! ! BajuLusuhSeluarTampal

Pages

Sunday, May 30, 2010

ada apa dengan prague?!

maka dan sesungguhnya penulisan kali ini dibaktikan kepada mereka yang telah merantau bersama-sama aku dan juga kepada diri aku sendiri.

prague, dua hari setengah yang memuaskan hati-hati kami. aku cuma mahu bercerita mengikut gambar sahaja. cerita penuh boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran anda, buku cuma RM15.90 senaskhah. oh, penipu besar betul penulis ini.
ini stesen tren utama bandar prague. dari segi isi kandungan, stesen ini berjaya membuatkan stesen sentral kuala lumpur seperti tidak ada apa-apa.



di hujung itu muzium, aku tak suka muzium, maka tidaklah aku memasukinya.


apakah? datang ke republik czech tapi makan di restoren lubnan. tidak senang tahu mahu mencari makanan halal. restoren ni memang bagus juga lah, sekali aku tanya perihal halal, terus ditayangkan ke muka aku sijil halal mereka.


dua dari kiri itu termasuk dalam kumpulan aku. lagi tiga gadis itu pelajar dari ireland. sampai sekarang aku kagum mereka dapat cuti 4 bulan untuk musim panas. gila!



ini jam astronomi, tapi aku masih tidak tahu bagaimana mahu membacanya. aku pelik, kenapa ada tiga lelaki berserban di situ. kalau tidak jelas, sila klik gambar.


bila penat saja, carilah kedai kopi. boleh duduk di sofa sambil menggunakan internet percuma selama berjam-jam, kalau tidak malu.


eropah tipikal dengan jalan sebegini. pergi ke mana-mana pun sama.


charles bridge, penuh dengan patung-patung lucah sahaja. maka patung-patung lucah tidak disertakan dalam penulisan ini. nanti kementerian penerangan bising.


kesian mereka, dulu duduk di bawah komunism.


perhatian: ini watak kegemaran aku sepanjang tujuh hari perjalanan itu. merak ini dah la putih, bising plak tu, BISING GILE! lokasi di taman parlimen, seronoknya taman parlimen mereka, ada merak merayau-rayau.


katedral st. vitus. terlalu besar untuk manusia.


istana siapa-siapa entah. juga terlalu besar untuk manusia.



penulis berjaya menyembunyikan kegemukan dengan penggubahan gambar secara murahan menggunakan komputer. latar belakang itulah menara petrin, peniruan dari menara eiffel barangkali.


bandar prague selepas hujan.

sebenarnya tak perlu tapi kadang-kadang kau tetap mahu.

ini adalah penulisan untuk mengingatkan manusia, dengan perkataan manusia, bererti aku dan juga kamu dan kamu sekalian. jika tidak berminat, sila larikan diri anda sekarang.

suatu hari dalam bulan ini, aku terdetik untuk membeli beg sandar (rucksack) berkapasiti 34 liter. ini semua terstimulasi gara-gara pelan perjalanan cuti seminggu yang mahu diisi dengan perjalanan 7 hari ke 4 bandar dalam 3 buah negara. maka dirasakan tamak itu patut pula. aku pun memulakan jejak langkah menuju ke pembelian beg itu. mahal, sekitar seratus euro.

namun perlahan-lahan aku batalkan niat itu mengikut dasar penjimatan. sanggup aku sedapkan hati setiap hari dengan kata-kata manis ibarat seorang lelaki tidak kacak mengorat wanita ayu di stesen bas. semua ini supaya aku tidak membeli beg mahal itu.

akhirnya aku berjaya menggoda diri aku untuk tidak memiliki beg mahal itu dan meneruskan kehidupan di sisi beg lama yang sudah lebih setahun bersama aku. beg dalam gambar di atas itu adalah beg lama yang digembar-gemburkan ini. kasut di sebelah hanyalah untuk panduan memahami dimensi saiz bez itu.

sungguh masih aku sukacita. aku mampu menggunakan beg berkapasiti 15 liter itu untuk perjalanan 7 hari, dan masih ada pakaian yang tidak terpakaikan, dan masih ada ruang untuk cenderamata.

kadang-kadang kita nak (sangat), tapi sebenarnya (sangat) tak perlu.

nota penting : aku pakai baju segar setiap hari ya, tiada pengulangan baju!

Thursday, May 6, 2010

mungkin aku perlukan ini. kalian perlukan juga?