! ! BajuLusuhSeluarTampal: Gelbesack

Pages

Sunday, May 2, 2010

Gelbesack

apahal gambar bangunan kuning dengan tingkap tidak tersusun di bawah ini? oh, lihat dan baca betul-betul. kalian patut dapat menengok tulisan"converse" secara terbalik. kalau tidak dapat menengok, maka perlulah kalian menjalani pembedahan laser untuk mata. tidak ada apa-apa dengan foto ini, cuma aku rasa kagum sekejap ketika imej ini muncul di mata aku, lantas aku capai kamera yang tersorok di bawah katil aku (yang sangat berhabuk), lalu menangkap gambar ini dengan banyak percubaan. tangkap foto banyak kali, tapi yang pertama juga yang paling jelas. aku kaget dengan tulisan itu yang berganda dua kali. foto ini tidak disuaipinda, dengan kata lain, tidak diedit dengan teknologi masa kini contohnya photoshop. sebab: aku buta IT.


ya, dan musim bunga datang kembali membawa keriangan tahap ribena kepada semua warga negara sejuk beku hemisfera utara. membuat bunga-bunga tumbuh membuak-buak seperti kemahuan aku untuk tidak lagi memakai pakaian tebal-tebal. dan bila musim bunga tiba, maka tibalah Fruelihngsfest* ke bandar Aalen, yang sebenarnya lebih kepada sebuah pesta ria.

pesta ria = funfair. jadi, nafsu serakah untuk main kereta berlanggar-langgar pun datang. tahu kenapa manusia suka sangat dengan benda ini? benda ini boleh buat di sini saja, maksud aku kereta langgar kereta dengan hati riang ria gembira sukacita dan bahagia. cubalah langgar kereta sebenar dia atas jalan raya, ada sukacita?

*Fruehlingsfest ertinya pesta musim bunga.

alah, ini permainan bosan sahaja. buaian yang ada banyak-banyak kerusi itu, yang berpusing beribu-ribu kali sampai bosan itu. dek kebosanan melanda semasa dipusingkan dengan kejam, aku sempat mengambil gambar kaki aku, kerana aku percaya bahawa kaki aku saja yang nampak tidak hodoh ketika itu. namun, sebosan-bosan aku di atas buaian pusing itu, benda ini berjaya membuat aku berjalan seperti orang mabuk sekembalinya mendarat kembali ke bumi...


ini salah satu dari tong-tong sampah rumah aku. ada juga orang buang kad kredit ke dalam Gelbesack**. aku sedang berfikir serius, patutkah aku memohon kad kredit sekarang? mudah untuk aku berbelanja dan mudah untuk penyangak rompak aku melalui internet, haha.

**Gelbesack ertinya karung kuning. karung khas untuk pembuangan bahan-bahan plastik dan bungkusan dan beberapa benda lain.

5 komen komen oltromen:

dolat said...

imej converse tu datang dari baju kau? atau laptop kau? kan....

hanafijaafar said...

imej converse dtg dari baju aku, tapi kat baju takde ltulisan tu 2 kali.

dolat said...

pembiasan cahaya kot. mana tau tingkap ko cam basah2 ke. wah teori sendiri. tak pun ko shaking mase amek gamba.

hanafijaafar said...

hehe, sebab tingkap tu ada dua lapis kaca.

dolat said...

aku terfikir jugak. tapi dah post. malas nak tulis balik.hahaha.xpe la.

Post a Comment