! ! BajuLusuhSeluarTampal: aku lelaki straight yang suka baju zara

Pages

Saturday, March 12, 2011

aku lelaki straight yang suka baju zara

aku ada lagi 3 jam je untuk tido, esok pagi sabtu aku dah kena kejar tren pegi Regensburg. bosan jugak duduk umah sorang-sorang, baik aku pegi jumpa kawan.

okeh, zara. kedai / brand zara. bukan zara anak makcik rahimah rumah tepi padang tu...

jalan-jalan kat blog para gadis masa kini, selalu je nampak dia orang bergambar dengan kedai ZARA. dah jadi macam satu brand yang boleh buat tunjuk menunjuk kan... mungkin sebab harga yang....urghh~ mahal...

tapi serius aku tak pernah masuk kedai zara kat malaysia, aku rasa kedai zara tu terlalu mendiskriminasi aku sebagai lelaki. rasa macam ada pak guard kat depan kedai tu, tak bagi aku masuk....

kang aku masuk kedai tu, ada plak staf kedai tu tanya " adik, adik ni cari mak ke? "

kedai zara kat malaysia memang seksis, perempuan saje, cis. tapi bila bukan dekat malaysia, kedai zara ada je bahagian / floor untuk lelaki sahaja. zara kadang-kadang murah, dan aku cuma beli bila ada sale. dasar kedekut taik idung masin. kali terakhir aku beli kat zara pun bila baju tu diskaun 60% .

LOL, ini dari winter jacket yang aku dapat free sebab senior tu nak balik malaysia.

dan bila takde sale aku cuma mahu masuk kedai, try blazer terbaru, dan blah. satu jenis aktiviti yang aku takkan buat kat mana-mana kedai lain. seriusli, aku bukan jenis begitu, aku lagi suka beli terus. tapi apakan daya, zara mahal nak mampos.

tapi, aku rasa kasut lelaki kat zara adalah sangat sampah. baik lagi beli kasut cap Bata.

lagi sekali tapi, sape cakap Bata adalah brand dari malaysia, meh sini aku sekeh kepala. pakai kasut skolah Bata dari kecik, tak tau jugak brand tu datang dari mana... 

5 komen komen oltromen:

kotak said...

ayg tak penah ade pon baju brand zara. kalau ade pon,bli kat F.O.S. tu pon satu je. nk bli mcm tak mmpu. kdai dia pon lalu je kat depan. nk masuk pon tak berani.

cik hajar said...

kasut die ade yg pig lining klu xsilap kan?

pompuan pon kna diskriminasi jugak la msuk zara m'sia.
klu pkai selekeh2,
bju kurung je ke..
(sbb slalu kuar shopping pas kuliah)
diorg ingt kte xde duit nk bli brg,
xde org nk dtg lyn pon.. -.-"

Violet Blue said...

dr dulu pakai kasut Bata smpai skrg, saya tetap x tau..
Bata dr mana? (serius x tau)

CahayaSyuhada said...

bata dari manakah ? =,=

Pokok said...

BATA bukan malaysia punya ke? serius gua pun tak tahu..

Post a Comment