! ! BajuLusuhSeluarTampal

Pages

Sunday, February 27, 2011

pindah rumah memenatkan....

rasa lama gle aku tak bukak blog ni, sebenarnya banyak je benda aku nak tulis kat blog, tapi macam ada banyak lagi benda aku patut buat sejak balik dari hindia.

sekarang aku nak kemas rumah baru aku ni, barang bersepah macam kena rumah kena masuk perompak je... argh...dah la takde makanan sangat. cuma ada cereal dan penkek, takkan malam nanati nak makan cereal jugak kot...


haa, jangan nak cakap kat aku suruh aku keluar pegi beli makanan ke hape, hari ni ahad dowh, kedai sume tutup. sape yang ada kat malaysia, sila bersyukur sekarang sebab kedai bukak tiap-tiap hari.

plan aku hari ni nak pegi pusing bandar Bamberg ni, kenal-kenal jalan, cari sungai, cari taman, cari town hall. tapi bangun pagi je terus kecewa, snow turun. oh, bila la abes winter ni.....

kredit to germany.info
aku nak cari tempat dalam gambar ni sebenarnye...

Saturday, February 19, 2011

head-on collision


lepas makan kfc untuk makan malam, malam tu jugak kami laki bini bertolak Alleppey, Kerala. nak merasa duduk rumah boat atau dalam bahasa tempatannya, boathouse.

rasa macam nak mati jugak la perjalanan naik teksi nak sampai sana, esok pagi baru sampai weyh...gile lama.. itu pun jalan tak byk kereta sebab tgh2 malam. belum kira dengan jalan yang tak pernah rata. melambung-lambung kami laki bini kat dalam teksi.

sebab jalan tak rata, kami laki bini amek shift tido gilir-gilir. skejap aku tido kat peha bini aku, lepas sejam mcm tu, tuka plak...

contoh boathouse, gambar dari OLX india
bila dah sampai kat atas boathouse tu, memang lega la. naik teksi tu boleh bagi sakit jiwa dan raga, dan yang paling komfem, sakit bontot aku terhentak-hentak dengan seat yang tak berapa nak lembut...

duk atas bot ni memang layan ah, siap ada tukang masak. boathouse kami ada tempat duduk kat atas, untuk sesi bermalas-malasan di waktu petang sambil minum teh dan kacau burung yang bertenggek kat kabel letrik.

boathouse bergerak plahan je, tu yang bes. bleh rasa angin dari tasik Vembanadu.

lebih kurang 24 jam duduk atas bot, maka kena la balik umah. perjalanan balik naik teksi sama, aku rasa lagi hardcore driver tu bawak. boleh kata setiap minit ada je peraturan trafik dia langgar, setiap minit ada je peluang untuk tgk nyawa kami sendiri melayang. tapi tu la standard bawak kereta kat india ni...

kadang-kadang aku rasa macam hiburan plak tengok dia bawak macam dalam filem, cuma nyawa kami sendiri je la jadi taruhan. cuak weyh, dah nak head-on collision dengan lori besar, driver buat muka biasa je. 

perjalanan balik aku kurang tido sebab bini aku nak tido kat aku lama-lama...hahaha..

Thursday, February 17, 2011

mari aku kenalkan diri aku semula

aku tulis ni untuk bagi korang tak keliru sape aku sebenarnya. aku cuba untuk tak jadikan entri ni sebagai entri melambung-lambung puji gf / isteri / significant other sebab aku tak suka baca entri macam tu. nanti aku benci diri sendiri plak bila aku tulis macam tu.

aku, hanafi jaafar, 22 tahun, berkahwin, masih belajar kat Hochschule Aalen, Jerman. JPA tanggung aku belajar kat negara jermeni. in case you're wondering : yes, i do study in local language, German.

isteri aku, siti hawa md dolkafle, 22 tahun, mesti la dah kahwin dgn aku, masih belajar kat KMC, Mangalore, India. dia pun JPA yang tanggung kos belajar. isteri aku belajar medic, tapi dalam bahasa inggeris, bukan bahasa tempatan.

bila kami berkahwin ? bulan disember 2010.

dah lama kenal ? 5 tahun dah, kalau saje nak tangguh-tangguh kahwin jugak, memang nak kena siku kat dahi sampai benjol.

macam mana boleh kenal ? dulu kami belajar kat sekolah yang sama, Sains Muar, atau nama konon-konon glamernye adalah SAMURA.

cukup kot sampai sini, kang tulis panjang-panjang, ada plak mulut yang mengeji.

kalau ada apa-apa pertanyaan, tulis je kat bahagian komen.