! ! BajuLusuhSeluarTampal: trend internet minggu ni, ini serius!!

Pages

Monday, January 31, 2011

trend internet minggu ni, ini serius!!

jom tgk facebook dan blog dalam masyarakat malaysia yang aman harmoni, sepakat, muhibah, dan apa jadah sebagainya...

minggu ni sibuk orang cakap asal torres, torres nak mintak transfer la, orang kutuk torres, torres tak kutuk korang pun, orang suka torres pindah la. penting betul ye torres kat diaorang ni...

tapi dalam kalangan student-student obersi, tak kesah la ada sponsor ke, bayar sendiri-sendiri ke... topik yang lagi hangat adalah pasal mesir dan keselamatan orang malaysia kat mesir, terutamanya student jugak la....

mana lagi penting, torres nak pindah ke orang malaysia dalam bahaya kat mesir? jangan jadi ignorant boleh tak, bukan aku tak follow pasal cite torres tu, aku siap gelak-gelak lagi kot bila torres yang hantar surat nak mintak pindah. tapi nyawa orang malaysia lagi layak untuk kita amek kesah, aku tak larat nak cite apa jadi kat mesir, sejarah panjang pendek apa jadi sume, tu sume boleh cari kat internet.

kamon la orang malaysia, kalau kita takde sedara-mara atau kawan-kawan yang tersangkut kat mesir tu skarang pun, diaorang tu tetap layak untuk kita risaukan. lepas ni ada plak yang kata, apa aku boleh buat kat sini, bukan aku ada kapal terbang pun nak amek orang-orang malaysia kat mesir tu. adeh...~

MESIR : negara no.1 dalam kategori pengajian luar negara oleh rakyat malaysia, takde negara lain yang mempunyai pelajar malaysia lagi ramai dari mesir.

masa ni la kita patut sokong tindakan kerajaan kita untuk keluarkan orang malaysia dari bumi mesir tu, dan terus dapat perhatian kerajaan untuk keluarkan semua orang kita, bukan sikit-sikit je. jangan lupa doa jugak. tak semestinya kita ni perlu jadi penyokong parti pemerintah malaysia untuk menyokong kerajaan malaysia, ada banyak beza kat situ.

ini serius, dari yang aku tahu, media kat malaysia tak menunjukkan keseriusan terhadap benda ni.


untuk update pasal mesir :

http://english.aljazeera.net/watch_now/
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/
http://www.ikhwanweb.com/breakingNews.php
http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir/185618624791964
http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html

8 komen komen oltromen:

cik ungu said...

tambah lagi :

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1398791229638&set=at.1398788149561.46659.1828013399.100000269126150.100000400898703&pid=732477&id=1828013399

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/2011/01/update-2158pm-3112011-isnin-gmt-8.html


Aku takde sedara kat mesir. tapi aku tumpang takut.

Unknown said...

selamat la mereka..
kawan2 sy ramai kat sane..

bantalbucuk said...

a'ah..betul tu..kita memang patut risaukan keadaan mereka..tak kan bila saudara kita or kawan kita yang terlibat kat sana baru nak rasa risau kan..huhu

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

salam ziarah dan salam kenal..first time bertandang ke sini dan folo blog ini

semoga tuan blog dan keluarga sihat walafiat dan dirahmati Allah SWT

Siti Noor Aminah said...

torres? serius aku tak tau pasal torres. kenal torres pun tak. haha.

hanafijaafar said...

@cik ungu

bagus la cik ungu ni, malaysia perlu lagi ramai orang macam ko. cepat klon diri ko sendiri.

@Sery Suryani

tu lah, semoga diaorg slamat, aku pun ramai jgk kawan kat sana.

@bantalbucuk

kalau betul kita ni satu malaysia, kita kena la risau walaupun takde sedara mara atau kawan kita kat sana.

@sahromnasrudin

waalaikumussalam, terima kasih byk2 datang blog yang tak seberapa ni..

@-GC-

ko tak kenal torres takpe, aku tak salahkan ko. klu nak kenal, bolehlah bertandang ke kedai2 mamak di malam minggu.

hentakbelipat said...

aku sekarang layan video2 utube pasal revolution dkt sana...naik bulu roma

Nini Hartini said...

terbaca 1 blog ni. sakit hati betul. boleh pulak dia ckp selamatkan org2 BN je sbb kt sana adalah kilang membuat bakal pemimpin2 PAS. Ade ke pulak.

Hal2 mcm ni mana boleh campur dgn politik...

Nice entry. keep it up!

Post a Comment