! ! BajuLusuhSeluarTampal: musim sejuk, silalah berlalu dengan pantas...

Pages

Wednesday, February 18, 2009

musim sejuk, silalah berlalu dengan pantas...

“tiada yang seronok mengenai musim sejuk melainkan jaket musim sejuk milikku”

Ini yang aku kata sebagai : hujan air di negeri sendiri, hujan air batu di negeri orang. Sungguh musim sejuk sgt melecehkan. Namun bukan perihal musim sejuk yang ingin dibebelkan. Aku nak cite pasal makan, entah macam mana aku punya selera makan kat negara ni jadi bertambah2, mungkin sebab aku tiba dalam musim sejuk yang memerlukan aku makan dgn lebih banyak. Tapi kalian mungkin sedar aku duduk kat negara bukan Islam dan lebih susah nak cari makanan halal kat sini berbanding kat malaysia.

Aku rase kesedaran aku terhadap makanan halal semakin tinggi bila kat negara ni, ye, kat negara ni mana ada logo halal jakim. Sebab benda tu tak wujud kat sini la kesedaran aku meningkat. Setiap kali nak beli barang makanan, aku mesti baca bahagian Zutaten (isi kandungan). Lepas tu klu ada yang meragukan, contohnya benda yang ditulis dlm kod E422 atau apa2 je la kod yang ada, aku kne tgk [list] yang senior dah bagi. Nseb baik la ada [list] yang senior bagi.

Dan bila kami malas nak masak atau dah memang berada dekat bandar, maka makanlah kami di kedai2 yang tertentu. 3 minggu je duduk negara ni dah membuatkan aku cukup muak makan makanan turki, nak wat camne...kat Radolfzell aritu, tu je mknn yang dibuat halal.

Teman sebilik aku, William berkata-kata: “Germany is a big fridge”



Mmg sgt betul pun, haritu ingtkn musim sejuk dah nak abes, salji sume dah cair. Sekali dtg ribut salji, sampai sekarang sume benda nampak putih, mungkin ini yang dikatakan sebagai “berputih mata”. Apa2 pun, aku mmg betul2 jadikan negara ni sebagai peti sejuk, susu aku simpan kat luar tingkap, lagi sejuk dari letak kat dalam peti sejuk, kan dah dpt jimatkan tenaga tu, hahaha... (sebenarnya malas nak ke dapur je)

Dan kerana masa di bilik setakat ni tak banyak kepada belajar, lebih kepada mengadap dengan penuh seti a akan komputer masing, byk la jugak makanan rapu yang dikunyah, sedap dan kadang2 sampai mengenyangkan, aku tau tak elok makan benda2 tu. Agak malas nak memasak sbnrnya, sebab amek masa yang lama dan nak tunggu mknn siap dgn perut yang lapa tu sgt tak bes, tapi kalau nak makan makanan malaysia, kne la jugak masak. Ada je ayam halal jual kat supermarket, tapi tak sume supermarket ada. Jadi boleh la sekali sekala makan ayam masak merah ke, goreng ke, mcm mane pun aku tetap rasa malas nak masak selalu, hahaha...

1 komen komen oltromen:

donutcokelat said...

haha..gambar susu di tepi tingkap.

Post a Comment