! ! BajuLusuhSeluarTampal: kami sangat _._._._._

Pages

Tuesday, February 17, 2009

kami sangat _._._._._

Entah aku rase, minggu ke-6 kat negara ni, rase nak balik malaysia jadi penjaja pisang goreng je.

Hari ni sgt teruk lagi menerukkan. Pagi dah la ribut salji, walaupun salji turun tapi suhu tak negatif. Tak la sejuk sgt untuk badan, bagus la kn......tapi sebab tak cukup sejuk untuk salji kekal beku, maka salji mula cair, yang mmg tak baik untuk persekitaran, sume benda ada lecak. Pijak salji yang separuh cair rasa sgt melecehkan dan menjijikkan.

Tapi yang paling tak menggembirakan hati : kelas matematik. Soalan “persamaan serentak”, dia bagi teks dan kami perlu fikir bagaimana hendak membentuk persamaan dan selesaikan masalahnya. Kelas kami terdiri dari pelajar dari malaysia (melayu dan cina), dan pelajar dari China. Dan kerana teks diberi dlm bahasa jerman, ada masanya kami tak paham beberapa istilah. Baru saja kami mahu bertanya kat pensyarah apa maksud ayat itu dan ayat ini, pelajar dari china sudah memberi jawapan akhir.

Keadaan yang sangat menekan jiwa raga serta perasaan kami.

4 soalan semuanya, dan semuanya kami gagal. Kami telah memutuskan bahawa kami sgt bodoh dan perlu belajar dgn lebih bersungguh2. Maka tiada lagi perlu untuk pulang ke malaysia dan menjaja pisang goreng.

3 komen komen oltromen:

natasha said...

haha whats wrong with being penjaja pisang goreng? :p

belajar kan jihad? since taboleh pegi palestin yet, belajarlah.

then cipta mesin to bunuh yahudi.

since, in ur words, "da bertahun2 perang pun x mati2 lg", or sthg like that hehe.

~*puding caramel*~ said...

cool gak menjaja pisang gorang

lapar..lapar...

hanafijaafar said...

bila anda ada lima gerai menjual pisang goreng, anda mampu memdapat untung bersih sehingga rm10,000

hebat bukan?!

Post a Comment