepat la selesai.

Pages

Friday, February 11, 2011

mesir, cepat la selesai.

pertama, aku kesian kat sape-sape orang malaysia yg tak amek kesah pasal egypt, maaf kalau kasar, tapi kalau benda ni pun tak amek kesah, boleh kata orang tu dah tahap katak bawah 3 lapis tempurung. benda ni la yang kita patut amek berat, patut follow. mesir tu dah ditekan bukan setakat zaman hosni mubarak ye, sebelum tu lagi dah duduk dalam tekanan kerajaan zalim...

kedua, aku sedih jugak tak dapat follow betul-betul cerita gembira kejatuhan hosni mubarak, aku dapat tengok dari tepi kedai kopi starbak kat airport ni je, sebabkan aku menyampah dengan kedai kopi starbak, jadi aku tak masuk... starbak harga mengarut, satu dunia harga dia mengarut.

ketiga, aku harap mesir cepat dapat kerajaan baru, bukan duk bawah tentera lama-lama. masalah asal bukanlah hosni mubarak, tapi pemerintahan kerajaan secara zalim. kalau setakar duk bawah tentera, tak ke mana jugak.

terima kasih sebab baca post ni, aku tak pasti berapa ramai yang suka baca benda ilmiah dari blog ni, walaupun sebenarnya banyak gila benda ilmiah aku nak bebel tiap-tiap hari.\

entri takde gambar sebab airport ni punya wifi lembap, tak larat aku nak upload...

wifi KLIA lagi cemerlang sampai boleh buat muka kagum...wuwuwuwuuwu... tapi wifi KLIA bukan bleh guna 2 jam je kan?

5 komen komen oltromen:

cik ungu said...

skrg mubarak da letak jawatan, jadi happy eid mubarak untuk kau.


btw aku konpius, kalau uni sana sume tutup ade yg sampai setahun, kan rugi tu.

rugi x kawin awal kan. ehem

cik hajar said...

saya ni pun kadang-kadang tak ambil berat pasal hal negara luar.
terima kasih pada rakan-rakan yang selalu bantu buka minda saya.

saya fikir, manusia tak cuba rasa berdiri di tempat rakyat Mesir membuatkan manusia tak ambil kisah.
(saya rasa saya tak berani nak keluar rumah kalau betullah berlaku tunjuk perasaan besar-besaran di Malaysia ni.)

kerajaan tentera diberi lebih kurang setahun untuk rangka perlembagaan baru yang lebih adil dan dengar suara rakyat untuk pilihanraya sementara nak tubuh kerajaan baru.
juga berfungsi stabilkan keadaan di Mesir.
berada di bawah kerajaan tentera tak bermaksud terus di bawah pemerintahan zalim.

saya cuma harap kerajaan baru lebih bersifat neutral US-Israel.
atau anti terus, macam Iran.

Gauss-Seidal said...

"aku tak pasti berapa ramai yang suka baca benda ilmiah dari blog ni"
aku suka!

miss lolly a.k.a luvfareda said...

harapan : mesir akn lebih bagus selepas ini =)

cute said...

eja suka baca ilmiah..hihi

sebenarnya kesian dgan penduduk arab kat sana..walaupun hosni tu dah letak jawatan..tapi belum pasti lagi sama ada pemerintahan selpas hosni ni lebih baik@ sekutu dia jugak

Post a Comment