! ! BajuLusuhSeluarTampal: org jerman ni mmg...

Pages

Wednesday, February 11, 2009

org jerman ni mmg...

“Du beobachtest deinen Nachbar, und du beobachtest deinen Nachbar. Wenn du siehst, dass deinen Nachbar faul ist, gehst du nach Polizei.”

Ertinya: “kau tengok jiran kau, dan kau juga tengok jiran kau, bila kau nampak jiran kau malas, pergi bagitau polis.”

Ni la yang cikgu bahasa Jerman aku yang terbaharu bagitau dalam kelas aritu bila kami kata orang jerman ni rajin, menepati masa, pembersih, maju, dan lain2. Mmg betul negara ni antara beberapa negara maju yang wujud kat dunia ni, tapi yg lebih menarik adalah sebab mereka jadi maju.

Ayat kat atas tu merupakan tradisi beberapa ratus tahun dlm perundangan negara ni. Undang2 di negara ini dicipta untuk melawan sifat malas penduduknya. Orang dari negara lain dtg ke negara ini melihat perangai orang jerman yang rajin. Sebenarnya mereka mcm tu bukan sebab rajin, tapi sebab nak tunjuk kat jiran mereka yang mereka tak malas. Maka pagi2 lagi mereka buka tingkap luas2 dan sidai selimut kat tingkap, bia satu dunia nampak yang mereka dah bangun (tak malas la kan bangun awal).

Peraturan negara ni agak detail jugak la, klu kat m’sia ada larangan membuang sampah merata2...kat sini pun ada, tapi dia siap tulis lagi jenis sampah apa yang membawa jumlah denda yang berbeza2. Gula2 getah : 30euro rokok: 15euro kertas: 15uero tin minuman: 20euro dan lain2.

Apa2 pun kat sini tetap ada sistem mempercayai, contohnya: menggalakkan bawa beg masuk masa gi [shopping], jadi tak perlu guna beg plastik (pemeliharaan alam sekitar). Tapi bila dia tak percaya anda, mmg btul2 tak percaya. Aritu aku naik baik, bli dua tiket berkumpulan (Gruppetageskarte) harga 16Euro. Aku bayar dgn byk syiling, pemandu bas tu siap kuarkan kaca mata dia kira duit tu sampai sekecil2 duit 10sen tu pun.

Orang jerman ni bukanlah orang yang rajin, Cuma taat pada peraturan je. Sebab tu bila kerja mmg mcm robot. Klu 5 jam, maka 5 jam la kerja je. Tak bercakap langsung bila tak perlu, waktu rehat je mcm kembali jadi manusia. Tapi apa2 pun tu yang wat aku [respect] dengan org jerman ni, btul2 taat. Tgk je perang dunia dulu pun, bila disuruh org biasa jadi askar, diaorg pegi je. Hahaha, bes plak mengarut pasal orang putih ni.......

5 komen komen oltromen:

ISMAWARNI said...

hahhah~
len kali mngarut la lg byk2...
best bce bnd2 karut ni....
kui3~

Anonymous said...

ngumpat.

dolat said...

gambaq mana.
aritu hang bg cheq tak cukup.
hang pegi tutop photosharing tu wat pa.
ada lagi gamba bangunan tu kan.
bagi aku noo

Liyana said...

memang apa?

hanafijaafar said...

saya menyampaikan bahan dari kelas "Deutsch als Fremdsprache" sahaja, tak kira ngumpat la kan.

kepada donutcokelat, nnt kita photo sharing lagi ya, lebih saya gemari.

Post a Comment