! ! BajuLusuhSeluarTampal: kau yang berwajah indah....!

Pages

Sunday, August 29, 2010

kau yang berwajah indah....!

aku menulis blog, tapi mungkin tak layak utk dipanggil penulis blog sebab aku tulis pun kadang-kadang je. jadi aku boleh jadi pemerhati je la.

dalam blog-blog yang byk pembaca, aku tengok ada dua jenis je. dua jenis penulis yang sangat jelas ciri-ciri ni tak kesah lelaki ke perempuan.

penulis yang memang ada kualiti

penulis mcm ni la bagus, rajin cari idea menarik. bukan setakat tulis benda bosan seperti benda-benda yang org lain pun buat setiap hari, benda bosan mcm kedai yang orang lain pun boleh masuk bila-bila masa, benda lagi membosankan mcm tempat yang orang lain pun bleh pegi dgn mudah. menulis dengan rasa seronok untuk membuatkan pembaca rasa seronok. bes kan buat lain lain rasa suka.

penulis berwajah indah

ni jenis orang yang cantik, hensem, gojes, menawan, dan membeliakkan mata orang lain bila tgk gmbr diaorg. dalam blog akan ada beberapa ribu gambar muka diaorg yang akan buat org tgk lama-lama. penulis macam ni tak perlu update blog selalu pun, sebulan sekali menulis pun pengikut bertambah je tak berkurang jugak. jarang tulis blog pun bleh buat diri mereka terkenal, senang kan...

tiba-tiba ada lagi satu jenis...

dua-dua jenis kat atas ni tak salah pun nak tulis blog, bagus la wujud orang-orang mcm tu. tapi ada satu golongan penulis yang lagi satu. yang ni tak bagus, tulis blog sebab nak duit dari iklan je. sanggup menulis jugak walaupun isi macam takde makna. baik lagi aku baca short stories peringkat sekolah rendah. dan bila aku sampai kat blog-blog macam ni, aku baca lompat-lompat je sebab rasa penulisan tu tak layak nak amek masa aku (walaupun aku tengah banyak gila masa cuti ni).

ini niat puasa : sahaja aku berpuasa esok hari kerana Allah taala.

ini niat menulis untuk jenis ketiga : sengaja aku membuat entri terpaksa ini kerana duit iklaaaaan....

5 komen komen oltromen:

dolat said...

jenis ke - 4
terpaksa tulis sebab selalu kene sound dengan hanafi jaafar."kau dah lame tak update blog". tak larat mendengar leteran. lalu aku mengupdate belog.

ummu durrah said...

Aku jenis yg mana weh?

hanafijaafar said...

@dolat : ko memang patut pun menduduki golongan ke-4 tu.

@mai : ko mst la duk kat golongan pertama tu... nak join golongan kedua pun boleh..

kotak said...

kamu...dalam jenis y mana?
ayg punye jenis takde pon....mne leh cmnih..

hanafijaafar said...

hehe, ayg special, lagi special dari burger special letak cheese tau...

Post a Comment