! ! BajuLusuhSeluarTampal: jalan-jalan panjat bukit : castle neuschwanstein

Pages

Monday, April 25, 2011

jalan-jalan panjat bukit : castle neuschwanstein

sebab cuti aritu dari jumaat sampai isnin, dan aku rasa aku akan jadi loser kalau duduk rumah je. aku pun ikut la kawan-kawan aku ni berjalan pegi tengok-tengok castle. bosan gile pegi castle, ni dah castle ke berapa la aku pegi...

cerite sikit pasal neuschwanstein, castle ini duduk betul-betul kat selatan jermeni, kat pergunungan alps. baru berusia seratus tahun lebih. castle ni jugak yang jadi inspirasi disney untuk replika castle snow white kat disneyland. walaupun castle ni bersaiz besar la jugak, tapi sebenarnya cuma 1/3 je yang berjaya siap, tokeh castle ni mati muda la plak. kontraktor binaan pun laju je lesap lepas tu. tuan punya castle dapat duduk kat castle tu setengah tahun je sebelum mati.

mungkin ada yang kenal bila tengok gambar ni:

foto dari http://www.biltongmakers.com , bukan milik aku

pagi-pagi dengan semangat membara aku bangun awal, lagi awal dari hari aku bekerja... pasal nak kejar tren la ni....dah la kena naik tren pukul 630 pagi, sampai kat kaki bukit tu pukul 12 tgh hari... hahahahaha, 5 jam setengah perjalanan, itu baru sehala..

puas hati beb ! sebab ni :

mengikut syak wasangka aku,
ada sekolah menengah kebangsaan hogwarts kat hujung tasik tu.

yang single je masuk gambar,
yang dah kawen jadi tukang amek gambar

suka-suka hati je panjat tebing ni,
konon-konon nak amek gambar castle cun-cun la...

foto panjang, memang patut la ada orang buat castle kat tempat macam ni.

ni gambar yang paling berharga

dari banyak-banyak castle aku pernah tengok, memang ni yang paling cun...

*semua foto boleh membesar bila diklik
**semua foto hakmilik hanafijaafar, kecuali dinyatakan

2 komen komen oltromen:

Post a Comment