! ! BajuLusuhSeluarTampal: lama sudah bukan..

Pages

Monday, February 2, 2009

lama sudah bukan..

Maaf kalian, lama sudah tidak aku mampu menulis, [post] ini pun ditulis beberapa kali dalam masa beberapa minggu, jd byk benda ditulis sekali.

Kehadapan kalian yang membaca blog ini, sungguh aku berasa lega bahawasanya tidak ramai yang mengikuti blog ini, namun begitu jika ada di antara kalian yang singgah di sini tanpa niat, adalah bagi aku mengalu-alukan kehadiran dan kemampiran kalian. Semua ini kerana aku mahu menulis mengenai sesuatu yang aku sendiri rasa tidak selesa jika ada orang lain memaksa untuk aku membaca, melihat atau mendengar mengenainya.

Akhirnya aku mampu menulis [post] ini kerana kesibukan menghadapi hidup yang tak tentu lagi ni. Hujung minggu lepas dah penat berjalan ke münchen, lebih dikenali dalam bahasa inggeris sebagai munich. Bandar itu cantik, penuh dengan sejarah dan kemodenan. Tapi rugi, pergi hari ahad tak bleh [shopping]. Semalam hari sabtu, pegi stuttgart. Maka dah dua2 museum mercedes dan BMW sudah dilawati. Kepada atiqah, nnt aku letak gambar yang ko nak tu ye.

Byk jugak benda nak kene biasakan klu nak idup kat sini, dari benda yang remeh sampai ke benda besa. Klu pegi bndar besa, mase nak lintas jalan mmg kne tunggu kat [zebra crossing] dan kat sini lintasan tu mmg berfungsi. Klu takde kereta pun, tak bleh lintas selagi tak hijau, klu lintas jugak nnt ada la org german marah2. Tapi lain cite plak klu kat bandar kecik atau jalan kecik yang takde [zebra crossing], kereta kne berhenti untuk org yang nak lintas. Penat jugak nak biasakan diri dengan kereta-berhenti-orang-melintas. Rase janggal.

Org bercium di khayalak ramai tu dah jadi benda biasa dekat sini, diaorg ni mcm lagi ske nak menunjuk plak yg diaorg bercium. Sekarang musim sejuk, diaorg pakai kira sopan lagi la, nnt dah musim panas, tak tau la camne. Ada satu lagi benda yang menyusahkankat sini, tapi benda bagus jugak la. Budaya kitar semula sgt tinggi kat negara ni, keseluruhannya ada 7 tong sampah berbeza untuk kita asingkan sampah, tapi biasanya ada 4 je yang byk dijumpai. 4 ni pun dah pening kepala sebab ble masak2 kat dapur kne pikir benda yang nak buang tu kne masuk tong yang mane satu. Klu tak asingkan sampah, nnt kne saman 30euro, lebih kurg rm150 tu.....

Kat sini pengangkutan awam sgt bes, byk dan menepati masa. Bleh sampai byk sgt tempat. Sebab tu tiap2 pagi kitorg kene berlari keja bas 8.06 pagi kat bus stop tu. Dan mungkin kat sini bandar kecik, org tempatan sgt ramah. Nek bas kne ucap selamat pagi/siang/malam, trun bas pun kne ucap selamat. Ble beli kat kaunter bayaran, mst kne cakap ‘hallo’ dulu, pastu ble dah nak blah kne cakap ‘danke, tschuss, dan mcm2 lagi’. Kdg2 tgh jalan2, wlupun mlm2, ada je org akan cakap ‘abend’ = ‘evening’. Pnat jugak nak biasakan dgn rentak jalan kaki mereka ni. Kaki org jerman dah la panjang, pastu langkah besa2, laju gile jalan. Klu jln mcm kat m’sia, mmg kne langgar la. Mase musim sejuk ni bagus jugak jalan laju2, dapat panaskan badan.

Rasenya aku dah dpt biasakan diri dgn cuaca kat sini, walaupun idung aku asek berdarah je, tapi darah beku la, tak mengalir keluar. Haha, aku tak ske pakai payung, tapi mcm nak kne bli jgk je, sekarang dah makin kerap hujan....tu pun nasib baik jaket musim sejuk aku kalis air. Ikutkan ati byk btul benda aku nak bli.............tapi rase baik simpan dulu, ada barang yang lebih murah dekat m’sia.

3 komen komen oltromen:

Liyana said...

laaaaaaaaaaaame sgt tak hapdate and there u are!!!

Anonymous said...

simpan duit demi walimah. huahuah

dolat said...

kikikih~
kamu mempromosi aku.
mane fotonya!
hapdate! (tiru puding)
barang hantaran ke yang kamu nak beli tu?
hihihi

Post a Comment